Tinta Si Isteri Mekanik: May 2009

29 May 2009

Blogger Friendship Award




1. Copy badge “Blogger Friendship Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Sudah

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

Cik Fid. Blogger tegar dan taiko pasal penyusuan susu ibu. sangat suka membaca blognya kerana informasi terkini dan berguna ;)Thanks Fid..baru sahaja bertukar link kerana mudah untuk saya mengikuti blognya yang sentiasa di'update'. sesama dok shah alam tapi tak pernah terjumpa..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

a) sudah selesai ttg gaji, elaun dan tuntutan
b) tgh buat pembayaran dan membelanjakan wang syarikat tanpa rasa bersalah..hei mana resit neh?? aah ni pun dia..sib baik
c) hari ni pun malas masak..mana roh rajin nih? adakah telah dibawa lari oleh sang keliwon? hm...pasar malam nanti nak beli apa ek?
d) hati ni tgh tak keruan
e) nak balik dah..
f) sabtu dan ahad ada wedding
g) next week pun ada wedding kat Muar - sepupu hubby
h) balik ni nak basuh baju - rasanya 2 cycle sebab last basuh baju Isnin - 1 cycle baju kerja n jalan - 1 cycle lagi baju kerja hubby
i) byk kena belajar ttg blogging ni
j) nak luaskan kwasan liputan sosial kerana sangatlah kurang kemahiran ini..
k) byk blog-hopping tapi tak tinggal jejak - i pemalu

alamak, terlebih sudah..

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

a)kak niza
b)kak ed
c)sofu
d)lemongrass
e)thalha
g)sape nak buat?


Sambungan

* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

Odah: badan sihat mmg 10000000x benar (menternak lemak), selsema pun betul

Hubby: dia mmg susah sakit, tapi bila sakit..adoi teruk skali..Ya Allah, sihatkan tubuh badan kami

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

Odah: sejak dah kahwin ni, lihatkan je la

Hubby: oooo sangat kurang..tapi bila dah dapat radio karat neh, makin ok

* Cukup sayang pada kanak-kanak.

Odah: YA BETUL..tapi lum dikurniakan anak..sob sob..'Ya Allah kurniakanlah kami anak yg soleh, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mendengar dan menerima doa'

Hubby: YA BETUL..tapi lum dikurniakan anak..sob sob..'Ya Allah kurniakanlah kami anak yg soleh, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mendengar dan menerima doa'

kami berdua ni if kat Muar, dok layan anak buah je..masak2 odah tak yah buat..bukan pandai masak pun..sampai akak ipar tu cakap, cam nurseri lak dah..

* Suka duduk di rumah.

Odah: nikmat berenang depan tv...esp time kocek kering

Hubby: betul..dahla dia ni jenis jimat..dulu duit gaji simpan je kt bank..la nih simpan kat tauke complexes sebab ngekor bini ukur keluasan shopping complex tu

* Setia pada segala-galanya.


Odah: yup..insyaallah hanya dgn Abdul Rahim Kassim

Hubby: yup..insyaallah hanya dgn Saudah Salleh

* Perlu belajar kemahiran bersosial.

Odah: SGT BENAR..bukan apa, kengkadang lambat warming up

Hubby: SGT BENAR..sebab dia ni pemalu..tapi sejak ada bisnes ni, n tunjuk sikit2 kat dia..dah ok ar

* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Odah: hanya hubby sahaja yang tahu..ngeh ngeh ngeh

Hubby: ya tapi dia tak tunjuk...


Hm..banyak jugak yg betul..eh nearly all ar..takpe..yg mana my strength akan diperkasakan..my weakness akan diperbaiki..

walaupun kami lahir pada bulan yang sama, tapi perangai mmg lenlain..Kuasa Allah kan?




Bulan Kelahiran

Banyak blog yg odah singgah menceritakan ttg kajin oleh Dato'Dr Fadzillah Kamsah..favourite penceramah yang sangat odah kagumi..

Odah n hubby dedua bulan januari...so mari kita kaji..

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

Odah: betul..tang suka mendidik tu, la nih ngajar tuisyen Prinsip Akaun

Hubby: well, tang bercita-cita tinggi tu, b4 this dia mmg ada impian but dia lebih byk tgk kekurangan diri dia (family dia sgt merendah diri n education-wise, hanya dia sahaja yg ada diploma - the highest level)..but after marriage plus dah bekerja sendiri, barulah dia bercita-cita tinggi..

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

Odah: *blushing* ada betul..part kritik tu tgh try nak simpan dlm hati je..n setakat ni ada 70% peningkatan

Hubby: yang ni dia sangat tak..

* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

Odah: adala..

Hubby: sangat BETUL..dia sangat rajin berbanding isterinya ini..dulu masa dia kerja ngan **ris Te***k, sampai bengkel je terus menyapu, dah habis sapu, cek keliling kot2 ada tools yg bersepah..sblm balik, kemas tools n susun kat trolley..skrang ni, dah takyah sapu bengkel, rumah tu la kerap dia sapu..hari ahad, odah basuh baju n masak n lipat kain..dia vacuum@sapu, mop, cuci toilet..tang lipat baju if dah bertimbum baru dia tolong sebab 'mini' dia cerewet..

* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

Odah: betul..sgt tak suka bersepah, tapi bila dah penat, buat tak napak je la..

Hubby: seperti di atas 'wink'

* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

Odah: sometimes..bab sensitif, dulu yes, but now grow up already..buat hati kecil je bila simpan..takut gak hati ni habis..

Hubby: sensitif tu dulu sangat tak..kita merajuk dia buat dak aje..selepas ditarbiahkan oleh pencintanya, baru okeh sikit..

* Pandai mengambil hati orang lain.

Odah: ye ke? ada kot..

Hubby: ada kot..tapi jarang ar dia ni..cuma he's getting better lepas kawen ni


* Pendiam kecuali telah dirangsang.

Odah: YESZA

Hubby: mmg betul..dulu masa 1st dating, odah siap cakap dlm hati, no secong chance 4 him - reason: pendiam giler..tapi buat ishtikharah n mohon if dia jodohku, mudahkan lah Ya Allah..mmg mudah ar, 8 bulan dah siap kawen..kekadang masa kuar sama, odah je bercakap.tanya soalan baru dia jawab..sampai 1 date tu odah diam je..nak tgk dia bercakap tak..hm..nan ado..sikit je la..telefon pun sama, bazir bayar tapi cakap tak banyak..sekarang dah ok sikit ar

* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

Odah: betul

Hubby: SGT BENAR..if tgh kerja takyah sibuk nepon..tak layan sgt..dia tak concentrate apa kita cakap..dok pikiaq kerja

* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

Odah: 50-50

Hubby: mmg mudah

*to be continued*

28 May 2009

Diet perkahwinan

# Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati. Kajian menunjukkan lelaki lebih rela melihat hilang perasaan sayang di hati isteri daripada tidak dihormati isteri masing-masing.

Suami perlu tahu isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka, tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

# Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.

# Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya', tetapi besar kemungkinan dia terluka dengan perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu satu penghinaan.

# Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin kepada diri sendiri. Lelaki selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu menerusi peranan sebagai suami. Mungkin mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

# Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

# Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh lelaki atau isteri memperoleh gaji lebih besar. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

# Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata penghargaan, galakan dan sokongan.

# Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan saja menolaknya dari segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagai suami dan lelaki. Justeru, hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan sangat penting. Hakikatnya, golongan adam memang suka berasmara.

# Lelaki bergelut dengan godaan mata. Maknanya, majoriti lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita.

Bukan hanya lelaki yang sememangnya bermata liar, lelaki baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian seksi dan menarik. Biarpun pandangan itu hanya sekilas, imej terbabit tersimpan dalam fikiran lelaki dan akan kembali terbayang bila-bila masa.

# Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.

Lelaki juga mahu menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri malah turut dihantui kemungkinan risiko yang memalukan.

# Isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi romantik melalui galakan dan menafsirkan semula hubungan asmara mereka.

# Lelaki amat mengambil berat penampilan isterinya. Ini tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.

Apa yang diingini lelaki supaya si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).

# Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui dia amat sayangkan pasangannya itu. Lelaki memang ingin memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri, tetapi mungkin isteri perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

# Kita cenderung mengorbankan sesuatu yang lebih bermanfaat hanya kerana kesenangan yang sedikit. Lebih malang lagi apabila gaya makan makanan segera ini turut diadaptasi dalam perkahwinan.

Seperti sistem imunisasi badan akan menurun apabila terlalu bergantung kepada makanan segera, begitu juga perkahwinan menjadi hambar apabila ambil mudah dalam hal berkaitan keintiman.

Budaya makan ini mungkin menjadi analogi paling tepat untuk menggambarkan perhubungan dalam perkahwinan. Jika tubuh manusia memerlukan diet makanan berkhasiat, begitu juga perkahwinan yang memerlukan 'makanan berkhasiat' dalam meningkatkan kehangatan perkahwinan.

# Jangan biarkan rumah tangga atau perkahwinan berlalu begitu saja. Rancang masa supaya suami isteri dapat berdua-duaan. Keluar 'bertemu janji' seminggu sekali mungkin satu idea yang bagus.

Letakkan peraturan untuk tidak bercakap mengenai kerja atau hal anak ketika 'bertemu janji', sebaliknya tumpukan pada hal lebih peribadi dan impian anda berdua.

# Pujian untuk pasangan tidak harus dipandang ringan lantas jangan lupa untuk memberi pujian kepada isteri yang membasuh baju atau suami yang membereskan segala bil rumah.

# Kadangkala apabila usia perkahwinan sudah menjangkau belasan atau puluhan tahun, hubungan menempuh rintangan emosi yang mungkin memerlukan anda untuk berhenti melihat sejenak apa yang berlaku dan mula belajar menghargai satu sama lain.

Jangan biarkan cinta dan kasih sayang terhakis kritikan yang menyentuh emosi. Sebaliknya, bina semangat masing-masing dengan saling memuji.

# Sebagaimana kita menjadikan bacaan doa sebagai amalan harian sebelum makan, begitu juga dalam perkahwinan. Sebuah perkahwinan yang disirami dengan keimanan adalah petunjuk kepada satu hubungan yang sihat secara keseluruhannya.

* petikan dari Metro

26 May 2009

Sejuk sikit

Alhadulillah, hujan seketika semalam...sejuk sedikit udara Shah Alam..Bila tiba musim panas sebegini, apa yang menarik adalah:-

a) baju yang didobi akan cepat kering - penting buat mereka yang rumahnya bertingkat-tingkat..mereka akan menjemur baju di bawah iaitu di pagar sekeliling apartment..saya? oh tidaklah rajin untuk ke bawah mengangkut bakul yang berat itew..jadi saya telah mentransformasi bilik ke-3 saya menjadi bilik dobi..di situlah penjemuran baju berlaku dan di satu sudut terletaknya papan seterika dan seterika..

b) banyak minum air - terutamanya water - apa ye dalam bahasa melayu? saya panggil air masak walaupun air itu hanya ditapis bukan dimasak ;)

c) peluh mencurah-curah seperti bersenam lagaknya...amat penting bagi saya yang tidak fit ini


25 May 2009

I'm gonna be a STAR




Your Pop Star Name Is Lady Rose



You're Gonna Be a Star!

Oh NOOOOOOO




You're Not Very Fit



You're likely to admit that exercise just isn't your thing. You don't really like to exercise.

Your heart may be in the right place, but you're not exercising enough to see any benefits from it.



Maybe you need to experiment with new activities to find something you love.

Whether it's roller derby or surfing, just getting out there and moving will do wonders!



22 May 2009

Dear Nestumberi and Kak Edrina

salam to both of my dear kakak,

adalah dimaklumkan bahawa saya tidak diterima masuk oleh blog anda ..sob..sob..kenapa? mengapa? adakah kerana saya telah tidak mengupdatekan blog saya selama seminggu, kalian berdua telah menyahkan saya dari kalangan blogger? maka dengan ini saya telah mengupdatekan blog saya ini untuk tatapan kalian berdua ;)

Yang benar,

14 May 2009

Take note frens

Do not turn on Air-Cond as soon as you enter the car!

Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the air-conditioning immediately.

According to a research done, the car dashboard, sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car).

In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.

Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000mg - 4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxins.

It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it,
you have a moral obligation to share it with others"


10 May 2009

Queen of my heart




Mak,
saya sayang mak..walaupun ucapan ni jarang kedengaran, ketahuilah oleh mu bhw hati ini sgt menyayangimu..
ampun dan maaf saya pohonkan, doa dan restu saya pinta darimu..terima kasih atas segalanya..
walaupun kita tak selalu sehaluan, adakalanya kita bercakaran, u r still d queen of my heart..i hope that i've made u proud..

Mak,
terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu mak yang bongsu..saya berjanji akan menjaga anakmu sebaik mungkin..cara kita memang berbeza, tapi niat kita sama..iaitu menyayangi Abdul Rahim bin Kassim sehingga ke akhirnya..

Selamat Hari Ibu, Pn Hjh Normah Sarman dan Pn Hjh Ropiah Kasimon



09 May 2009

Plan utk Sabtu & Ahad

To-do List

Sabtu
- lipat baju & susun dalam almari
- gosok baju kerja
- study topik 'Pembubaran Perkongsian' Prinsip Akaun Ting.5 + latihan
- masak kek & hias
- nak masak apa ek? Ikan caru kicap n bok choi tiram ok tak yang?
- vacuum & mop
- kemas bantal & comforter yg mak n abg rahman guna..ish nak letak mana ek? yang..pls beli almari besar satu..

Ahad
- KL pergi.. misi:
- kain baju melayu utk wedding umar..kena bawak kainku utk matching..tanya mak & ayah dah ada baju ke tak..
- langsir bilik umar - motif putih biru..



08 May 2009

Mimpi yang.....

takut sei..

odah mimpi hubby ada gelfwen ar..siap dlm mimpi tu dia tgh call depan odah lagi..but dia panggil syg bukan ayang..huhu..should i be alarmed?? frens pls pray for me..


Hari yang Indah

Hari yang gelap kini sudah terang..nyanyian di pagi jumaat ;)

07 May 2009

Idaman Hati




untuk itu, BYE-BYE:-







04 May 2009

Penat..

alhamdulillah, famili hubby selamat sampai ke rumah cinonet kami...3 hari cuti mmg tak rasa cam cuti..byk kat atas jalan je..yelah dah tiba KL takkan nk perap kat rumah je kan..walhal itulah yg diidam2kan ;)


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign