Tinta Si Isteri Mekanik: April 2009

30 April 2009

Remember



SparkPeople Translation:

What are you trying to accomplish? Are you trying to stick to a fitness plan so that you will look great this summer? Are you trying to improve a relationship with a friend or loved on? Are you trying to eliminate fast food from your diet? Whatever you are trying to do, think about a time when you’ve allowed yourself to think, “I can’t!” Why did this happen? Most of the time, it is because of a barrier that you yourself created. It is completely natural for you to have this reaction in life. For most of us, when things get tough or when we start to fail, we try to find ways to justify our actions instead of trying to find ways to get over the hurdle. This is a barrier…and this is something most of us could work on. This week, really try to eliminate the hurdles and barriers you’ve created. One of the most common barriers we tend to create is lack of time. If you find yourself saying, “I can’t, I don’t have time!” take a second and analyze your goal. Is this something you really want to accomplish? If so, MAKE THE TIME! Get up a little earlier. Stay at home one night instead of going out. Find time for you and your goals.

Happy Long Weekend

Selamat bercuti..


Keadaan Bilamana Mertua is Coming

Ingat ini lagi tak?







sekarang..























hehe shantek kan? pasnih beli lagi satu letak kat belah kanan laks..



29 April 2009

Ngntuk la

Adoi ai..dah la musim gaji, internet cam lambat sikit..sumer sibuk ngan e-filing ke?

apa nak buat kalau mengantuk?

dah try:
- minum air masak
- minum air kopi
- bersiar-siar di ofis

Try this




Your Birthday's Wisdom is Action



If there is one thing you've learned in life, it's get moving.

Procrastination just makes things so much worse. If you dream it, you do it.



You believe in going for it. And as a result, you've had success in many arenas.

You rather regret what you did than regret what you were scared to do.



28 April 2009

Jarang & Selalu

Yang jarang dilihat..di GCE


Yang selalu kelihatan...di Traffic Light Kg Melayu Subang

dahlah tak pakai helmet, bawak anak lagi, pastu langgar lampu merah..

Shopping......Bantal

Hujung minggu ni kan family hubby nak datang..tapi rumah kami nih rumah bujang ;)..bantl hanya ada 5 - 2 kami guna, 3 lagi adik odah guna..patutnya 1 je..2 lagi tu utk guest..tapi dia bantai guna sumer..

dah lama tertangguh nak beli..tapi paksa hubby gi JJ OU..beli 5 biji x RM 8.90..belasah je la..pastu cari sarung bantal..yg ada novelle..skali tenguk 1 for RM 27.90..lawak lawak..sarung lagi mahal dari bantalnya..nak buat camener..mesin jahit takdak, so pejam mata amik 5 je..tak snap lak gambar hubby bawak bantal tu..cam org meniaga bantal..lepas beli terus hantar simpan kat kereta..tak kuasa nak bawak merata..sebab ada misi lain..

gi makan kat Arena aje..nak makan kat sini


ketang ketung mamat tu masak..lagi org tengok..lagi kuat dia ketuk..odah mmg suka but hubby baru first time makan..hubby nih baik, simpan duit masa bujang..bukan cam wife dia nih asyik derma kat shopping complex je..


Harga ayam daging naik di seluruh negara

hm...

baca di sini



Sesak nak makan kayEffSee


Teringin nak makan KayeffSee..lepas isyak pergi kat Kota Damansara...rupanya ramai yg tiru kami...

tengok tu..berderet...dgn yg nak ke drive thru..mana yg pusing carik parking..sesi menggedix la dalam kereta

malas nak tunggu..kami ke Giant Kota Damansara..sian kat hubby...kebuluran..dia nak nasi, so kami ke KayeffSee jugak...dah nak bayar, adik cashier tu kata nasi kena tunggu 1/2 jam..HAA 1/2 jam...org dah kelaparan tahap ultraman tiga, lagi mau tunggu aaa..cancel boleh dik? dgn muka sedih, boleh kak...sorry tak kuasa nak tunggu tau...
last-last kami ke sini...tak dan nak amik gambar, terus order..amik set simple je

dan hasilnya...




24 April 2009

Resepi : Tomyam Express

Hari ni odah cuma masak Tomyam je..senang & jimat masa..sebab 1 lauk dah ada protein & sayur..



Bahan:
- ayam, sotong, udang, daging
- bunga kobis, jagung muda, kacang panjang, tomato, carrot
- pes tomyam - odah suka guna Adabi
- daun limau purut, serai

Cara:
- masukkan air ke dalam periuk
- masukkan pes tomyam dan ayam, sotong, udang, daging dan serai
- masak hingga mendidih dan bahan-bahan masak
- masukkan sayuran dan daun limau purut - kalau tak nak masam, tak perlu daun limau
- perasakan..selalunya kalau dah guna pes tomyam tu, tak payah masuk garam..odah cuma masukkan gula jika perlu


kena tulis resepi ni sebab nanti tak kalut cari balik resepi..setiap kali nak masak, setiap kali tu la carik buku resepi

Beware Girls

Odah dapat dari email. Sentiasa berhati-hati ye frens

Salam semua ..........
Pada hari ini, 14 Feb 2009 merupakan tanggal yg amat sukar dilupakan
bagi diri saya kerana pertama kalinya saya diragut.
Kejadian ini berlaku pada jam lebih kurang 1.30pm di depan restoran
Mr.Kaya Kopitiam di seksyen 13 Shah Alam. Kedai makan ini sederet
dengan restoran Qaseh, di shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam
(dahulu Makro).Juga berdekatan dengan Geng cafe & ofis animation Les
Copaque.

Kejadian berlaku dgn begitu pantas. Ketika itu saya baru keluar kereta
dan ingin melintas jalan utk ke restoran lalu datang sebuah motosikal
ditunggang oleh 2 lelaki (disyaki Melayu/Indon) lalu pembonceng tu
terus meragut beg saya.

Tunang saya cuba merampas balik beg tapi dalam pergelutan itu cuma
handphone saya saja jatuh dari beg dan selamat.Kami tak dapat kejar
kerana kami cuma berlari dan mereka memecut dengan motor jenama
Panther berwarna hitam/merah.

Wang dianggarkan dalam Rm2000 lesap-saya baru dapat wang dari hasil
jualan bisnes sampingan saya (menjual wedding gifts). Alhamdulillah
saya tak cedera parah,cuma tgn kiri bengkak dan sakit akibat disentap
kuat. Tapi ic,lesen,kunci rumah,kunci kereta semua dilarikan.
Dah buat laporan polis dan polis bagitau yg di kawasan tu memang
selalu berlaku kejadian ragut.

Di sini saya nak ingatkan semua supaya berhati2 kerana masalah ekonomi
skrg yg tak stabil,mereka2 ini mengambil kesempatan dengan kejam
merampas hasil pencarian org lain. Bagi wanita di Shah Alam, jaga2
ketika membawa beg tangan. Hati-hati jika ke kawasan Giant, Tesco
Extra seksyen 13. Suspek sekarang sedang mengganas di sekitar kawasan
berdekatan stadium shah alam itu.Beringatlah dan berpesan-pesan lah.
Sekian.Wassalam.


Subject: Diragut ( jangan bukak tingkap di Trafik Light!!!)
AWAS!!!....kawasan simpang trafik light menuju Teknologi Park ( stadium bukit Jalil)....

Suspek - Melayu , penunggang dan pembonceng motorsikal jenis modenas,ex5 dll,

Umor - 15-20tahun ,

mangsa pilihan : perempuan memandu berseorangan atau berdua

masa kerap kejadian : 5.00ptg - 7.00mlm (balik kerja) jalan jem.

AWAS- penunggang /pembonceng motorsikal TANPA/DENGAN HELMET.

MO(modus Operadi)- Bawak motor menCelah2 Kereta behenti kat trafik light..
(suspek usha tingkap kereta terbuka), ragut beg atas riba.

AMARAN - JANGAN LETAK BEG DUIT ATAS KERUSI DEPAN/BELAKANG/ RIBA
AMARAN - Selalu tgk side mirror/ back mirror & awasi pergerakan penunggang motor dari Tepi/belakang time berenti kat trafik light...

AMARAN - JANGAN! JANGAN! JANGAN! BUKAK TINGKAP KERETA LEBIH DARI 10% TERBUKA..

SPREAD THE WARNING!... TERUTAMA PEREMPUAN YANG BAWAK KERETA!!!

23 April 2009

Boring @ Exciting??




You Live an Exciting Life



You are anything but a bore. You make sure that life is full of excitement.

You have an adventurous spirit, and you don't like to sit still for too long.



If you feel like doing something, you don't think about it. You just do it.

There's no way you could ever live a boring life. There's too much to do and not enough time.

Resepi : Sardine puff



senang buat ni..konon nak jual kat ofis tapi depa tgh kemaruk makan..so nanti-nanti la..sorry gambar amik dari luar oven..

bahan-bahan:

inti - sardin

1 tin sardin - hancurkan
bwg besar - hiris
cili kisar
garam/perasa

- tumis bwg
- masukkan cili - tumis hingga masak
- masuk sardin dan perasakan

inti tuna

1 tin tuna in water/oil
mayonnaise
bwg dadu - jika suka

-campurkan semua

sediakan inti..kalau sardin kena tunggu sejuk dulu..pastu amik roti pratha dibahagi 2@4 keping..letakkan inti...lipat 2 roti pratha..kelimkan dgn garfu..kalau pandai buat cam karipap tu..panaskan oven..masukkan sardin puff dan bakar dlm 20 minit..





Terkunci...

"akak...tolong bukak pintu"...

hehehe lawak tul la mat..dia dah sudah mandi siap semer..tapi tetiba dengar di panggil..rupanya pintu dia rosak..takleh bukak dari dalam..kami pun cuba dari luar..takleh gak..then try dgn kunci..pun tak lut jugak..last-last..




sebabnya..odah takut lewat ke ofis..hantar adik odah ni needs at least 15min extra...
abaikan pintu yg bercapuk tu ye..hubby ngecat tapi tak sudah lagi..

22 April 2009

Cantik kan?





tgh mengira bajet utk jadikan rumah cenitku sebegini..




Try this




You Are a Doer




You are primarily concerned with what is actual. You tend to be a practical person.

You love to stay busy, and you are always immersed in projects.



You are in touch with your senses, and you enjoy indulging them. You're likely a crafter of some sort.

You crave different sensations in life, whether it's working with your hands, playing sports, or eating your favorite meal.







21 April 2009

Resepi : Puding Roti / Bread Pudding



Adik odah ada berniaga sandwich telur dan sardin..so mmg akan ada lebihan roti bhgn atas n bawah tu...mmg teringin nak makan bread pudding tapi tu la..adikku yg seorang nih sgt bz utk menghilangkan mengidam kakaknya ini..last-last, mintak resepi n buat sendiri...resepi ni mmg sedap..ye la resepi dr chef yg belajar Sijil Pastry di ITTAR..

so ini resepinya..

Bahan (A)
7 keping roti - sapukan butter depan & belakang
1 tsp cinnamon powder
100gm kismis/choc chip/choc rice

Bahan (B)
500ml fresh milk
100gm gula kastor
5 biji telur
1 tsp esen vanilla

Cara:
- susun roti ke dlm bekas yg sesuai utk membakar - ikut suka 1 lapis @ 2 lapis
- campur semua bahan (B) ke dalam mangkuk dan pukul/whisk sehingga sebati
- tuangkan campuran bahan (B) ke atas roti
- taburkan kismis/choc chip ke atas roti
- taburkan cinnamon powder atas roti
- bakar 180'C utk 20 minit - ikut oven ye..odah buat 10mins, then if tak kering, tambah lagi 10mins




20 April 2009

Selamat Datang Cik Le

dah lama tunggu cik le datang rumah..merata cari baru jumpa..selamat berkhidmat..jgn nakal-nakal
















At last.....

Berjumpa juga kita akhirnya....selamat datang






IKEA

Family mertua nak datang utk pertama kalinya ke rumah kami..oleh kerana ittew, bilik ke-3 aka stor perlu dikemas sebaik mungkin...berjaya memujuk hubby utk ke ikea jumaat malam...

beli nasi kerabu n laksam kat pasar malam je..pastu beli daging btg pinang (nak masak rendang) - setengah kilo RM10.00..balik terus mandi, solat maghrib, makan terus keluar ke ikea...tak jauh dri rumah pun..tapi seperti biasa sedikit jam kat area pelangi damansara kondo tu..alhamdulillah senang dapat parking..yg bestnya tak ramai org..so boleh pi tgk-tgk showroom dia..ada la idea tunjuk kat hubby..rumah cinonet..kena carik idea nk melapangkannya..

barang cuma 4 jer tapi reganya RM200++..apa yg kami beli?

a)
yg warna putih tu..utk letak barang byk2 kat kaunter dapur ;)

b)
Billy Bookcase

c)

JALL Laundry BAg with Stand
ni utk sort out baju kerja odah and hubby..hubby kan mekanik so baju dia selalu kotor ngan minyak n sorts..kena basuh lama sikit, while my baju is-hanya-berpeluh-di-ketiak-sahaja...






17 April 2009

Basketweave

Sabtu lepas odah gi belajar buat basketweave..bukan anyaman rotan tu...tapi ini













odah belajar kat sini!..

not bad for 1st timer...hehehe puji sikit


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign