Tinta Si Isteri Mekanik: Sambungan

29 May 2009

Sambungan

* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

Odah: badan sihat mmg 10000000x benar (menternak lemak), selsema pun betul

Hubby: dia mmg susah sakit, tapi bila sakit..adoi teruk skali..Ya Allah, sihatkan tubuh badan kami

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

Odah: sejak dah kahwin ni, lihatkan je la

Hubby: oooo sangat kurang..tapi bila dah dapat radio karat neh, makin ok

* Cukup sayang pada kanak-kanak.

Odah: YA BETUL..tapi lum dikurniakan anak..sob sob..'Ya Allah kurniakanlah kami anak yg soleh, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mendengar dan menerima doa'

Hubby: YA BETUL..tapi lum dikurniakan anak..sob sob..'Ya Allah kurniakanlah kami anak yg soleh, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mendengar dan menerima doa'

kami berdua ni if kat Muar, dok layan anak buah je..masak2 odah tak yah buat..bukan pandai masak pun..sampai akak ipar tu cakap, cam nurseri lak dah..

* Suka duduk di rumah.

Odah: nikmat berenang depan tv...esp time kocek kering

Hubby: betul..dahla dia ni jenis jimat..dulu duit gaji simpan je kt bank..la nih simpan kat tauke complexes sebab ngekor bini ukur keluasan shopping complex tu

* Setia pada segala-galanya.


Odah: yup..insyaallah hanya dgn Abdul Rahim Kassim

Hubby: yup..insyaallah hanya dgn Saudah Salleh

* Perlu belajar kemahiran bersosial.

Odah: SGT BENAR..bukan apa, kengkadang lambat warming up

Hubby: SGT BENAR..sebab dia ni pemalu..tapi sejak ada bisnes ni, n tunjuk sikit2 kat dia..dah ok ar

* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Odah: hanya hubby sahaja yang tahu..ngeh ngeh ngeh

Hubby: ya tapi dia tak tunjuk...


Hm..banyak jugak yg betul..eh nearly all ar..takpe..yg mana my strength akan diperkasakan..my weakness akan diperbaiki..

walaupun kami lahir pada bulan yang sama, tapi perangai mmg lenlain..Kuasa Allah kan?




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign