Tinta Si Isteri Mekanik: June 2009

30 June 2009

haahahaha...baju abang

Hari jumaat lepas gi makan kat area rumah..ada satu gerai Nasi Kukus Ayam Berempah..nak try..area tu kat bas stand U81 - Subang Suria, Seksyen U5, Shah Alam..dah lama dah tapi tak pergi-pergi..bau ayam goreng tu pergh.sedap..cemaner org subang suria tu tahan baunya yg menggoda tu ek?

so lepas maghrib, siap-siap terus gi sana..naik motor senang, lagipun dekat je..tapi hubby kata motor dia pancit masa balik jumaat..huhu..kena naik kereta padahal dokek yo..

Order 2 nasi..ingatkan nasi lemak rupanya bukan..nasi putih dikukus, ada ayam besar, portion dia cam whole leg (drumstick + thigh) hubby dapat dada+kepak..rasanya 1 ekor tu dia belah 4 tapi saiz ayam kecik ar..ada sambal belacan and also acar..mmg sedap..nasi kukus kan bila makan cam lambat kenyang? tapi odah still tak abis..

tengah-tengah makan, sekali "abang!" "nape?" "baju abang..hehheheheh... baju..hehehheehhahahahahah" "apesal?"








"baju abang terbalikla"
hadui..tersipu-tipu dia siap leh cakap "ayang tak perasan ke tadi masa abg pakai" cover giler ayat dia..mana nak perasan..habis solat, kalut2 nak siap..lelaki kan sarung je..pompuan ni kat lambat la sikit..siap je terus kuar sebab hubby dah lapar..

ni muka orang bengang odah amik gambar dia..tapi dah balik ar..sian dia kang kalau aik dan-dan kat gerai tu..

kalau dari jauh tak berapa nampak baju tu terbalik, sebab luar dalam kaler dia sama je..ni dari dekat

takpe sayang, orang kata murah rezeki, betul ke?

25 June 2009

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

"Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak
berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama
ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat,undang- undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan
pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan
lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan
electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan
jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah
CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama
ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf
sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar,jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan,menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah BP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."



Kisah anak yg hilang..

Panik 26 jam

KUALA LUMPUR: Bimbang dimarah ibu kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan, seorang murid lelaki tahun empat lari dari rumah sambil membawa adik perempuannya berusia lapan tahun dipercayai untuk mengadu masalah kepada ibu saudaranya.

Murid berusia 10 tahun itu dikatakan meninggalkan rumah sehelai sepinggang tanpa membawa satu sen wang dari rumahnya di Jalan Kuching, di sini, untuk berjalan kaki sejauh lebih 30 kilometer ke rumah ibu saudaranya di Cheras.

Kehilangan kanak-kanak itu mencetuskan trauma terhadap ibunya yang bimbang nasib sama dialami mangsa culik dan bunuh, Nurin Jazlin Jazimin, 8, lebih dua tahun lalu, berulang.

Ibu dua kanak-kanak itu, Sharmiza Zuleiman, 37, berkata kehilangan anaknya itu disedari kira-kira jam 9 malam Isnin lalu selepas dia pulang ke kondominiumnya di Taman Sri Putramas Jalan Kuching, di sini.

Dia yang baru pulang daripada kerja terkejut mendapati dua anaknya, Nadia Natasha, 8, dan anak lelakinya, Ahmad Zikry, 10, hilang dari rumah manakala pintu rumah dalam keadaan terbuka.

Menurutnya, dia panik mencari anaknya di bilik tidur dan dapur, namun kelibat dua beradik itu masih gagal dikesan.

“Berikutan bimbang keadaan kedua-dua anak saya itu, saya segera membuat laporan polis walaupun ketika itu kehilangan tidak sampai 24 jam. Sebaik membuat laporan polis, saya dan suami berusaha mengesan kedua-dua anak kami itu yang dibimbangi tersesat selepas keluar dari kawasan berhampiran.

Menurut Sharmiza, biasanya mereka akan pulang terus ke rumah sebaik selesai menghadiri sekolah agama sesi petang.

“Selalunya, dua anak saya itu akan berada di rumah selepas saya pulang dari kerja pada jam 6 petang, namun pada hari kejadian saya terpaksa pulang lewat berikutan banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan.

“Usaha kami untuk mengesannya hampir menemui jalan buntu apabila saudara-mara dan datuknya yang dihubungi di Setapak turut memberitahu tidak melihat dua anak saya itu,” katanya yang bertugas sebagai pegawai bank.

Sharmiza berkata, dia bimbang anaknya diculik seperti kes Nurin Jazlin dengan menjadikan Zikry sebagai umpan untuk mendapat anak perempuannya.

Namun, semua kerisauan itu terlerai apabila seorang pegawai polis Sentul menghubunginya jam 11 malam kelmarin iaitu kira-kira 26 jam selepas kehilangan dua anaknya.

Menurutnya, pegawai polis itu memberitahu dua anaknya yang hilang itu sudah ditemui dan dijaga sementara seorang orang awam tidak dikenali.

“Suami saya kemudian mengambil kedua-dua anak di balai polis sebelum membawa mereka pulang. Sewaktu di rumah, barulah saya mengetahui kehilangan mereka akibat Zikry bimbang dimarahi berikutan keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan.

“Zikry yang mesra dipanggil abang mungkin bimbang saya memarahinya sebelum lari dari rumah dan merancang pergi ke rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Permaisuri Cheras,” katanya.

Menurutnya, Nadia Natasha turut memberitahu dia berhajat pulang semula ke rumah tetapi tidak dipersetujui abangnya yang masih mahu meneruskan perjalanan ke rumah ibu saudaranya.

Bagaimanapun, dua beradik itu ditemui orang awam yang simpati sebelum membawa mereka ke balai polis berhampiran.

Namun, identiti orang terbabit menjadi misteri kerana tidak mahu diketahui.

“Sehingga kini, saya trauma kerana insiden itu dan dugaan yang menimpa ini akan saya ambil sebagai iktibar,. Saya juga akan lebih berhati-hati dan mengambil tahu mengenai hal mereka dua beradik dari semasa ke semasa,” katanya.

dari Harian Metro



24 June 2009




Your Address Says You're Growing



Right now, you are working on changing your life for the better.

You feel restless and ready to get moving. You're stick of sitting still.



At your best, you are forgiving of yourself and others. You're ready to move on.

At your worst, you fear change and the future.





Please help us find these kids




Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.

Kawan-kawan, tolong doakan keselamatan mereka berdua dan dipertemukan dgn keluarga mereka kembali

Update di pagi Rabu 24 June:

"Salam...
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada kepada semua atas doa, sokongan dan bantuan yang diberikan tanpa henti. Alhamdulillah, anak-anak selamat dan sudah berada di rumah.

Ceritanya bermula... Zikri merajuk takut dimarahi atas keputusan peperiksannya dan mengambil keputusan untuk ke rumah sedara terdekat mereka. Nadia turut serta sebab tidak mahu tinggal seorang diri di rumah. Ada orang jumpa mereka wondering around dan bawa pulang ke rumahnya. Orang itu hendak hantar mereka pulang, tapi Zikri tak mahu sebab takut dimarahi oleh mamanya. Setelah melihat gambar mereka di internet, orang itu ambil keputusan tinggalkan Zikri dan Nadia di balai polis.

Saya amat terharu atas bantuan yang diberikan terima kasih... " - Puan Miza dan keluarga





23 June 2009

Sejuknya

Hm..bestnya pagi ni..hujan, sejuk banyak..best kalau dapat tarik selimut..tapi tak boleh..kerja maaa..

Disebabkan hujan, kena kuar awal 10 minit sebab nanti sikit jam kat trafik light luar tu..mmg betul pun.tapi tak lama la tunggu..815am tiba kat office 850am..lama jugak journey hari ni..

Kat Guthrie Expressway tu tak boleh bawak lelaju masa hujan..jalan dia banyak air melintang..boleh berpusing kereta kalau laju bebeno..

Alhamdulillah selamat perjalanan walaupun ada satu eksiden kat exit Bukit Jelutong..MyVi Hitam..langgar divider kemek depan belakang..Ya Allah jauhkanlah diriku, keluargaku serta muslimin dan muslimat dari sebarang bencana semasa perjalanan di muka bui-Mu Ya Allah..




21 June 2009

Father's Day Celebration

Walaupun kami masih belum ada rezeki anak yang membolehkan kami menyambut Father's Day, tapi kami tetap sambut jugak as if pre-father celebration..hohohoho insya-allah..

sebenarnya nak kena pi Jusco, nak pi beli kamera utk office and also kipas angin utk living hall..dapatla great bargain..kamera nikon RM 598.00 for 10megapixel, 4gb memory card, tripod, leather case..ok ar..sesambil menjamu mata tgk olympus utk kegunaan sendiri..huhu tapi tak beli sebab takde bajet..sabar lepas umar kawen kita beli eh, yang?

then tgk kipas pulak..kipas kat bilik stor takde, bila menggosok, amik..cam dalam sauna..so nak beli kipas lawa utk hall, kipas hall masuk kat bilik stor..RM 258.00 jenama pensonic..panasonic RM 278.00 tapi design tak lawa..belasah je la..sebabnya beli n tak survey kat memana adalah kerana jai d electrician nak dtg pasangkan ampaian..alang2 terus pasang kipas ar, tak yah dia datang bebanyak kali..

damage for yesterday - RM 258.00 kipas, ampaian RM 45.00, pasang kipas (2 nos) RM 30.00, lampu RM 40.00 - total - RM 373.00..

Oh ye, the celebration..sebab rushing electrician nak datang, kami cuma beli ayam teriyaki Jusco jer..RM 10.90..then beli salad, capati (promosi beli 3 free 1), sausage & shampoo.. balik rumah terus masak nasi ayam, siap boh pewarna kuning lagi..kalau tak pucat putih je la nasi ayam tu..ini adalah wishes bakal ayah..so ikutkan je sebab hubby ni jarang mintak, sesekali bila dia mintak tu tandanya mmg teringin la tu..

very simple kan celebration? yg penting masa berkualiti dgn yg tersayang..

Happy Father's Day my dear Mr Abdul Rahim bin Kassim





19 June 2009

AGH..KERETAKU KENA LANGGAR

B&%*h nya lawyer, macam hang je sorang dah lewat nak pi kerja...

Lewat mak masuk kerja..9.01am..walaupun hanya 1 minit..tercemar rekodku



18 June 2009

Lunch ari ni

Walaupun saya tak masak semalam, tapi untuk lunch saya masak AYAM PAPRIK..senang sikit, lauk ayam + sayur..satu lauk saja..tapi saya tak bawak untuk lunch sebab saya tengah berdiet..hanya minum soya orange sahaja tengahari ni..huhu

tapi takpe, balik karang boleh makan melantak sikit..

kate diet...hehe


Menu semalam

hahaha

semalam saya tidak memasak...balik rumah ada semburan denggi..sebab ada kes denggi berdarah..takutnya..mintak dijauhkan..

so, sebab malas semburan, suami pun lapar, kami ke Restoran D'Cahaya sahaja untuk santapan malam..



17 June 2009

Masak apa ye?

Dah lebih 2 minggu odah tak masak utk malam. Untuk tengahari, akan masak pagi sebelum pergi kerja, tapi untuk malam biasanya masakan ringkas spt mee, bihun, kuey teow..oooo nasi goreng tak pandai buat..lagilah pulak hubby's NG sangat sedap walaupun sempoi..dah try buat sama macam dia goreng tapi still fail..bukan tak sedap, cuma tak memuaskan hati..apa agaknya secret ingredient dia ek?

Selalunya dalam bidang memasak ini, saya adalah pengkritik kepada masakan sendiri..bila makan tu, sure tanya hubby, "sedap tak?"..dia akan jawab sedap..takut merajuk kalau jawab lain..tapi sebenarnya dia memang tak cerewet makan. apa yang dihidang, dia akan makan tanpa komen. Cuma bila masin sahaja dia bersuara. "Nak masak apa malam ni?" dia akan jawab "apa-apa la, abang makan aje".

Sangat senang kan? Tapi bila kita buntu tak tau nak masak apa, mula la hangin satu duniabadan. Tapi serius, dia memang tak cerewet. Mak saya sangat menyayangi menantu lelaki beliau kerana bila dia ada, food sure habis. Lebih-lebih lagi bila dia lapar.

Tapi tu la, sekarang ni ROHmood memasak untuk dinner masih belum mari. Sekarang kami ada misi baru, tu yg kena berjimat..

Apa nak masak ek malam ni?
hm...
.
.
.
.
.
kuey teow goreng la





Jom Menang

ShoppingLifestyle Magazine Readers' Contest: Win A Louis Vuitton Neverfull Bag



16 June 2009

Fadilat Rejab

Dah hampir bulan Rejab..hm puasa dah ganti ke? last year 1 hari je tapi dah ganti ke belum "musykil" "musykil"..rasa macam dah tapi to be on the safe side, puasa je la dalam bulan Rejab and Sya'ban..lagipun banyak baca yg puasa rejab n sya'ban banyak fadhilat.. betul ke? encik G telah memberikan sedikit jawapan..thanks mr G


Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. "

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i.
"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii.
"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". ! ! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."


4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].


Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.


Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.


b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :
"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."


d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."


e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:
"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.


credit to here



Pelangi

Pelangi yang muncul di pagi hari memang menceriakan hari saya..

Bagaimana proses terjadinya pelangi?

Rainbow
From Wikipedia, the free encyclopedia

A rainbow is an optical and meteorological phenomenon that causes a spectrum of light to appear in the sky when the Sun shines onto droplets of moisture in the Earth's atmosphere. They take the form of a multicoloured arc, with red on the outer part of the arch and violet on the inner section of the arch.

A rainbow spans a continuous spectrum of colours. Traditionally, however, the sequence is quantised. The most commonly cited and remembered sequence, in English, is Newton's sevenfold red, orange, yellow, green, blue, indigo and violet. "Roy G. Biv" and "Richard Of York Gave/Gained Battle In Vain" are popular mnemonics. Another one is "Read Out Your Green Book In Verse".

Rainbows can be caused by other forms of water than rain, including mist, spray, and dew.



15 June 2009

Ikhlas kah?

Hari ni ada meeting ngan semua staf..order nasi lemak ayam goreng. Satu bungkus hanya RM3.00..murah dan sedap..

Dato' ada sentuh tentang keikhlasan bekerja..hm..terfikir sejenak..ikhlas tak odah bekerja? walaupun dibayar gaji, ikhlas tak? entahla..tapi rasanya tak berapa ikhlas..sebab? adalah..tapi ini membuatkan odah sedikit tersentak..Ya Allah betapa berdosanya hamba-Mu ini..maka, odah terus buang jauh2 perasaan tak puas hati dan memaafkan semua dan berharap kemaafan juga dapat diberikan kepada odah..

then baca balik post yang odah buat ttg CHANGE..dan berazam utk berubah menjadi yg terbaik di antara yang terbaik..

Definisi ikhlas menurut istilah syar’i (secara terminologi)
Syaikh Abdul Malik menjelaskan, Para ulama bervariasi dalam mendefinisikan ikhlas namun hakikat dari definisi-definisi mereka adalah sama. Diantara mereka ada yang mendefenisikan bahwa ikhlas adalah “menjadikan tujuan hanyalah untuk Allah tatkala beribadah”, yaitu jika engkau sedang beribadah maka hatimu dan wajahmu engkau arahkan kepada Allah bukan kepada manusia. Ada yang mengatakan juga bahwa ikhlas adalah “membersihkan amalan dari komentar manusia”, yaitu jika engkau sedang melakukan suatu amalan tertentu maka engkau membersihkan dirimu dari memperhatikan manusia untuk mengetahui apakah perkataan (komentar) mereka tentang perbuatanmu itu. Cukuplah Allah saja yang memperhatikan amalan kebajikanmu itu bahwasanya engkau ikhlas dalam amalanmu itu untukNya. Dan inilah yang seharusnya yang diperhatikan oleh setiap muslim, hendaknya ia tidak menjadikan perhatiannya kepada perkataan manusia sehingga aktivitasnya tergantung dengan komentar manusia, namun hendaknya ia menjadikan perhatiannya kepada Robb manusia, karena yang jadi patokan adalah keridhoan Allah kepadamu (meskipun manusia tidak meridhoimu).
Ada juga mengatakan bahwa ikhlas adalah “samanya amalan-amalan seorang hamba antara yang nampak dengan yang ada di batin”, adapun riya’ yaitu dzohir (amalan yang nampak) dari seorang hamba lebih baik daripada batinnya dan ikhlas yang benar (dan ini derajat yang lebih tinggi dari ikhlas yang pertama) yaitu batin seseoang lebih baik daripada dzohirnya, yaitu engkau menampakkan sikap baik dihadapan manusia adalah karena kebaikan hatimu, maka sebagaimana engkau menghiasi amalan dzohirmu dihadapan manusia maka hendaknya engkaupun menghiasi hatimu dihadapan Robbmu.
Ada juga yang mengatakan bahwa ikhlas adalah, “melupakan pandangan manusia dengan selalu memandang kepada Allah”, yaitu engkau lupa bahwasanya orang-orang memperhatikanmu karena engkau selalu memandang kepada Allah, yaitu seakan-akan engkau melihat Allah yaitu sebagaimana sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam tentang ihsan “Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya dan jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Ia melihatmu”. Barangsiapa yang berhias dihadapan manusia dengan apa yang tidak ia miliki (dzohirnya tidak sesuai dengan batinnya) maka ia jatuh dari pandangan Allah, dan barangsiapa yang jatuh dari pandangan Allah maka apalagi yang bermanfaat baginya? Oleh karena itu hendaknya setiap orang takut jangan sampai ia jatuh dari pandangan Allah karena jika engkau jatuh dari pandangan Allah maka Allah tidak akan perduli denganmu dimanakah engkau akan binasa, jika Allah meninggalkan engkau dan menjadikan engkau bersandar kepada dirimu sendiri atau kepada makhluk maka berarti engkau telah bersandar kepada sesuatu yang lemah, dan terlepas darimu pertolongan Allah, dan tentunya balasan Allah pada hari akhirat lebih keras dan lebih pedih. (Dari ceramah beliau yang berjudul ikhlas. Definisi-definisi ini sebagaimana juga yang disampaikan oleh Ahmad Farid dalam kitabnya “Tazkiyatun Nufus” hal. 13).
Berkata Syaikh Abdul Malik, “Ikhlas itu bukan hanya terbatas pada urusan amalan-amalan ibadah bahkan ia juga berkaitan dengan dakwah kepada Allah. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam saja (tetap) diperintahkan oleh Allah untuk ikhlas dalam dakwahnya”.
Katakanlah, “Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS. Yusuf: 108).
Yaitu dakwah hanyalah kepada Allah bukan kepada yang lainnya, dan dakwah yang membuahkan keberhasilan adalah dakwah yang dibangun karena untuk mencari wajah Allah. Aku memperingatkan kalian jangan sampai ada diantara kita dan kalian orang-orang yang senang jika dikatakan bahwa kampung mereka adalah kampung sunnah, senang jika masjid-masjid mereka disebut dengan masjid-masjid ahlus sunnah, atau masjid mereka adalah masjid yang pertama yang menghidupkan sunnah ini dan sunnah itu, atau masjid pertama yang menghadirkan para masyayikh salafiyyin dalam rangka mengalahkan selain mereka, namun terkadang mereka tidak sadar bahwa amalan mereka hancur dan rusak padahal mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat yang sebaik-baiknya. Dan ini adalah musibah yang sangat menyedihkan yaitu syaitan menggelincirkan seseorang sedikit-demi sedikit hingga terjatuh ke dalam jurang sedang ia menyangka bahwa ia sedang berada pada keadaan yang sebaik-baiknya. Betapa banyak masjid yang aku lihat yang Allah menghancurkan amalannya padahal dulu jemaahnya dzohirnya berada di atas sunnah karena disebabkan rusaknya batin mereka, dan sebab berlomba-lombanya mereka untuk dikatakan bahwa jemaah masjid adalah yang pertama kali berada di atas sunnah, hendaknya kalian berhati-hati…” (Dari ceramah beliau yang berjudul ikhlas).


dari sini


12 June 2009

Entri pagi jumaat

Pagi tadi dari rumah terus ke bank RHB SJ..tiba dalam 9.20am..dari jauh tengok parking dah full sampai hujung..that means mmg dah takde, sebab kalau hujung tu masih ada a few lots, boleh la masuk n park..kat sini mmg susah sikit sebab banyak office, then ada taylor's, inti n metropolitan college plus ada McD n Burger King kat situ.

Disebabkan ketiadaan parking, gamble je letak kat tepi jalan besar cum highway NPE tu..tawakal aje sebab nak cashkan check and kalau pepagi cam ni, tak lama tunggu..mmg pun, masuk aje amik no. dapatlah 1005, no sekarang 1004..mmg kejap je..settle sumer, cecepat kuar..takut kena saman..kekadang polis saman especially if kat area bulatan tu jam..

alhamdulillah, sebelum pukul 10.00 dah tiba office..senang keluar pepagi ni, urusan cepat n masuk office terus start kerja..

tapi petang ni nak kuar lagi, gi EPF n Telekom..



10 June 2009

Let's click it









Your Gift is Intellect



You are a big thinker, and you're always playing with new ideas.

You are curious about the world. You enjoy learning and developing new theories.



You enjoy researching, analyzing, and solving problems. Thinking hard feels good!

You're the type of person who finds most mental tasks to be easy. You love to stretch your brain.



09 June 2009

CHANGE

'WHEN YOU CHANGE YOUR THINKING,
YOU CHANGE YOUR BELIEFS,

WHEN YOU CHANGE YOUR BELIEFS,
YOU CHANGE YOUR EXPECTATIONS.

WHEN YOU CHANGE YOUR EXPECTATIONS,
YOU CHANGE YOUR ATTITUDE.

WHEN YOU CHANGE YOUR ATTITUDE,
YOU CHANGE YOUR BEHAVIOR.

WHEN YOU CHANGE YOUR BEHAVIOR,
YOU CHANGE YOUR PERFORMANCE.

WHEN YOU CHANGE YOUR PERFORMANCE,
YOU CHANGE YOUR LIFE!'


taken from someone's blog tapi tak save linknya..thanks to the owner of the blog



08 June 2009

Dah balik



selamat tiba rumah jam 2 pagi..huhu..perjalanan balik yg sgt lama..apa lagi sangkut kat senawang - nilai ar..peliknya lepas je exit Nilai yg sambung ngan ELITE tu, terus tak jam...menci tau..puncanya..no accident...ada pak polisi aje...bila depa nampak jam je terus amik lane kiri ie emergency lane..bila nampak polis, mula himpit nak masuk lane..dah mmg padat, bila camtu, lagi la jam

biasanya kami balik pagi isnin, jam 4 pagi..tapi sebab akak ipar nak ikut n dia takleh balik pagi isnin, balik la ahad malam..tapi takpe..cuma sakit hati ttg jam tu..dah luas dah lane highway tu, tapi masih sangkut kat tempat biasa..

05 June 2009

Bye..

Nak balik Muar..sape nak itut??




04 June 2009

Pizza Udang dah Habis?

Isnin lepas teringin nak makan Big Shot Pizza hut..ala yg ada king prawns tu..kami gi outlet besar kat Kota Damansara..tak ramai orang, parking pun senang..hati gembira nih..

amik seat kat area booth..mmg suka duduk sini..boleh bersila..tak pernah masuk Pizza Hut KD ni, yg pernah hanya KFC sahaja..

tak lama duduk, menu datang..hm cepat jugak..then after 5 mins tunggu, adik manis dtg amik order.."Big shot prawn pizza combo".."maaf kak, big shot takde".."huh takde? apesal tak de lak? semangat akak dtg nak makan ni".."takde kak, dah habis""DAH HABIS???"

bengang betul...dah kena mintak pizza lain..hubby nak pizza jugak so amik super supreme stuff crust pizza..tak sedap babe..kecut-kecut je inti atas pizza tu..

tapi.....









hubby kata pergi lain kali n his treat!! syok syok..
hubby odah ni very the jimat type..dapat bini boros..mmg padan..odah learn to manage my expenses better n dapat kurangkan hutang..hubby lak experince ttg food n others yg kita dapat extra if we pay for the extra..meaning quality..quite a pair, huh?



Salah JKR

Masalah dah dikesan setahun yg lalu, tapi lambat utk baiki?

sini baca ye..

adui konsultan pun terlibat jugak..

tapi tadi terima email dia cakap lain pulak..





03 June 2009

Bumbung Stadium runtuh

Kenapa ini boleh berlaku? nampaknya pihak berkuasa masih tak serik lagi..bila tragedi (walaupun tiada kemalangan jiwa), barulah sibuk nak siasat.Patutnya masa ada complaint dari rakyat, jalankan lah siasatan tu..ni dah runtuh, dah libatkan 25 juta baru nak siasat..lambatlah..nasik dah jadik bubur..telan ajela bubur tu..geram betul rasanya..

60% struktur tu runtuh..sekarang siasat hanyalah untuk mencari bahu siapa nak diletakkan kesalahan..

baca kat sini ajela..geram geram















02 June 2009

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangan!!






PUISI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...





01 June 2009

Apabila Anda sudah seronok dengan kerja Anda, suka bekerja (bukan suka dipaksa-paksa semata-mata sebab putus cinta atau sebab terdesak) dan seronok melakukan tugas-tugas Anda, sedar tak sedar keseronokan itu akan membuat gaji Anda naik walaupun Anda tak minta. Sukar untuk saya menerangkan teori motivasi saya ni dari segi saintifik dan angka-angka kewangan.

Tapi dari segi spiritual, sesuatu kerja yang dilakukan dengan penuh keseronokan dan keghairahan, ia akan mempengaruhi tahap ganjaran dalam bentuk fizikal. Dalam kes ini, ia adalah duit gaji.

Cuba ambil contoh lain, dalam perniagaan misalnya kerana dunia perniagaan penuh dengan pelbagai keadaan yang tak menentu, berbanding dengan dunia pekerjaan. Jika Anda seronok berniaga, seronok menjual sesuatu dan seronok mencipta produk baru, serta merta pendapatan Anda akan naik. Kemudian, kenaikan itu akan menjadikan Anda makin seronok lalu Anda terdorong untuk mencipta dan menjual banyak lagi produk-produk baru.

Bila mendapat semakin banyak untung, ia akan memotivasikan Anda, mendorong Anda untuk mencipta dan menjual lebih banyak produk, semakin banyak dari yang sebelumnya. Anda sudah tidak kisah dengan jumlah untung yang banyak itu kerana Anda cukup seronok menjual sesuatu dan Anda juga seronok mencipa produk baru.

Orang berniaga sepatutnya kena seronok berniaga terlebih dulu tanpa memikirkan soal duit, kerana duit tetap akan dapat bila sudah berjaya menjual sesuatu sama ada menjual barang, menjual maklumat atau menjual perkhidmatan. Keseronokan akan mula hilang perlahan-lahan apabila Anda bekerja atau berniaga semata-mata kerana duit, melakukan sesuatu kerana duit, atau terdorong mengusahakan sesuatu kerana ia mendatangkan duit, banyak pula datangnya.

Industri perguruan kita adalah contoh terbaik situasi ini. Cikgu-cikgu bekerja menjadi cikgu kerana mahukan duit gajinya yang tetap dan berpencen dari kerajaan tanpa ada minat sepenuhnya mendidik anak bangsa. Ini realiti.

Dengan duit gaji, seorang cikgu boleh apply loan untuk beli rumah, kereta, apply pinjaman, termasuk apply kad kredit. Last-last, malas nak mengajar, berat kaki nak datang ke sekolah, stres bekerja sebab terasa mengajar macam satu beban yang amat berat untuk dilakukan.

Kesannya, hinggap stress, tekanan dan bermacam permasalahan. Ampun maaf pada cikgu-cikgu. Namun, apa yang saya katakan ini fakta sebenar kerana dalam keluarga saya kebanyakannya cikgu. Bahkan, ramai kawan-kawan juga bekerja jadi cikgu.

Ada yang seronok jadi cikgu, ada yang tak seronok jadi cikgu (cuma seronok terima gaji kerja jadi cikgu!). Hakikatnya, saya melihat orang yang seronok bekerja jadi cikgu, gajinya entah cemana leh naik pula. Jawatannya naik, penghormatan orang padanya pun naik, simply sebab dia seronok mengajar, sangat seronok ketika berada di sekolah, ketika dikelilingi murid-muridnya.

Susah untuk kita jumpa seorang cikgu yang minat mengajar 100%, sangat suka mengajar dan tak berapa amik kisah dengan duit gajinya, seolah-olah tak sedar yang gajinya memang ada tiap-tiap bulan. Ok, tutup cerita pasal tu.

Mulai saat ni, sama-samalah kita ingat mengingati. Dahulukan minat dari duit, pentingkan keseronokan dari ganjaran kerana ganjaran yang banyak akan timbul secara automatik bila Anda keseronokan yang juga banyak. Biarkan diri Anda jadi terlalu seronok, terlalu minat, terlalu ‘angau’ dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan Anda macam dah tak kisah soal duit, untung, atau gaji. Saranan ini sesuatu yang berbaloi untuk Anda cuba keberkesananya.

dari sini

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign