Tinta Si Isteri Mekanik: July 2009

31 July 2009

Jemputan 1 Ogos 2009

*sticky post dear*

Dengan hormatnya kami sekeluarga menjemput kalian semua untuk hadir ke Majlis Persandingan adinda kami, Umar bin Salleh dengan pasangannya Wan Zalina binti Wan Zakwan pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) di Dewan Komuniti Manjalara dari jam 1230 hingga 1600..


View Dewan Komuniti Menjalara in a larger map



29 July 2009

Solat dari kajian sains

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia..


Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku 'Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan
tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan
menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“ Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti
berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk

wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman.

Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

27 July 2009

Bersangka Baik

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

I feel

Sad


Frustated



Unappreciated













Under***d


24 July 2009

Six Things to Do Every Day

1. Make the Bed
Tidiness begets tidiness. A crisply made bed makes the whole room seem more orderly, which makes it less likely that you'll let other things -- such as clothes and papers -- pile up around it.

2. Manage Clutter
Whenever you leave a room, take a quick look around for anything that isn't where it should be. Pick it up and put it where it belongs. Insist that everyone in the household do the same.

3. Sort the Mail
Take a few minutes to open, read, and sort mail as soon as you bring it inside. Keep a trash bin near your sorting area for junk mail. Drop other mail into one of four in-boxes: personal correspondence, bills, catalogs, and filing.

4. Clean as You Cook
Instead of filling the sink with pots and dishes, wash them or put them in the dishwasher as you prepare a meal.

5. Wipe Up Spills While They're Fresh
Whether it's tomato sauce on the cooktop or makeup on the bathroom counter, almost anything is faster and easier to remove if you attend to it immediately.

6. Sweep the Kitchen Floor
Every evening once you've finished washing up after dinner, sweep the floor. This will keep tough-to-clean dirt and grime from building up, which will make the weekly mopping much quicker.

source

23 July 2009

MIA

Dua hari berkursus...semalam baru masuk office..menyelesaikan kerja-kerja dua hari lepas..hari ni baru sempat update..

Ada beli gadget baru...murah je..tapi syuker...


later peeps

17 July 2009

My green fingers

Saya menanam bawang yg sudah berakar & hampir busuk...1 minggu lebih menunggu, hasilnya...


taraaaa....




transformasi terkini pula,




Susah sangat ke?

Tempat dah disediakan, cantik pulak tu..tapi kenapa susah sangat??

a) benda itu saaangaaat berat sehingga sukar untuk mengangkatnya,
b) tak nampak tempat cantik lagi tersedia, atau
c) tak tahu kegunaan tempat itu?

mana satu pilihan anda??














16 July 2009

Rezeki

Dapat dari email..

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"..... .... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ..tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)



Monkey Crush, Anyone?

Semalam, terdengar di F*lyFM tentang jatuh hati pada guru..rata-rata yang menelefon adalah lelaki dan jatuh hati pada guru pelatih..and ada a few yg sekolah all boys, bila dapat cikgu pelatih wanita yg cun, terus semangat nak belajar..untung pelajar lelaki masa tu..yg kami pelajar perempuan, tertunggu-tunggu jugak cikgu lelaki, nan ado...yang ada adalah ustaz yang tak hensem..buhsan sangat..pastu cakap ngan dinding je lebih..kunun takleh tengok pompuan, HARAM...apakah???

tapi ada satu caller ni..ayat dia lebih kurang gini.."i had a major crush on my teacher..ustaz some more"...then prem cakap..this is major...hadoi lawak tul la..sebab sebelum tu sumer lelaki all boys school...

how i wish ada cikgu lelaki hensem ngajar sejarah..sure score..


15 July 2009

Lawanya nombor






Makan apa tenghari ni?

Ini lunch saya...habis dietku..



tapi tak sedap hokeh..kek dia dah tak rasa moist, maknanya dah beberapa hari...kecewa kerana dietku punah..

Kemudahan yang selesa

Sekarang perjalanan menggunakan lebuhraya memang selesa, terutamanya kemudahan suraunya. Ini di hentian rehat & rawat Seremban..selalunya jarang berhenti di sini sebab R&R ni selalu penuh, sampai nak parking pun susah..kebetulan journey tu hari bekerja, maka kami singgah di sini..

tengok surau dia


memang berbaloi..

14 July 2009

Cempedak goreng

Bila baca tentang cempedak MN, minggu lepas baru buat sendiri..betul la MN, cempedak mmg mahal walaupun ketulannya kecil sahaja..

Terbau masa balik kerja minggu lepas..apa lagi teringin la..kebetulan masa ke Johol, Negeri Sembilan mmg banyak gerai buah-buahan..pastu tgk byk rambutan tergantung kat pokok macam takde orang berminat..bestnya kalau dapat petik...kena bayar pun sanggup sebab dapat rambutan fresh...

on the way balik KL, singgah la kat satu gerai ni..rambutan gading (mmg ini yg dicari) seikat RM 3.00..seikat dalam 2 kilo gitu..murah la kan..tawar harga 2 ikat RM 5.00.. dia kata ok..pastu manggis 4 kg RM 10.00, tapi tak minat sangat manggis ni..terbau cempedak..sekilo RM 3.00 je..tapi odah beli kecik je ngam ngam sekilo..total sumer RM 10.50 sebab rambutan tu beli 3 ikat..

balik terus letak cempedak tu kat luar..hehehe tak tahan bau kat dalam rumah..hubby kopek cempedak tu utk goreng esok pagi for breakfast..kecik je buah dia tapi sumer elok..esok pagi salut je ngan tepung goreng A*Da*Bi...buat likat sikit so kulit tepung nya tebal...sedapnya bila makan....




07 July 2009

Makan dan makan lagi

Went to this outlet on Friday..located at Ground Floor, Giant Kota Damansara.

The ambience was friendly, but likewise in size..the joint was minuscule, but still maintaining the comfort level of the patrons.

We ordered Fish n Cheez, Chicken Fajitas, side order of mashed potatoes..when you order 1 main course, you get to buy plate of cajun chicken pasta for ONLY RM 1.00, so we tried that also..my hubby ordered Teh Tarik Latte for his drink.

While waiting for the food, i read a magazine..then i saw the waiter brought something smoking for one of the customer...waaaa apa tu?? and the smell?? heaven

First to arrived was our drink..mak aii besar..sib baik order 1 je..see



then came the mashed potatoes..remeber this is a side order, so we thought the size would be something like KayEffSee..sekali datang, 1 medium plate and it is suitable for 2 person..yela sebab order memacam, kang lahap sengsorang kentang tu, ada lak yg lain tu tak makan..tapi tak amik piccas sebab dah habis baru teringat..the potatoes isn't anything closer to K*F*C*..still a bit kasar..kira cam tak lenyek hancur, ada sikit ketul2..faham? but very yummy and tak rasa sgt the perasa..

followed by came the pasta..

sorry blur sikit..

and also hubby's order, fish n cheez
..this one sedap, cam fish n chips but ada cheese atas dia n fries diganti ngan nasi..suitable for those must-have-nasi chaps..

lastly my chicken fajitas arrived and man..that was the thing yg smoking smoking tu..



all in all, it was a great experince for us..eating mexican food..tasty and also healthy jugak la kan..especilly the chicken fajitas because the chicken is grilled with onions and pepper..even the pasta is not coated with lots of creamy gravy..

total bill?









RM 43.80..no govt tax, only service charge 10% of your bill..
fish - RM 13.90
Fajitas - RM 16.90
Potatoes - RM 3.00
Pasta - RM 1.00 - Promo
Teh Tarik - RM 5.00

owh..they also have something special for families with children...this






06 July 2009

Penat...

Hari ni isnin..hari kerja..tapi kami berdua telah menikmati tidur yg tak terhingga sampai terbangun pukul 745 pagi...hadui Subuh Transformer dah jadinya..

Isteri mithali ni hanya sempat goreng ayam dan masak nasi utk lunch hubby hari ini..makan dgn sos cili dan green salad mudah disediakan...sorry sayang..tapi seperti biasa dia tak kisah sebab pada dia, at least ada food dan dia tak perlu fikir nak pilih lauk apa bila ke kedai utk membeli makanan tengaharinya..alhamdulillah dikurniakan hubby yg tak cerewet ttg makanan..



03 July 2009

Mimpi Ngeri

Adui...mimpi malam tadi sampai terbangun teresak-esak nangis..cuma tak kuar air mata je..

Odah mimpi hubby kawen lain..sebabnya, minah tu takde kereta n urgent nak guna kereta, so hubby dgn baik hati pi KAHWIN NGAN DIA...apa kes? takdak kena mengena ngan kereta.. dia ada bagitau dia nak kawen, tup-tup dia balik dah kawen dah...odah nangis sampai teresak-esak..sedih betul sebab hubby kawen lain..

Ya Allah, janganla diberi dugaan sebegini..tak tertanggung rasanya..

apa makna mimpi tu ek?

**Update:
dari mimpi ke 504
Mimpi menangis : Alamat baik yang membahagiakan

dari sini pulak kata, Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang kegembiraan..
insyaallah


Mee Bandung Semerah

Best ar dah jumaat..

Kat semerah kan ada pasar semerah..belah depan ada cam medan selera pastu pasar basah dia kat belakang sikit..

hubby selalu pi gunting rambut kat sini..nama owner dia Sahran..mmg chatty..pastu tahun lepas, dia ada bagitau, kat sini ada mee bandung sedap..dia suruh try..kami pun ok jela...abis gunting, kami pi duduk n order mee bandung..tengah-tengah dok borak, dia lalu, pastu dia tepuk hubby n cakap " saya suka tgk awak berdua, romantik je "..sila jangan muntah..kembang sikit kami, maka makan mee bandung pun hidung kembang kempis..hehehe.

tapi mmg sedap..harga? hanya RM 3.50 sahaja..ini mmg mee bandung original sebab kalau kat kl mintak mee bandung, lebih kurang je kuah dia ngan mee rebus or mee jawa..so every time balik kampung, hubby mmg gunting rambut and kami akan melantak menikmati keenakan mee bandung..
sorry gambar goyang..hubby dah tak sabar nak makan


01 July 2009

Kenduri kat kampung

Masa hari keputeraan agong awal jun ari tu, balik muar sebab cousin hubby nak kawen..suka la time-time banyak jemputan ni, sebab leh makan nasi pengantin..kat muar tu tak semestinya nasi beriyani..kadang nasi jagung, kadang nasi minyak..

kami mmg gi lewat, sebab pagi ahad tu ada pasar pagi kat semerah, then hubby nak potong rambut, pastu nak makan mee bandung heaven kat pasar semerah tu..pasar pagi tu akak ipar sibuk memborong..tudung n kain ela utk raya..odah tak membeli sebab takde bajet..pastu food pun tak banyak beli sebab nak makan nasi pengantin tu..sanggup oooo sampai masa makan mee bandung pun share ngan hubby..

so balik tu siap2 baru hegeh-hegeh gosok baju segala terus pi rumah pengantin..hehehe lambat gakla sebab kat muar, kenduri start kul 10 ke kul 11 kami tiba kul 1..reason: nak tengok pengantin sanding..kompang kat johor ni best tau sebab ada gendang...

tiba je salam-salam terus amik pinggan..letak nasi banyakkkkkk sebab lapar..mmg heaven, air dah bergelas-gelas sebab panas...

dah makan sumer, dah nak balik n jumpa kejap pengantin kat rumah bersanggah dia..pastu dia cakap tunggu jap ar sebab dia dah siap, tunggu kompang je belum tiba..okla kami tunggu..sekali kompang tu tiba kat kui 3..sebabnya dia pi kompangkan kat kg sebelah..hampeh tul..pastu muka tak bersalah otai dia tiba, kecoh2 suruh cepat..ntah hape-hape..skali berapa banyak sekali daaaa TAK SEDAP HOKEH KOMPANG DIA..cam main-main je, kejap je pulak tu..bengang kena sound ngan tuan rumah sanggah tu kot...

kami pun tak hantar, sebab nak balik..kesian kat famili pengantin pompuan tu sebab nak balik jengka..

yg menarik ttg kenduri ni adalah.........













ni perantinnya..

navy kat lumut..



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign