Tinta Si Isteri Mekanik: Masak apa ye?

17 June 2009

Masak apa ye?

Dah lebih 2 minggu odah tak masak utk malam. Untuk tengahari, akan masak pagi sebelum pergi kerja, tapi untuk malam biasanya masakan ringkas spt mee, bihun, kuey teow..oooo nasi goreng tak pandai buat..lagilah pulak hubby's NG sangat sedap walaupun sempoi..dah try buat sama macam dia goreng tapi still fail..bukan tak sedap, cuma tak memuaskan hati..apa agaknya secret ingredient dia ek?

Selalunya dalam bidang memasak ini, saya adalah pengkritik kepada masakan sendiri..bila makan tu, sure tanya hubby, "sedap tak?"..dia akan jawab sedap..takut merajuk kalau jawab lain..tapi sebenarnya dia memang tak cerewet makan. apa yang dihidang, dia akan makan tanpa komen. Cuma bila masin sahaja dia bersuara. "Nak masak apa malam ni?" dia akan jawab "apa-apa la, abang makan aje".

Sangat senang kan? Tapi bila kita buntu tak tau nak masak apa, mula la hangin satu duniabadan. Tapi serius, dia memang tak cerewet. Mak saya sangat menyayangi menantu lelaki beliau kerana bila dia ada, food sure habis. Lebih-lebih lagi bila dia lapar.

Tapi tu la, sekarang ni ROHmood memasak untuk dinner masih belum mari. Sekarang kami ada misi baru, tu yg kena berjimat..

Apa nak masak ek malam ni?
hm...
.
.
.
.
.
kuey teow goreng la





Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign