Tinta Si Isteri Mekanik: Resepi : Ayam Schecuan dan masak-masak hujung minggu

23 March 2009

Resepi : Ayam Schecuan dan masak-masak hujung minggu

Resepi ini sangat menjimatkan masa sebab a) kombinasi protein (ayam) dan sayuran dan (b) masuk semua selepas ayam masak...sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa..cuma odah rasa ayam tu, instead of goreng, boleh rebus dulu bagi masak, then tumis n masuk sayur, last baru masukkan ayam..sebab hubby kata agak berminyak (sebab dia tengah btuk, so minyak is no-no)..amik kaat mana ek? rasanya kat http://trymasak.my/


AYAM SCHECUAN

1) Ayam - dipotong kecil (1/2 lb)
2) Lada benggala merah - dadu kasar (1/4)
3) Putik jagung - potong kasar (5 biji)
4) Kacang pis muda (1/4 lb)
5) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
6) Halia - potong nipis (1/4 sudu besar)
7) Tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air (1/2 sudu kecil)
8) Serbuk cili (1/2 sudu kecil)
9) Kicap cair (1 sudu besar)
10) Minyak bijan (2 sudu kecil)
11) Gula halus (1/2 sudu kecil)
12) Garam (secukup rasa)

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separa masak dan kemudian perasakan dengan sedikit garam.
Seterusnya masukkan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan pula halia.
Tambahkan kicap dan sebatikannya bersama ayam diikuti dengan sedikit gula, serbuk lada, jagung muda dan juga kacang pis (pea pods).
Apabila baby corn dan kacang pis sedikit layu, curahkan minyak bijan dan masukkan pula lada benggala. Sebatikan semua bahan dan rasa.
Apabila ayam empuk dan sayur-sayuran hampir layu masukkan tepung jagung.
Masak beberapa ketika lagi supaya sosnya sedikit pekat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign