Tinta Si Isteri Mekanik: August 2009

28 August 2009

Pelik tak?

Odah ada habit terutamanya waktu basuh pinggan dan sidai baju..Nak tahu apa?













memang kalau sidai baju, akan susun cenggini..baju kurung berderet, then baru kain..pastu t-shirt je, baru seluar..

basuh pinggan pun macam tu..pinggan..siap ikut ketinggian macam kat sekolah dulu beratur..

siapa yang biasa, leh tahu sape basuh pinggan tu..kalau hubby, main susun aje asalkan muat..

Perancangan Menu berbuka

Rasanya nak buat roti john guna roti burger..pastu nak buat sandwich..pastu nak buat bread pudding, nak kasi jiran..kalau sempat jejemput bawang..

Bukan apa, esok nak balik muar, roti tu nak expired, baik buat bread pudding dan roti john..

teringat masa hari Isnin hari tu, teringin nak makan Roti John..mintak hubbby belikan..semangat giler nak makan..sekali tak sedap Tak-Kena-dengan-Tekak-Odah pulak..telur sangat nipis, ayam takde tapi beli roti john ayam, sos tak kena sebab dia letak sos hitam burger tu..

tak habis pun..

6 Ramadhan

Syukur, dah 6 hari kita berpuasa. dan Odah masih dapat berpuasa penuh..risau takut jadi macam ini lagi..tapi Odah bila terasa sakit yang agak-agak tak tahan tu, memang akan baca "Ya Qawiyyul Matin" untuk stamina..

So menu berbuka semalam adalah:


















































Serik rasa nak makan nasi masa berbuka..hubby lak makan ala-ala aje, lebih pada togok air..odah rebuskan barli 1 periuk sederhana, dia minum sorang aje.kira dalam 2 1/2 gelas ar..pastu air Milo lagi...kali nih memang dia kata banyak minum..dah bisnes sendiri..waktu kerja masih SAMA untuk Ramadhan ni..900-1830 ISnin - Sabtu.

Untuk sahur, hanya masak
a) Udang masak lemak kuning
b) Kacang Buncis Carrot Goreng

Sempoi..


27 August 2009

Berbuka hari ke-5

Alhamdulillah, semalam puasa kurang sikit dugaannya..perut ok je sepanjang hari..apa yang odah amalkan baca 'Ya Qawiyyul Matin' untuk stamina..baca banyak-banyak kali..baru rasa ada tenaga..kalau tak asyik melepek aje..

So semalam, semangat masak tu ada..nak masak:
a) Ayam bersambal
b) Kobis, suhun dan fucuk masak lemak
c) teringin nak makan jemput-jemput bawang..
d) Air Barli panas
e) Air Teh o panas

Hubby kata ok menu tu..last-last bila berbuka, tak sempat nak buat jejemput..tapi digantikan dengan karipap frozen..jiran bagi masa awal puasa..

Syukur, rasa semua ok..takdela tawar or masin sangat..

Semangat Odah makan..memula berbuka ngan kurma..pastu minum air masak 1 gelas..dah ok sikit baru makan karipap...pastu air lagi..sekali teringin nak makan nasi pulak..siap bertambah lagi..

HAbis je makan, cuci pinggan semua...tetiba rasa loya..hamek..keluar balik nasi yg dimakan tu..aduh letih terus rasa badan..bila adik tanya pi terawikh ke tak, cakap insyaallah pergi..dah pukul 830pm rasa perut tak settle lagi..terus cancel pi terawikh..kalau larat buat kat rumah ajela..

26 August 2009

Pagi-pagi lagi dah

bau racun pest control..alooo bang tak leh buat petang sikit ke? ni pepagi dah tercemar oksigen kat dalam opis ni ha..

kena ada pest control kalau tak, cik ti cik lip cik mut sekorga bersuker ria kat opis nih.. ada caterer hangat di pasaran memasak kat bawah opis, dan kebersihan kureng sikit terjaga..


25 August 2009

Adoi...

Cerita ramadhan..

tengah tak larat sebab gastrik datang menyerang sahur puasa ke-2 (ahad)..bangun je dah rasa lain macam, cecepat ke dapur nak makan madu..tapi tak sempat dah muntah.tapi cuma lendir je...dah rasa lain macam..panaskan lauk, buat air..pastu sahur dan tutup ngan madu lagi..

subuh je, solat..pastu siap sidai kain n lipat kain..jam 8 lebih, rasa ngantuk..masuk bilik je terus baring..dah rasa tak larat sesangat..mmg tidur terus sampai kui 4 sebab takleh bangun pun. ngan muntah lagi.sakit dia mencengkam perut..hubby dah tanya dah, siap soh buka lagi..tapi bila pikir kena ganti, tu yg malas tu..lagipun takde pape kat rumah nak makan..nak makan kena bubur aje sebab tak keras sangat..solat zuhur n tunggu asar kejap terus solat..

berbuka kat rumah mak, berkumpul reramai..tu pun pergi kui 6 lebih..adik2 call tanya akak masak apa? tak larat dik ooi..takpe, kami beli aje..memacam depa beli..for me depa tapaukan kuih cara..bubur lambuk masjid tak lupa..

bila berbuka, tengok sumer nak makan, kan? tapi perut ni memilih lak..cuma boleh masuk bubur, kuih, roti john..tu aje

terawikh pun tak larat tapi paksa jugak..sudahnya buat 8 jer..balik rumah terus lepak je..melepet habis..

Semalam mencabar, sebabnya kerja..pening kepala and panas cam nak demam..bila break time, lelapkan mata kejap, baru ok..tu pun perut memulas..tapi tahankan..balik 430pm terus cabut..heheh orang pertama checkout..tak larat dah..balik tidur dulu kui 6 baru mandi and solat asar..kuarkan nasi nak goreng, tapi tak larat..baring lagi..hubby balik siap mandi kui 645pm baru masuk dapur..baru larat sikit tu pun sebab hubby tolong...

Berbuka pun strategi dia makan kurma 3 biji, then minum milo 1/2 gelas..tunggu kejap lepas sendawa baru boleh makan nasik..tu pun sikit je..maghrib..baring lagi..sudahnya terawikh tak pergi..tidur sampai sahur..kui 430 terjaga baru solat isyak..baru masak ayam sos utk sahur..

harapnya hari ni lebih baik dari semalam..


21 August 2009

Ramadhan 1430H

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

Alhamdulillah kita semua dipertemukan lagi dengan bulan yang terbaik di antara semua bulan..

Suka sangat dengan Ramadhan, antara sebabnya:
a) Puasa..

b) Sahurnya

c) Terawikhnya

d) Solat sunat yang dapat dibuat semasa bulan ini dan jarang-jarang di bulan yg 11 itu..contohnya solat tahajjud, witir, hajat, taubat

e) Buka beramai-ramai..sebab kami ni dah lenlain rumah, bila puasa ni kami biasanya bergilir rumah pada weekend..cam minggu ni rumah pj, next week rumah muar, then minggu nuzul rumah shah alam (my house) pastu rumah kl (rumah abang)..gi terawikh sesama..yg ni miss sgt2 sebab b4 this reramai pergi masjid..lepas 8 rakaat odah, umar, ijah, mat balik..then hubby balik ngan mak sebab depa buat 20 rakaat..ayah lagi lewat sebab ada tadarus.. bila kami pindah, mak cakap takde geng balik masjid lepas terawikh..sedih jugak..

So azam ramadhan tahun ini, odah nak:
a) tadarus

b) masak sendiri..konon takmau pi PaRam sebab selalu balik berdua dan dah lewat..hubby dulu balik 530pm, tiba rumah dah 630pm..mana larat nak masak..tapi tahun ni en.hubby dah kerja sendiri n dah tak sehaluan, dapat balik cepat 430pm..insyaallah masak sendiri macam dinner

c) amalan2 sunat tu dapat diteruskan dan diperhebatkan masa ramadhan

d) nak didik mata, telinga, lidah, hati agar turut berpuasa...mata tu tak nak la usha mamat hensem ke, apa ke cehcehceh..telinga tu kalau dalam kereta sure bukak radio, kali ni nak dengar CD bacaan al-quran @ nasyid @ world music yang memuji-Nya..lidah pulak, agar berkata hanya bila perlu..hati sentiasa berzikir..

e) memperbaiki diri sangat-sangat biar sentiasa cemerlang..especially untuk Allah, hubby, family..

AKhir kata, Selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya..


20 August 2009

Lifebook 2009 or .....

or can be extended to 2010..

Health:


1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2008
8.. Sit in silence for at least 10 minutes each day
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, smile


Personality:


11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

25. Call your family often
26. Each day give something good to others
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

32. Do the right things
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. GOD heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least :

40. Do forward this to everyone you care about

19 August 2009

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


13 August 2009

MS ISO 9001:2000

The day has come..but this year, it wasn't as bad as the 2 years before. We manage to be ready at 7pm. Printed a copy for the intended and manage to file accordingly.

The previous year, we stayed until 12am, because the seems to be small mishaps in our documentation. But maybe this year it is surveillance audit, compared to 2007, and also our system is completed and no changes, that allows us to be home before midnight.

So, frens, please pray for us, so that no major NCR and small number of minor NCR, better yet, no NCR like last year..

Ciow


12 August 2009

Kecut nih..ISO SIRIM esok

....tapi sempat buat quiz nih..What College Are You?




You Are Harvard



You are smart, ambitious, and hard working. Academic success has always come easily for you.

You are responsible and conscientious. You don't mind hard work and never cut corners.



You are very competitive and driven. You like to be the best at everything you do.

And you also expect the best from any school you attend. You want to go to a top institution.


hehehe syuker syuker

Lewat

Hm...lewat hari ini. Keluar rumah macam biasa pukul 815am. tapi agaknya sebab hujan dan ramai yang lewat, maka area traffic light Kg Melayu Subang tu sedikit jam..sampai kat area tu dah pukul 850am...masuk guthrie, tak berani pecut sangat sebab jalan GCE ini bahaya sikit kalau hujan..cam licin, senang terbabas..

Check-in pukul 905am..dekat sejam dalam kereta, biasanya 815am tiba 835am..huhu

Kan best kalau hujan hari ahad

11 August 2009

Insaf

dalam perjalanan ke pejabat, ada sedikit kesesakan..mesti ada sesuatu kerana di kawasan Odah, amat jarang kesesakan berlaku sekitar jam melepasi 830am. Rupa-rupanya ada kemalangan maut di persimpangan selekoh malboro itu. Ternampak sekujur tubuh kaku di jalanraya ditutupi dengan plastik hitam. Ngeri tengok..Hanya jelingan sebenarnya, tapi kemudian ternampak pula bungkusan bekalan yang dibeli..macam nasi lemak..sedih tengok tak sempat dia nak jamah makanan, dah di bawa pergi mengadap-Nya.

Terfikir sejenak, bersediakah aku untuk pergi berjumpa dengan Yang Maha Esa?


10 August 2009

Our weekend

Hujung minggu kami yang berkualiti..

Sabtu

- pagi ni ada kelas tuisyen, lepas tu kena pi office untuk persediaan audit ISO..ingatkan 2 jam tuisyen je, rupa-rupanya hampir 3 jam sebab student tu baru habis ujian bulanan untuk akaun. gagal teruk sebab tak ulangkaji topik yang keluar. student ni duduk asrama, jadi minggu yang dia balik aje baru tuisyen. baru 2 kali tuisyen, tu yang tak sempat mentelaah semua topik. kami spot yang keluar pelarasan, rupanya dokumen pulak. pelajar ni mmg tak faham topik tu, jadinya hanya dapat markah yang sangat sedikit. untuk itu, kena buat pembetulan, dan dia seorang yang bijak, telah tunggu kelas tuisyen untuk buat soalah tersebut. jadinya sebab tak imbang kena semak satu per satu..

- dah alang-alang tengahari, terus beli makanan untuk staf. syukur rezeki, bos belanja. nasi bukhara ayam

- pukul 4 balik sebab semua nak balik.

- jam 5, terus bersemangat nak kemas rumah. 3 minggu tak dibersihkan dek kerana adik nak kahwin, mmg berhabuk dan tebal kotorannya. bukanlah tak bersih langsung, masih sempat vacuum, cuma tak lap n mop seta tandas tak bercuci dindingnya. mula-mula bersihkan tandas. bahan cuci - clorox dan sabun serbuk baju..letak sama banyak agar bau sabun kuat dan kotoran tanggal dengan clorox. habis tangan bau clorox, tak guna sarung tangan sebab dah sedekah kat cleaner rumah mak. kemudian, mula lap seluruh rumah seperti kabinet, meja, dapur. gunakan a*jax dan kain buruk. tengah rajin betul masa tu, kalau kurang rajin cuma gunakan 'feather duster' aje. dah wangi rumah baru semangat nak vacuum carpet dan lantai serta mop rumah. hubby balik dia tengok Odah sibuk kemas, dia pun tolong vacuum. memang tugas dia pun bila sesama kemas rumah. Odah mop tempat dia dah vacuum, cepat sikit kerja. ohye siap gardening lagi, letak baja, kemburkan tanah dan siram air.

- malam, pengantin baru nak datang dan tidur rumah. tak payah masak nasi kak sebab depa tak mau makan nasi. buntu pulak nak masak apa. hubby cakap makan luar aje la..syoknya dengar.

- pergi ke uptown kota damansara lepas tu. kelakar masa ni sebab kami nak beli bantal peluk (bolster) kekabu. dah lama usha tapi tak beli, jadi kami bercadang untuk beli. tengah-tengah belek-belek bantal dan berbincang, entah macam mana, hubby letak tangan atas bantal, terus melorot bantal peluk tu ke lantai..terus tergelak besar Odah..memang kelakar sampai berair-air mata Odah..sian hubby tersipu-sipu dia..masa bayar sempat Odah usik dia lagi, tanya kat penjual, pernah tak orang beli jatuhkan bantal tu? terus gelak penjual tu..sorry sayang gelak tak hengat..

Ahad

- sebenarnya adik ada futsal kat seksyen 13 shah alam (extreme park). untuk sarapan, kami jamu depa ngan nasi lemak. sedap dan banyak..syukur rezeki.

- hubby ada gotong royong jadi dia balik pukul 12 kekenyangan. Odah lunch dengan roti canai aje.

- petang patut balik pj tapi hubby tak larat, dia tidur sampai jam 4..takpela syg penat kan?

- malam gi gi*ant beli barang dapur..jumlah kebocoran? RM 170.00 itupun hanya beli barang yang dah habis aje..makin mahal barang-barang.

- isu kekurangan gula? kami pun terkena sebab kedai runcit berdekatan rumah (area U5) kehabisan stok gula. kami tak kisah sebab gula cuma untuk minum pagi (nescafe) aje, kalau tiada, boleh beli susu tin F&N aje. tapi pergi giant, siap pekerja dia susun gula berkarton-karton..tak perlu risau, cari alternatif jika stok gula tiada.

kesimpulannya, ahad yang sangat best sebab dah lama tak duduk rumah dengan hubby berdua aje. selalu gi pj uruskan wedding Umar. minggu ni hubby sibuk, balik lewat, jadi dah dapat habiskan masa berkualiti dgn hubby..i love u

gambar? nantila upload



06 August 2009

Thanks frens..DIGI lovetosave

DiGi ‘klik’ kumpul dana RM150,000
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


SHAH ALAM: Pertama kali menggunakan kaedah ‘klik’ dalam kempen amal, ‘Love to Save’, Digi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) mengumpul RM150,000 untuk disumbangkan kepada 14 pertubuhan kebajikan.

Dana terkumpul itu diperoleh hasil klik atau undian pelanggan DiGi serta orang ramai yang mempunyai semangat membantu meskipun setiap satu klik pada mana-mana pertubuhan pilihan bernilai RM5.

Ketua Segmen DiGi, Koay Chee Keong, berkata pihaknya memilih pendekatan klik kerana lebih mudah dan menyenangkan semua pihak untuk mengikuti kempen, tidak hanya tertakluk kepada pelanggan DiGi saja.

Katanya, lebih 19,000 penyokong berdaftar menyertai kempen itu yang dijalankan selama sebulan bermula Jun lalu menerusi web www.lovetosave.com.my, manakala 86,615 pelawat mengunjungi web berkenaan.

“Walaupun jumlah klik diperoleh tidak mencukupi (untuk capai sasaran), kami tetap mengotakan janji menyumbang RM150,000 kepada pertubuhan ini dengan agihan tambahan dibuat sama rata.

“Begitupun, setiap pertubuhan menerima jumlah berbeza memandangkan sumbangan utama tetap bergantung kepada pilihan orang ramai yang klik pada organisasi kebajikan mengikut kategori sosial, kesihatan dan alam sekitar.

“Pihak DiGi tetap berpuas hati dengan respons masyarakat Malaysia melambangkan mereka prihatin serta bersungguh menjayakan kempen ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kempen ‘Love to Safe’ di sini, semalam.

Selain itu, Koay berkata objektif mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan membantu kelompok dalam kesusahan serta beramal kebajikan tercapai menerusi maklum balas positif kempen itu.

Antara 14 pertubuhan yang menerima sumbangan termasuk Majlis Kanser Nasional (Makna) dengan jumlah RM19,980, SPCA Selangor (RM19,235), HOPE Worldwide KL (RM15, 065.00), Yayasan Institut Jantung Negara (RM12, 540), Persatuan Alam Sekitar Malaysia (RM11, 920) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (RM10, 045).

Turut menerima sokongan, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (RM10, 055), Pusat Persekitaran Global (RM9,625), Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (RM7,635), Yayasan Aids Malaysia (RM7,620) dan Majlis Orang Buta Kebangsaan (RM7,280).

Manakala Hospis Malaysia menerima RM7,100, Borneo Conservation Trust, RM6,280 dan Majlis Pertubuhan Kebangsaan Warga Emas (NACSCOM) sebanyak RM5,620.

Menu hari ni..

Hm...nak berbuka apa ye hari ni? fantastico, tak teringin pape pun..malam ni ada kelas tuisyen kat USJ4..hm..apa nak makan ek?

kat area usj4 ni ada satu kedai makanan thai kot..apa dia masak mmg sedap n murah..biasanya saya tapau eh hubby tapau untuk saya sebab tuisyen habis kul 10..lepas maghrib kat masjid, dia hantar saya..if kat masjid ada kuliah, dia pi balik sana..if not, terjah ke restoran ini..tak pasti pulak nama restoran tu..

ada lagi satu food kat usj4 ni yg sedap...burger malaysia..sedap giler..biasa orang guna kobis kan? tapi dia guna daun salad..hamik sedap betul..

hm..still wondering nak makan apa ek? HELP



Happy faces


























































Wedding Lagi...

Hehe..pengantin perempuan cakap, kesian dia sebab takde gambar dia kat blog ahkak dia ni..ok nana, this is 4 u..tapi ni je akak ada..nanti kena tunggu piccas dari abang-yg-ada-kamera-gedabak-for-sure-piccas-vadevassss eh..

To Nana, welcome to our family..we are very proud to have u in our family

TO Umar, you r d man now..so laksanakanlah the responsibilities towards Allah, mum n dad (both side) and nana..jangan abaikan dan bimbingla nana ke jalan yg diredhai..

sorry tau if kat ur video tu akak cakap sikit je..sebak dowh..ntah hape-hape ahkak awak ni..

*if u read this, comment tau



04 August 2009

Wedding Day

buat air 4 breakfast, sediakan food sumer, kumpul barang nak bawak ke dewan coz Odah ke dewan dulu baru pi masjid....owh siapkan pengantin jugak sebab dia suka Odah pakaikan sampin dia, kemas kata dia..last time utk bujang..masa nak gi dewan tu, salam n peluk cium dia....Odah SEBAK masa tu..happy and sad at the same time..ye la lepas ni dah jadik laki orang...hehe..kami mmg close..masa kawan ngan hubby pun Odah banyak tanya pendapat dia..dia pun antara yg awal Odah bagitau ttg hubby..so cam terasa jugakla..pastu terfikir, agaknya camnih dia rasa masa Odah kawen dulu..

settle dewan, terus shoot ke masjid..sib baik lum start..dapatla tengok adikku ini akad nikah..

Wedding Prep


Odah cuti 2 hari utk settlekan majlis Umar ni..so khamis tu kuar ngan dia beli bunga utk bekas telur (door gift), beli riben, kotak duit hantaran...kat shah alam je, seksyen 9..tak larat nak pi KL walaupun tahu pilihan lagi banyak kat sana..

Umar ni cerewet bangat ttg hantaran dia..yela Landscape Architect kan..seni2 nya orang..tu penyebab utama Odah kalut-kalut siapkan hantaran dia..tahun lepas ceh ceh ceh, dia cakap nak guna bakul rotan, spray putih then letak bunga..so Odah dah terbayang ala-ala English..skali bila tengok majalah @ bila gi kedai pengantin, ada je idea dia sampai Odah naik takut nak belikan bekas cincin & bunga rampai dia..takut tak setuju..dah sampai Jun pun masih tukar-tukar lagi..last-last Odah cakap ngan dia kena decide sebab masa dah suntuk..so jadiklan camtu..

sebenarnya, pahar yg kami gunakan tu rendah je, ada kaki tapi tak tinggi cam pahar terengganu tu..pahar pun ala-ala moden gitu, pastu cerewet cam Queen Anne..so utk tinggikan dia, kami bubuh polisterin bawah alas tu..alas tu pun buat sendiri..pengantin berkenankan kain tu..sebenarnya kain langsir tu, gabung ngan kain satin..bila dah siap, dia tak jatuh sebab takde pemberat..pi nag*oya beli renda tu..bila jahit baru nampak seri and drop cantik..

untuk bunga dulang tu, kami tempah je kat kawan mak..cantik kan? tau tak kat mana? kat sungai petani nuun sana..dia ktm kan boxes tu selasa pagi, dia cakap rabu or latest khamis tiba la kan..tapi khamis tak sampai-sampai,...gelabah kami dibuatnya..call ktm dia kata nak kan consignment note number..call auntie tu tak dapat, rupanya dia kat spital ngantor anak murid dia H1N1..call ktm pepagi jumaat tu, syukur dia kata boxes tu baru tiba pagi jumaat tu..lambat giler..dapat around 1030am..tapi takdenya nak buat hantaran tu..sibuk gamkan bunga pada door gift tu and isi telur sesiap..kengkawan mak datang tolong..siap ada shift pagi n petang..

owh..tolong mat (adik Odah yg bongsu) buat kek hantaran tu lepas jumaat..

malam baru buat hantaran..but kena ada approval dari pengantin baru ok..dia busy je settlekan benda last minit..sudahnya Odah cakap, biar Odah buat, terima je without any comment..cantik ke tak ke yg penting SIAP..break kejap utk settlekan arah jalan, angkat barang nak bawak ke dewan, arrangekan org yg bawak, DINNER @ 0100 in d morning, gosok baju Odah, Hubby, pengantin..kui 5 pagi baru tidur..hubby kejut kui 6 pun cakap 5 minit lagi..tak leh bukak mata..biar dulu sebab kalau paksa pening kepala jawabnya..bangun mandi, solat, siap terus pakai baju n make-up..tau dah if siap lewat sure tak sempat make-up..





Menu simple



Dah lama tak masak utk malam, sebabnya lauk tengahari masih ada...jadik masa ni teringin nak makan mee hoon goreng & ayam goreng..ada salad potong2 jadiklah dinner kami.. ada baki buat breakfast lak hehe..






***oh ye, masa makan ayam tu, hubby tanya "bila ayang beli KFC ni?"
vangga mak..











Majlis Perkahwinan Umar & Nana






Alhamdulillah, telah sempurna majlis pernikahan dan persandingan adinda Odah pada 1 Ogos 2009 lalu..fuuuuhhhh memang penat betul..dah macam jadik wedding planner dah sebab Odah buatkan hantaran dan bekas telur (door gift), bilik pengantin, siapkan pengantin ie gosok baju nikah, sanding & sampin, pakaikan butang & sampin, pinkan brooch pada songkok, pakaikan make-up..mmg cam mak andam...

Masa majlis persandingan, sibuk Odah arrangekan telur girl, caterer, perenjis pengantin, tetamu utk makan beradap, VIP table...

Mertua datang pun tak berapa layan sangat..nak buat macam mana, dah Odah ni the only akak pengantin...



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign