Tinta Si Isteri Mekanik: Our weekend

10 August 2009

Our weekend

Hujung minggu kami yang berkualiti..

Sabtu

- pagi ni ada kelas tuisyen, lepas tu kena pi office untuk persediaan audit ISO..ingatkan 2 jam tuisyen je, rupa-rupanya hampir 3 jam sebab student tu baru habis ujian bulanan untuk akaun. gagal teruk sebab tak ulangkaji topik yang keluar. student ni duduk asrama, jadi minggu yang dia balik aje baru tuisyen. baru 2 kali tuisyen, tu yang tak sempat mentelaah semua topik. kami spot yang keluar pelarasan, rupanya dokumen pulak. pelajar ni mmg tak faham topik tu, jadinya hanya dapat markah yang sangat sedikit. untuk itu, kena buat pembetulan, dan dia seorang yang bijak, telah tunggu kelas tuisyen untuk buat soalah tersebut. jadinya sebab tak imbang kena semak satu per satu..

- dah alang-alang tengahari, terus beli makanan untuk staf. syukur rezeki, bos belanja. nasi bukhara ayam

- pukul 4 balik sebab semua nak balik.

- jam 5, terus bersemangat nak kemas rumah. 3 minggu tak dibersihkan dek kerana adik nak kahwin, mmg berhabuk dan tebal kotorannya. bukanlah tak bersih langsung, masih sempat vacuum, cuma tak lap n mop seta tandas tak bercuci dindingnya. mula-mula bersihkan tandas. bahan cuci - clorox dan sabun serbuk baju..letak sama banyak agar bau sabun kuat dan kotoran tanggal dengan clorox. habis tangan bau clorox, tak guna sarung tangan sebab dah sedekah kat cleaner rumah mak. kemudian, mula lap seluruh rumah seperti kabinet, meja, dapur. gunakan a*jax dan kain buruk. tengah rajin betul masa tu, kalau kurang rajin cuma gunakan 'feather duster' aje. dah wangi rumah baru semangat nak vacuum carpet dan lantai serta mop rumah. hubby balik dia tengok Odah sibuk kemas, dia pun tolong vacuum. memang tugas dia pun bila sesama kemas rumah. Odah mop tempat dia dah vacuum, cepat sikit kerja. ohye siap gardening lagi, letak baja, kemburkan tanah dan siram air.

- malam, pengantin baru nak datang dan tidur rumah. tak payah masak nasi kak sebab depa tak mau makan nasi. buntu pulak nak masak apa. hubby cakap makan luar aje la..syoknya dengar.

- pergi ke uptown kota damansara lepas tu. kelakar masa ni sebab kami nak beli bantal peluk (bolster) kekabu. dah lama usha tapi tak beli, jadi kami bercadang untuk beli. tengah-tengah belek-belek bantal dan berbincang, entah macam mana, hubby letak tangan atas bantal, terus melorot bantal peluk tu ke lantai..terus tergelak besar Odah..memang kelakar sampai berair-air mata Odah..sian hubby tersipu-sipu dia..masa bayar sempat Odah usik dia lagi, tanya kat penjual, pernah tak orang beli jatuhkan bantal tu? terus gelak penjual tu..sorry sayang gelak tak hengat..

Ahad

- sebenarnya adik ada futsal kat seksyen 13 shah alam (extreme park). untuk sarapan, kami jamu depa ngan nasi lemak. sedap dan banyak..syukur rezeki.

- hubby ada gotong royong jadi dia balik pukul 12 kekenyangan. Odah lunch dengan roti canai aje.

- petang patut balik pj tapi hubby tak larat, dia tidur sampai jam 4..takpela syg penat kan?

- malam gi gi*ant beli barang dapur..jumlah kebocoran? RM 170.00 itupun hanya beli barang yang dah habis aje..makin mahal barang-barang.

- isu kekurangan gula? kami pun terkena sebab kedai runcit berdekatan rumah (area U5) kehabisan stok gula. kami tak kisah sebab gula cuma untuk minum pagi (nescafe) aje, kalau tiada, boleh beli susu tin F&N aje. tapi pergi giant, siap pekerja dia susun gula berkarton-karton..tak perlu risau, cari alternatif jika stok gula tiada.

kesimpulannya, ahad yang sangat best sebab dah lama tak duduk rumah dengan hubby berdua aje. selalu gi pj uruskan wedding Umar. minggu ni hubby sibuk, balik lewat, jadi dah dapat habiskan masa berkualiti dgn hubby..i love u

gambar? nantila upload



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign