Tinta Si Isteri Mekanik: Beware Girls

24 April 2009

Beware Girls

Odah dapat dari email. Sentiasa berhati-hati ye frens

Salam semua ..........
Pada hari ini, 14 Feb 2009 merupakan tanggal yg amat sukar dilupakan
bagi diri saya kerana pertama kalinya saya diragut.
Kejadian ini berlaku pada jam lebih kurang 1.30pm di depan restoran
Mr.Kaya Kopitiam di seksyen 13 Shah Alam. Kedai makan ini sederet
dengan restoran Qaseh, di shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam
(dahulu Makro).Juga berdekatan dengan Geng cafe & ofis animation Les
Copaque.

Kejadian berlaku dgn begitu pantas. Ketika itu saya baru keluar kereta
dan ingin melintas jalan utk ke restoran lalu datang sebuah motosikal
ditunggang oleh 2 lelaki (disyaki Melayu/Indon) lalu pembonceng tu
terus meragut beg saya.

Tunang saya cuba merampas balik beg tapi dalam pergelutan itu cuma
handphone saya saja jatuh dari beg dan selamat.Kami tak dapat kejar
kerana kami cuma berlari dan mereka memecut dengan motor jenama
Panther berwarna hitam/merah.

Wang dianggarkan dalam Rm2000 lesap-saya baru dapat wang dari hasil
jualan bisnes sampingan saya (menjual wedding gifts). Alhamdulillah
saya tak cedera parah,cuma tgn kiri bengkak dan sakit akibat disentap
kuat. Tapi ic,lesen,kunci rumah,kunci kereta semua dilarikan.
Dah buat laporan polis dan polis bagitau yg di kawasan tu memang
selalu berlaku kejadian ragut.

Di sini saya nak ingatkan semua supaya berhati2 kerana masalah ekonomi
skrg yg tak stabil,mereka2 ini mengambil kesempatan dengan kejam
merampas hasil pencarian org lain. Bagi wanita di Shah Alam, jaga2
ketika membawa beg tangan. Hati-hati jika ke kawasan Giant, Tesco
Extra seksyen 13. Suspek sekarang sedang mengganas di sekitar kawasan
berdekatan stadium shah alam itu.Beringatlah dan berpesan-pesan lah.
Sekian.Wassalam.


Subject: Diragut ( jangan bukak tingkap di Trafik Light!!!)
AWAS!!!....kawasan simpang trafik light menuju Teknologi Park ( stadium bukit Jalil)....

Suspek - Melayu , penunggang dan pembonceng motorsikal jenis modenas,ex5 dll,

Umor - 15-20tahun ,

mangsa pilihan : perempuan memandu berseorangan atau berdua

masa kerap kejadian : 5.00ptg - 7.00mlm (balik kerja) jalan jem.

AWAS- penunggang /pembonceng motorsikal TANPA/DENGAN HELMET.

MO(modus Operadi)- Bawak motor menCelah2 Kereta behenti kat trafik light..
(suspek usha tingkap kereta terbuka), ragut beg atas riba.

AMARAN - JANGAN LETAK BEG DUIT ATAS KERUSI DEPAN/BELAKANG/ RIBA
AMARAN - Selalu tgk side mirror/ back mirror & awasi pergerakan penunggang motor dari Tepi/belakang time berenti kat trafik light...

AMARAN - JANGAN! JANGAN! JANGAN! BUKAK TINGKAP KERETA LEBIH DARI 10% TERBUKA..

SPREAD THE WARNING!... TERUTAMA PEREMPUAN YANG BAWAK KERETA!!!

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign