Tinta Si Isteri Mekanik: March 2009

30 March 2009

FAKTA: Makanan yang membantu membakar lemak.

Petikan dari akhbar Berita Harian

1) Bawang putih: mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat.
Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak.
Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.



2) Epal: mengandungi bahan kimia dipanggil ‘pectin’ yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.


3) Kacang soya: mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.


4) Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon: mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.


5) Asparagus: mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.


6) Tauge: sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.


7) Lobak merah: mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.


8) Seleri: mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.


9) Timun: mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.


10) Tomato: tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan


11) Oat: membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.


12) Kobis: makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.

13) Teh hijau: mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglycerides’ dan membakar lemak.


14) Bawang merah: mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.

29 March 2009

Earth Hour

Adakah anda bersama-sama menyokong kempen menyelamatkan bumi ini?

hehehe kami bersungguh-sungguh..siap buat reminder lagi..pastu dok terintai-intai jiran mana yg turut join...ramai jugakla tutup lampu tapi tv on..ye la dah gelap nampakla cahaya dari tv tu..bukan pi intai rumah depa...

tapi best gak duduk lam gelap nih...both of us mmg tak berapa kisah sgt tv tu..time ni bestnya...borak ngan hubby..senang concentrate sikit..tak la sibuk mata tgk tv @ baca paper, telinga dok dengar cerita dia...

ye la, hubby bukak bengkel sendiri, partner ngan member dia panel Insurans Am..so kereta accident kalau nak claim insuran kan kena hantar kat panel PIAM..so mcm-mcm la masalah..baiki kereta accident sgtlah mencabar..so odah support dengan mendengar cerita dia..every day...without fail...nak support fizikal kenot wo...moral support ajela...

anyway, jimat tu bukanlah hanya EARTH HOUR Sahaja ye..perlu diteruskan sehingga bila-bila..ini semua untuk kebaikan kita bersama

23 March 2009

Resepi : Ayam Schecuan dan masak-masak hujung minggu

Resepi ini sangat menjimatkan masa sebab a) kombinasi protein (ayam) dan sayuran dan (b) masuk semua selepas ayam masak...sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa..cuma odah rasa ayam tu, instead of goreng, boleh rebus dulu bagi masak, then tumis n masuk sayur, last baru masukkan ayam..sebab hubby kata agak berminyak (sebab dia tengah btuk, so minyak is no-no)..amik kaat mana ek? rasanya kat http://trymasak.my/


AYAM SCHECUAN

1) Ayam - dipotong kecil (1/2 lb)
2) Lada benggala merah - dadu kasar (1/4)
3) Putik jagung - potong kasar (5 biji)
4) Kacang pis muda (1/4 lb)
5) Bawang putih - dicincang (2 ulas)
6) Halia - potong nipis (1/4 sudu besar)
7) Tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air (1/2 sudu kecil)
8) Serbuk cili (1/2 sudu kecil)
9) Kicap cair (1 sudu besar)
10) Minyak bijan (2 sudu kecil)
11) Gula halus (1/2 sudu kecil)
12) Garam (secukup rasa)

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separa masak dan kemudian perasakan dengan sedikit garam.
Seterusnya masukkan bawang putih. Apabila naik bau, masukkan pula halia.
Tambahkan kicap dan sebatikannya bersama ayam diikuti dengan sedikit gula, serbuk lada, jagung muda dan juga kacang pis (pea pods).
Apabila baby corn dan kacang pis sedikit layu, curahkan minyak bijan dan masukkan pula lada benggala. Sebatikan semua bahan dan rasa.
Apabila ayam empuk dan sayur-sayuran hampir layu masukkan tepung jagung.
Masak beberapa ketika lagi supaya sosnya sedikit pekat.

20 March 2009

Rahsia Sayuran

got this in email this morning..forwarded by Sabrina Bakar...thank you sabrina..

Sayuran tempatan sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi dan pelbagai
kegunaan. Di kalangan masyarakat Asia khususnya, sayuran bukan sahaja
dijadikan sebagai pelengkap kepada hidangan ruji tetapi juga mengambil
komoditi ini di dalam dietnya untuk memberi kepelbagaian rasa, tarikan
estetik disamping merupakan faktor penting dalam mengimbangi diet manusia
menerusi zat-zat yang terkandung di dalamnya. Namun begitu ramai yang masih
tidak menyangka bahawa fungsi atau nilai sayuran adalah lebih daripada itu
terutamanya setelah dibuat kajian saintifik di mana kita dapati ia mampu
memberi jawapan yang mengagumkan dalam mengatasi masalah sesuatu penyakit.

1. SAYURAN DAN KHASIATNYA

Sebenarnya sayuran diperolehi daripada tumbuhan sama ada diambil daripada
daun, buah, pucuk, ubi atau batang sesuatu tumbuhan dan boleh dimasak
ataupun dimakan mentah sebagai ulaman untuk dijadikan juadah pembuka
selera. Disebalik fungsinya yang sebenar, tersirat seribu rahsia yang amat
bernilai dalam perubatan.

2. Cili Merah Hindar Darah Beku
Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum yang berasal dari
keluarga Solanaceae ini merupakan sejenis cili berisi tebal berwarna merah
atau hijau dan mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Ia mengeluarkan buaga
kecil yang bertukar menjadi buah pada setiap ranting daun. Cili merah kaya
dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat galian seperti besi, kalsium,
fosforus, sodium dan potasium. Sayuran ini dikatakan bernilai dari segi
kesihatan untuk meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukkan. Ia
juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengatasi masalah sakit
kerongkong. Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel
darah daripada bergumpal dan sekaligus menghalang sejenis penyakit darah
beku yang dikenali sebagai trombosis.

3. Brokoli Hindar Osteoporosis

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap menyerang kaum wanita pada
usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah
sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan
merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan mempertingkatkan kalsium dan
mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk
menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan makanan yang
kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat galian,
terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. Lantaran itu
brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini
kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium,
di samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan.

4. Tomato Cegah Barah Prostat

Tomato, yang dikenali dengan nama sainsnya Lycopersicon esculentum, juga
merupakan sejenis sayuran yang digemari ramai. Ia lazat dimakan mentah atau
dimasak dalam pelbagai jenis hidangan. Tomato yang juga berasal dari
keluarga Solanaceae, kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C
yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan. Ia juga baik untuk melicinkan
kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang penting. Satu kajian
terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pigmen merah yang terdapat
pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene
yang boleh mengurangkan risiko dikalangan kaum lelaki daripada mendapat
penyakit barah prostat. Kajian itu juga menyatakan bahawa dengan memakan 10
biji seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit itu sehingga 45 peratus.

5. Bendi untuk Kecergasan Otak

Bendi juga merupakan sayur tempatan yang banyak ditanam di negara-negara
yang beriklim panas dan lembab. Berdasarkan kajian tempatan yang dilakukan,
bendi mengandungi sebanyak dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat
dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan
vitamin terutamanya kalsium. Lantaran itu ia merupakan sayur yang elok
untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai
perangsang buangan air kecil, berkesan untuk merawat gonorea, sifilis serta
bengkak saluran kerongkong dan hidung.

6. Bawang Putih halang Darah Tinggi dan Kanser

Bawang putih telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat
perjalanan darah pada salur darah. Kolesterol inilah yang menjadi punca
penyakit darah tinggi. Bawang putih atau Allium sativum nama sainsnya juga
membantu menyegarkan pernafasan sekalipun di tempat yang banyak karbon
monoksida (asap kenderaan). Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang
daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan
ketumbuhan tumor dalam tubuh manusia. Di Korea contohnya, peratus pengidap
darah tinggi begitu rendah sekali dan ini dikaitkan dengan amalan
menjadikan bawang putih sebagai ulam setiap kali mereka makan.

7. Bayam dan Nilai Perubatannya

Bayam sejenis sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi
seperti kalsium, potasium, magnesium, mangan dan zink. Tumbuhan ini yang
dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya, berdaun hijau
yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti sayuran lain, bayam
bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam mengandungi zat besi
secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang ada kaitan dengan anemia.
Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian
diminum dua kali sehari

8. Kucai Redakan Masalah Senggugut

Kucai sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang berasal dari keluarga
lili. Tumbuhan ini tengik baunyan tetapi enak dimakan sama ada sebagai
sayur atau ulam. Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen
belerang. Ia bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya
untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam
usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus.
Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan
darah. Caranya sama ada dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga
lumat dan dikacau dengan air panas lalu diminum. Cara ini amat berkesan
untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.

9. Terong Pipit Untuk Hasilkan Pil Perancang

Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara
tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Biasanya dimakan
mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian, terong pipit
mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus karbohidrat
serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C
serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi
alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan
sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya
untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain buahnya yang mengandungi
banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati
retak pada kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar
racun ular dan serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit
perut.

10. Cekur Penawar Keracunan Makanan

Cekur adalah daripada keluarga herba yang berasal daripada spesies
Kaemferia galanga. Ia mengeluarkan enam hingga 12 helai daun yang tumbuh
secara berkelompok dan berbau harum. Tumbuhan ini juga berbunga putih dan
ungu muda. Daunnya enak dimakan sebagai ulam yang menyegarkan. Ia juga
kerap digunakan sebagai sayur atau sebagai ramuan dalam masakan kari di
rantau Asia Tenggara. Di Thailand, akar cekur dicampur dengan wiski untuk
mengubat sakit kepala. Di Indonesia, cekur digunakan sebagai penawar untuk
kes keracunan makanan, tetanus atau terkancing gigi, ulser mulut, barah,
batuk dan selesema.

11. Daun Pasli Pulihkan Hipotensi

Pasli, tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran.
Batangnya lembut serta memiliki daun yang kerinting, kaya dengan vitamin B,
C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Air
rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan
minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah
yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula
rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.
Selain itu, pasli juga dikenal pasti dapat meredakan penyakit sengal-sengal
tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim
selepas melahirkan anak.

12. Pudina bantu Penghadaman

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia
tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi
dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan
bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat
berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata "
moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana
"rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk
merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh
melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita
"crispa" yang boleh menjauhkan tikus.

Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan
membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai
antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan
tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat
ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan
sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh
menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.

13. Peria Penawar HIV

Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia, sayur hijau seakan timun,
merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa
ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai salah satu herba
dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar
perubatan China untuk merawat penyakit asma dan haid yang terlewat selain
untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang. Kini
penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika
Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia,
HIV dan AIDS.

Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi
menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut,
terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan menjalar yang agak
pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan ada kalanya membalikkan
penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan
semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk
menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui
perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa kajian
yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke
paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat
semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk
jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4
ini agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap
peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.

Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan bahawa dalam beberapa kes
tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya meningkatkan tahap
CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah menurun hingga ke
paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria juga didapati
berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan, penyakit-penyakit
sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan
"opportunistic infections", misalnya herpes kemaluan, tuberkolisis dan
beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran lemahnya sistem
imunisasi tubuh.

Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas keberkesanan peria belum
dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang terlalu tinggi. Namun
ujian secara kecil-kecilan di makmal amat memberangsangkan. Sekumpulan
pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis
protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan mengandungi
sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus. Selain
daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus
seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada
membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein
lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati
boleh membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel
kanser. Para saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein
daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus (Rajah 12).

KESIMPULAN

Jadi, menerusi penerangan yang diberikan, jelas membuktikan bahawa sayuran
sememangnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Namun begitu kita tidak
boleh menyalahkan masyarakat sekarang seandainya mereka memandang remeh
tentang kelebihan yang terdapat dalam sayuran memandangkan mereka lebih
terdedah dengan perubatan moden. Di sini, peranan kerajaan di samping
institusi pengajian tinggi adalah penting dalam membuktikan kelebihannya.
Kerajaan seharusnya tidak keberatan untuk menyumbangkan sebahagian kecil
daripada pendapatan negara untuk projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
berkaitan dengan pengkajian nilai perubatan sesuatu tumbuhan khususnya
sayuran.

19 March 2009

Offiice takde air

alamak.....susah ar cam nih...

ingatkan mmg syabas tutup bekalan air, tapi bila call takde pape..

takut dia salah potong air...ofis atas tu tak bayar tunggakan, so semalam adalah hari pemotongan bekalan air ofis atas la...tup-tup hari ni ofis kami lak tak de air...

mcm mana ni? dibuatnya nak shi-shi, mana mau pergi? ish..dahla tekak rasa kekeringan ni..tapi kalau minum, nanti cept je nk shi-shi..air takde..

huhuhu

10 March 2009

Long Weekend

hm...rupanya sakit perut tu disebabkan GASTRIK..haduh ai..biasanya gastrik, muntah-muntah aje takde sakit perut memulas n cirit-birit...tapi ok la, rasanya ada kurang sikit gastrik nih..dah tak teruk dah macam dulu..

so, sabtu ke Klinik An-Nisa, Seksyen U5..ija yg hantar..hubs tak dpat hantar sebab banyak kereta nak settle..yela isnin nak cuti..kerja mekanik..bisnes sendiri..ada kerja, masyuk la..if cuti kena usaha keras sikit utk ganti cuti tu...apa-apa pun syukur kepada allah atas nikmat rezeki yg dikurniakan...konon nak balik malam sabtu tu jugak..tapi dek kerana isterinya melepek satu hari tak kemas rumah, ditambah lagi dengan kecapikan masnya..perjalanan ditunda ke Ahad pagi..larat basuh baju je, yang lelain tu tinggal je..nasibla..rumah berhabuk (duduk 2 orang pun byk habuk..pelik), tak mop, tak sapu, toilet tak cuci...pejam mata je..abis dah tak larat..makan ubat je, mata pun berat..

plan balik isnin petang, tapi standby gak baju kerja..biasanya mak akan mintak balik pagi selasa tu..terus gi kerja la..takpe, tunaikan selagi boleh..sekarang dah mudah sikit coz hubs kerja sendiri, so takyah berangkut baju, kasut semua, just baju kurung je..

ahad tu bertolak jam 8 tapi belum isi minyak n angin tayar tapi selepas isi perut ;)..hubs jenis yg tak suka sangat berhenti, but on request okla..takdela sampai taknak berhenti..lagipun tak berhenti=cepat sampai ke destinasi..tiba jam 11 pagi sebab kat highway..dah terang takleh bawak melebihi had laju..ceh ceh ceh..keselamatan harus dijaga...

kat muar ni best sebab kami takdak kerja lain..makan..tidur..merayap..makan lagi..lepak..oh ya, ambil baju tempahan..buat kebaya RM 30.00 aje kat parit sulong..famili hubs nih suka shopping kat parit sulong..nape entah..dekat kot..so masa bulan 12 tu alang-alang ada kain hantar terusla..if ok leh hantar lagi..

kali ni tak banyak tidur sebab baca buku "Andai itu takdirNya"...meleleh aje air mata bila baca..ok jugak penulis novel ni..similar tu "ombak rindu - fauziah ashaari" tapi penderaan kepada isteri tu lebih dashyat dan nasib Nur Aleya tidak semalang sape ek? dalam ombak tu..kena jual dek kerana hutang..time hujan-hujan semua dok tidur, odah sibuk dok kat anjung baca buku nih..kat dalam gelap sebab tak pasang lampu..ye la semua tidur..

anyway, syukur Allah mudahkan segalanya..ye la last balik masa Raya Haji..masa CNY depa kata nak datang KL tapi sana tak call sini dok menanti, sudahnya tak jadi...hubs pun dah kerja sendiri, bukak bengkel sendiri, kena la kerja kuat-kuat sementara masih muda..but restu bonda ayahanda pun penting jugak...

after this, early may baru balik..tu pun if kembar hubs tak jadik mai KL..

06 March 2009

The weekend is here

Jumaat dah (it's friday)..

semalam hubby balik lewat, so i was alone at home..not feeling good, tired...masak pun tak..pesan kat abang belikan nasi goreng pattaya..masa dia balik, i was napping..siap mandi n solat baru dia kejut...was really sleepy..mata nak tutup je tapi paksa bangun sebab perut lapar..

finished dinner, i read a novel by Damya Hanna "Senafas Rindu"..by 11+, i dah mengantuk..abang still watching his favourite show WWE...

today, i bought roti canai for my collegues sempena my boss's birthday tomorrow..

hopefully this ache thing will heal by tomorrow..tonnes of work as we are holidying in Muar..balik muar best...makan heaven tu..

05 March 2009

Sakit perut

oh man...last night was horrible..it started as a mild discomfort after lunch..i thought maybe because i ate lot..but then again, my bekal nasi isn't finished so mcm mana makan byk lak kan?

after maghrib prayer, it started again, together with loyaness..we had a visitor but i couldn't be bothered..nap for a while but distrupted once in while as hubby's wondering in and out of the room searching something..he fed me with fried rice he cooked and the ache seems lessen for a while..so dapatlah tidur sekejap..

12 midnight...the real pain attacked me.sakit memulas-mulas..kena cherry berry pulak sampai 4-5 kali..ingatkan dah ok la after trips to the loo...rupanya tak..ditambah dgn muntah and sakit sampai menonggeng-nonggeng...baru teringat MADU (Honey).. mintak hubby amik and siap di suapkan sebab dah tak larat nak pegang..lepas makan, sakit mencengkam tu datang balik...but i guess the honey helps because i didn't feel any excruciating pain anymore..

pagi ni dah ok...tapi letih la..

kat ofis episod loya n muntah bermula..dah amik slip doktor tapi cam dah ok lak..tengok la nanti

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign