Tinta Si Isteri Mekanik: Sejuk sikit

26 May 2009

Sejuk sikit

Alhadulillah, hujan seketika semalam...sejuk sedikit udara Shah Alam..Bila tiba musim panas sebegini, apa yang menarik adalah:-

a) baju yang didobi akan cepat kering - penting buat mereka yang rumahnya bertingkat-tingkat..mereka akan menjemur baju di bawah iaitu di pagar sekeliling apartment..saya? oh tidaklah rajin untuk ke bawah mengangkut bakul yang berat itew..jadi saya telah mentransformasi bilik ke-3 saya menjadi bilik dobi..di situlah penjemuran baju berlaku dan di satu sudut terletaknya papan seterika dan seterika..

b) banyak minum air - terutamanya water - apa ye dalam bahasa melayu? saya panggil air masak walaupun air itu hanya ditapis bukan dimasak ;)

c) peluh mencurah-curah seperti bersenam lagaknya...amat penting bagi saya yang tidak fit ini


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign