Tinta Si Isteri Mekanik: Premium Beautiful Mahal?

24 December 2009

Premium Beautiful Mahal?

Saya banyak mendapat maklumbalas, samada dari pembacaan komen/blog atau secara langsung, yang mengatakan Premium Beautiful mahal.

Kalau sekali pandang, memang harganya mahal. Iyelah, saiz normal iaitu untuk badan yang bersaiz S ke L, harganya RM2,400.00 manakala saiz besar iaitu XL ke atas adalah RM2,600.00.

Wow, dua ribu lebih untuk 3 pieces clothing? memang mahal, kan?

Tetapi, bersama-sama dengan harganya yang dua ribu, datang sekali perkara ini:-

a) Premium Beautiful adalah barang yang mendapat pengiktirafan Superbrands

b) Premium Beautiful ada jamimnan seumur hidup (warranty for life). Maknanya, kalau koyak, atau rosak, boleh hantar untuk diperbaiki.

c) Premium Beautiful juga tahan lama. Ada testimonial yang katakan ada yang dah beli 15 tahun dahulu, Premium Beautiful masih dalam keadaan elok. Ini kerana ia mempunyai kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

d) dan, khusus untuk wanita yang sentiasa menjaga berat badan, membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman. Setiap wanita mesti akan cuba untuk kelihatn cantik, terutamanya untuk suami. Itu sebabnya Premium Beautiful sentiasa ada permintaan.

Tetapi, bagi kes saya, saya mendapatkan Premium Beautiful kerana rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia yang berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme. Sebab saya kan nak mengandung.

Mahal lagi? Cuba bandingkan dengan kos perubatan dan lain-lain kos dalam usaha saya untuk hamil di entry ini?

Total RM7,000.00, Premium Beautiful baru RM2,600.00. Mana Mahal?

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign