Tinta Si Isteri Mekanik: Ramadhan 1430H

21 August 2009

Ramadhan 1430H

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Alhamdulillah kita semua dipertemukan lagi dengan bulan yang terbaik di antara semua bulan..

Suka sangat dengan Ramadhan, antara sebabnya:
a) Puasa..

b) Sahurnya

c) Terawikhnya

d) Solat sunat yang dapat dibuat semasa bulan ini dan jarang-jarang di bulan yg 11 itu..contohnya solat tahajjud, witir, hajat, taubat

e) Buka beramai-ramai..sebab kami ni dah lenlain rumah, bila puasa ni kami biasanya bergilir rumah pada weekend..cam minggu ni rumah pj, next week rumah muar, then minggu nuzul rumah shah alam (my house) pastu rumah kl (rumah abang)..gi terawikh sesama..yg ni miss sgt2 sebab b4 this reramai pergi masjid..lepas 8 rakaat odah, umar, ijah, mat balik..then hubby balik ngan mak sebab depa buat 20 rakaat..ayah lagi lewat sebab ada tadarus.. bila kami pindah, mak cakap takde geng balik masjid lepas terawikh..sedih jugak..

So azam ramadhan tahun ini, odah nak:
a) tadarus

b) masak sendiri..konon takmau pi PaRam sebab selalu balik berdua dan dah lewat..hubby dulu balik 530pm, tiba rumah dah 630pm..mana larat nak masak..tapi tahun ni en.hubby dah kerja sendiri n dah tak sehaluan, dapat balik cepat 430pm..insyaallah masak sendiri macam dinner

c) amalan2 sunat tu dapat diteruskan dan diperhebatkan masa ramadhan

d) nak didik mata, telinga, lidah, hati agar turut berpuasa...mata tu tak nak la usha mamat hensem ke, apa ke cehcehceh..telinga tu kalau dalam kereta sure bukak radio, kali ni nak dengar CD bacaan al-quran @ nasyid @ world music yang memuji-Nya..lidah pulak, agar berkata hanya bila perlu..hati sentiasa berzikir..

e) memperbaiki diri sangat-sangat biar sentiasa cemerlang..especially untuk Allah, hubby, family..

AKhir kata, Selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya..


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign