Tinta Si Isteri Mekanik: Panggilan Hangat??

29 October 2009

Panggilan Hangat??

Posting SayangIbu membuatkan saya terfikir, adakah selama kami berkahwin, servis saya terbaik untuk suami?

Setahun pertama, memang tip-top..sebabnya, kami masih bermastautin di rumah emakdanayah saya. kami berdua dah ada rumah sendiri tapi kedua-duanya disewakan. rumah saya di shah alam dan hubby di cheras. mula-mula memang nak duduk cheras, pergi dan balik ikut LDP. Jauh perjalanan luas pemandangan tapi semangat pengantin baru memang tak boleh blah disangkal. Yelah, rumah sendiri kan best. satu rumah kami yang punya. time makan ikut suka, nak tidur terlentang kat depan tv pun boleh, nak bermanja-manja tidak terhad sekadar di bilik sahaja.

Elok-elok dah buat keputusan, pak sammy telah menaikkan harga jalan kepada RM1.60, penambahan RM2.40 sehari. maknanya kami akan menderma dara duit kepada pak sammy sebanyak RM 6.40 sehari. seminggu RM 38.40, manakala jumlah sebulan RM 153.60..erk *sesi telan air liur*. itu belum petrol tau. dan yang paling mahal adalah masa dan tenaga.

Tak jadi pindah cheras. dahla masa lepas kahwin tu saya berperang ngan kontraktor rumah hubby. bayangkan projek RM5,000 hanya disiapkan setelah 21 bulan. gile ke hape? *nanti cerita lain*

Nak duduk shah alam, masih ada kontrak 1 tahun lagi..redha ajela duduk PJ dan hanya 1 bilik tu je kami yang punya.

Tahun ini, saya rasa servis saya untuk suami hanya boleh digredkan kepada A- sahaja. terkurang markah sebab:
a) dalam 1 minggu akan ada sesi makan di luar
b) dalam 1 bulan sure akan ada 1 kali baju bertimbuntimbuntaksempatnaklipat

Tapi suami tak komplen.Alhamdulillah



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign