Tinta Si Isteri Mekanik: Pengat Pisang

04 September 2009

Pengat Pisang

Kan hari rabu tu saya plan nak masak pengat pisang kan?

hehe tak jadi masak sebab rasa macam banyak pulak makanan berbuka. Tak baik membazir, kan?

Tunda ke hari Khamis la jawabnya..semalam memang takde idea nak masak apa. Entahlah, kali ni berpuasa kurang sikit selera PaRam ni..maybe sebab sensorang kot..tu yg malas nak menjelajah orang ramai tu..

Semalam berbuka dengan:
a) Pengat pisang
b) Jemput bawang
c) Tuna roll

Masa masak pengat tu, berdoa bagai takut tak sedap. Nak jamu jiran niatnya, so kalau tak sedap, terbongkar la rahsia saya tak pandai masak. Alhamdulillah, hubby kata sedang elok aje manis dia.

Saya baru terperasan, pengat pisang ni saya selalu masak masa Ramadhan, bulan lain tu kurang sikit feel nak masak pengat. Pelik kan?

* Oh ye, saya masak tapi saya tak makan pun pengat tu, even tak rasa sikit pun. Malam tadi tidur awal, hubby dok menghabiskan pengat tu *

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign