Tinta Si Isteri Mekanik: Part 2

16 October 2009

Part 2

۝ Suami sumber duit : Memang benar tetapi hari ini isteri juga bekerja dan seharusnya tanggungjawab dan urusan rumah tangga harus dipikul bersama.

۝ Suami bukan bos : Anda memang bos di tempat kerja tetapi itu tidak bermakna di rumah anda boleh member arahan kepada isteri. Sebagai ketua keluarga anda seharusnya lebih banyak bertolak ansur.

۝ Suami tukang bayar hutang dan bil : Tidak semestinya semua bil harus dibayar suami, isteri juga harus membantu menjelaskan apa-apa yang patut bagi meringankan bebanan suami.

۝ Suami mula dulu : Hasrat untuk ‘bersama’ di bilik tidur sinonim dengan lelaki. Itu dulu, sesuai dengan peredaran masa isteri juga harus memulakan sesuatu. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana anda sudah menjadi suami isteri.

۝ Suami ada masa sendiri : Sudah menjadi kebiasaan, suami boleh keluar bertemu teman-temannya seperti minum teh tarik. Manakala isteri hanya duduk di rumah. Suami sepatutnya beri ruang kepada isteri untuk bertemua teman-temannya dan tiada salahnya sekali anda menjaga anak.

۝ Suami perlu dihormati : Tidak dinafikan suami harus dihormati tetapi isteri juga harus diperlakukan demikian. Sopanlah ketika menegur atau bercakap dengan isteri. Anda harus menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga di rumah.

۝ Suami harus cekap : Ada suami yang agak lurus, semua benda dimaklumkan isteri dan akhirnya timbul perkataan ‘queen control’. Kalau boleh biarlah suami lebih hebat dan cekap.

۝ Suami mesti bijak : Ramai suami merasakan diri mereka lebih tahu dan bijak dan tidak boleh dikritik dan menerima kekalahan ketika berbincang. Bagi isteri, ada sesetengah perkara dia tahu dan tidak. Pasangan perlu saling membantu dan rasa bangga dengan kebolehan sendiri tetapi jangan sampai terlalu bangga sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pada pasangan.

۝ Orang lain lebih cantik : Lumrah kita sering merasakan orang lain lebih segala-galanya sehingga tidak yakin dengan kemampuan pasangan. Ini menimbulkan perasaan kurang senang dan marah pasangan. Berilah peluang kepada pasangan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.

۝ Pasangan tidak faham : Bukan mudah untuk pasangan memahami di antara satu sama lain terutama kerjaya. Suami isteri saling memahami agar lebih mudah diajak berbincang terutama hal-hal yang serius.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign