Tinta Si Isteri Mekanik: Bertambah lagi..

10 December 2009

Bertambah lagi..

usia perkahwinan kami. Sekejap aje rasanya. Masih lagi dalam proses Fasa pertama iaitu proses mengenal diri.

Ingat lagi pada tarikh ini, jam 1.30 tengahari, ayang tengah bersiap lagi ni. tapi dah tinggal sikit-sikit aje, ie pakai tudung dan berposing ;). dengarnya tetamu yang hadir memang ramai, alhamdulillah tak padat as they come and go. tengah musim cuti sekolah dan musim mengawan perkahwinan. Kan Malaysia sinonim dengan kenduri kahwin pada masa cuti sekolah.

ayang kan yang, dalam tersenyum bergambar tu, sebenarnya tengah dup dap dup dap dap dap dup menunggu abang sampai. takut jugak kalau duit tol yang abang sediakan tu tak cukup untuk famili ayang. Diorang ni memang selamba, setakat duit tol yang seringgit pun nak jugak. dah tu, ada lak tol untuk kaum Adam. tak pernah dibuat orang, lelaki mintak duit tol..kan biasanya perempuan aje kan? tapi depa kata nak jugak buat. nak jugak merasa duit tol, takkan pompuan aje yang dapat..Naisb baik ayang dah ingatkan abang duit tol tu seratus ringgit masukkan dalam sampul tapi jangan tunjuk kat depa abang sediakan banyak. abang kan mmg jati johor, so mmg familiar la kan ngan adat ni. bila tengok balik gambar2, sian abang. tersipu-sipu bila depa usik abang. tapi meriahkan? pictures says more..

masa bersanding, nape abang serius semacam aje? cam kena kahwin paksa je. tapi abang memang macho and tersangatla hensem. ayang aje like cute big bunny ;)..

masa makan berdamai tu, ada pulak udang dan Umar ngan sape kawan dia tu serve kita. senang sikit. siap ikan tu dia sendukkan, tak la terkial-kial kita nak makan. tapi ayang dapat makan sikit aje. dahla sedap nasi tu..ingat lepas kenduri tu nak makan lagi, rupanya dah habis, tinggal nasi putih aje huhu..

Abang,

i started our life journey without any love for you.
But as the day goes by, i can't help myself not to fall for you.
My love for you is growing just like the number of days since the day we united our hearts.
You are the best for me and i hope that i am for you.

I made the biggest decision in life by marrying you and my life has been filled with happiness eversince.




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign