Tinta Si Isteri Mekanik: September 2009

28 September 2009

Cerita raya tahun 2009

tunggu eh...

month end = banyak kerja

;)


17 September 2009

Ucapan untuk Semua

..............Selamat

..............Hari

..............Raya

..............dan

..............Maaf

..............Zahir

..............dan

..............Batin

..............dari



16 September 2009

Dear Thalha..

This is for you..

Hari tu thalha ada tanya, macam mana nak link kan entry atau blog kan?

So hari ni Cik Odah akan mengajar kamu bagaimana caranya untuk meng'link'kan sesuatu itu di dalam blog kamu..

ok, contohnya akak nak linkkan ngan entry kamu..entry Shopping Raya la..

nak tulis - semalam tengok entri thalha yg-shopping-raya-tu..

dah taip entry..bila nak link kan..thalha tulis camneh..

tanda < a href=" ....tanda < dengan huruf a adalah rapat..

then letak link atau alamat blog tu...http://thalhazlin.blogspot.com/2009/09/raya-2009-thalhazlin-shopping-raya-hee.html

pastu tutup ngan ;"/>sini< / a >...yang ada jarak tu sebenarnya rapat..

Faham tak?

Faham...

Ngeh Ngeh..

Tak faham tanya ek?


Baju Raya Saya

Ingat lagi tak entry saya ini??

Hari ahad lepas, temankan Ijah (adik saya) ke tailor favourite kami. Ijah nak ambik baju raya yang ditempah bulan Jun lagi.

Eh, sebelum tu dah ke Jusco One Utama dulu sebab Muhammad nak beli baju raya. Dia ni adik bongsu, manja sikit la ecehcehceh dengan akaknya. Rezeki dia tengah ada SALE plus member JCard dapat Voucher RM5 every RM100 spent. Memang sale 70% and 50%..tapi sebab hubby tak ikut, kena kerja..geramnya, tapi dia dah janji nak kasik duti duit raya, maka redha ajela, so takdela teruja nak membeli..TAPI TERBELI handbag, DUA lagi..hehehe..jalan-jalan, termakanbeli baju utk hubby..bolehla..CAMEL..

selepas siap membeli, huhu terlupa tujuan asal nak ke JJ adalah untuk membeli ThermoPot.., terus ke Taman Melati nak ambil kek lapis Sarawak..ni pun sebab Ijahla..dia kata nak top-up minyak and duit tol..hm..kena claim nih.dah amik sumer, baru ke rumah tailor tu..

duduk aje, saya membelek-belek majalah keluaran Karangkraf..memang banyak sebab husband dia kerja sana..sekali

cik pah:"Odah tak nak ambil baju ke? Senyap aje?"
Saya: "Huh? Ada ke?Ye ke?"
cik pah:"Ada..2 helai lagi"
Saya:" tak ingat la.."

Hehehe rupanya saya ada hantar sekali masa tempah baju wedding Umar..terus cancel nak pi beli baju..

Alhamdulillah, ada baju baru untuk Raya, tapi terbang sikit RM untuk bayar..

"Sayang..tolong....."



15 September 2009

Seloka Hari Raya

Hail Amir & Uji Rashid


HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )



11 September 2009

Saya pulak tak nak masak...

.

.

.

.

.

.

.

REBUNG...

tak makan dan tak minat dengan bau..hubby suker tapi terpaksa carik kat kedai..itupun kalau boleh jangan la makan depan saya..tak tahan bau dia..

Sorry sayang..

Tapi saya teringin nak makan terung bersambal..hubby pulak tak makan, jadinya tak masak la kat rumah..takut membazir..


p/s ni terbaca kat blog MommyDania la nih..Happy burfday, dear



Geramnya..

Yeay dah tukar duit raya..tak banyak pun sebab tauke besar sudah tukar banyak..hehehe selamat duit ku..

tapi takde sampul raya..pastu saya buat khidmat masyarakat tolong tukarkan duit utk staf office..and saya tak dapat sampul..langsung..ORAK ENENG..

Nampak gayanya, saya kena beli or depan-depan penerima tu saya kira n kasik terus. takde depa kecoh-kecoh nak tengok, kan? dan dapat selamatkan dunia ini dari pencemaran sampah..ayat sedapkan hati

Untuk side saya, anak abang cuma 1, so tak susah..

Side hubby ada 18 orang anak buah, plus sepupu yg sekolah, plus sedara mara yg datang takkan tak bagi..mmg kasi takde secret langsung ar..dah la ciput berbanding tauke busat..takpe takpe..it's the thoght that counts, betul tak?

Sape-sape ada lebih, leh kasik sedekah ini perempuan ka?

10 September 2009

Alhamdullah..Rezaki

Syukur Ya Allah..

P/S: Gaji bulan ni dua kali, 15/09/09 and 30/09/09..banyak sikit la kerja..tapi takpe sebab kalau dapat sumer, terbelanja lebih masa raya..sakit nak tunggu hujung bulan depan..


09 September 2009

Ramadhan kali ini

Saya rasa pelik sebab semakin lama berpuasa, semakin cepat perut saya terasa lapar.. Contohnya begini:-

1st day - ok sebab semangat. Ada kelas Tuisyen dari 0900am - 1400pm still maintain. Kemas rumah lagi.
2nd day - ha..gastrik n start muntah dari malam lagi. mmg melepek. tidur aje sepanjang hari. Nasib baik berbuka kat rumah mak.
3rd day - still gastrik but bearable. gi office
4th day - gastrik masih ada tapi dah tak muntah.
5th day - dah baik sikit sebab makan kurma n madu banyak waktu sahur
6th day - 13th day - alhamdulillah sebab tak rasa lapar, cuma kena masak lambat
dalam pukul 6pm takut lapar.
14th day - today - pukul 1 @ 2 dah rasa lapar..

Dan saya tak boleh tengok rancangan masakan AT ALL..langsung tak boleh, sebab nanti perut saya BERBUNYI..macam budak-budak lak rasanya sebab dulu masa kecik-kecik, mmg takleh tengok tv especially iklan air, food yang menggiurkan.

Kalau tuisyen jam 1200-1400, time tu maid dia selalu masak (well they are non-muslim family) dan perut saya akan meminta-minta untuk diisi..

haiya..


090909

nice date..rasanya kalau tak puasa sure ramai menikah hari nih kan?


06 September 2009

Petua..

63 petua BAHAGIA - Dato' Dr Fadzillah Kamsah

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

-Dr. Fadzilah Kamsah-


05 September 2009

Lima perkara rosakkan pahala puasa

Soal Jawab Agama: Lima perkara rosakkan pahala puasa
Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh


KITA sedia maklum perbuatan yang membatalkan puasa ialah makan dan minum selain perkara yang dilarang dilakukan ketika berpuasa. Namun saya ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa.

Jejaka Ikhlas,
USJ, Selangor.

PERKARA yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang".

# Menipu - ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.

# Mengumpat - iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: "Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).

# Saksi palsu - Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: "Berhati-hati dengan saksi palsu". Sehingga sahabat yang bertanya berkata:

" Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya".

# Sumpah dusta - Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: "Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: "Demi Allah aku tidak mencuri". Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: "Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).

Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: "Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: "Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: "Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: "Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.

# Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. "Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: "Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.

Penulis ialah Pegawai di Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui emel: zaman@nstp.com.my
dari sini


04 September 2009

Malaysia Satu

LAGU: Malaysia Satu

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu
atau gentar
Ku terus berani melangkah
maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara
janji ku pada mu, harapanmu
ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka
yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus
membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

1Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara
janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

ARTIS: Faizal Tahir
KOMPOSER: Audi Mok
PENULIS LIRIK: Nur Fatima

Persiapan raya kami tahun ini adalah.....

TIADA
NADA
EILEK
ENTEK


tahun ni tak beria ngan baju raya, kasut raya, henbek raya, tudung raya, kuih raya, rumah raya...

ntah kenapa ntah..


Pengat Pisang

Kan hari rabu tu saya plan nak masak pengat pisang kan?

hehe tak jadi masak sebab rasa macam banyak pulak makanan berbuka. Tak baik membazir, kan?

Tunda ke hari Khamis la jawabnya..semalam memang takde idea nak masak apa. Entahlah, kali ni berpuasa kurang sikit selera PaRam ni..maybe sebab sensorang kot..tu yg malas nak menjelajah orang ramai tu..

Semalam berbuka dengan:
a) Pengat pisang
b) Jemput bawang
c) Tuna roll

Masa masak pengat tu, berdoa bagai takut tak sedap. Nak jamu jiran niatnya, so kalau tak sedap, terbongkar la rahsia saya tak pandai masak. Alhamdulillah, hubby kata sedang elok aje manis dia.

Saya baru terperasan, pengat pisang ni saya selalu masak masa Ramadhan, bulan lain tu kurang sikit feel nak masak pengat. Pelik kan?

* Oh ye, saya masak tapi saya tak makan pun pengat tu, even tak rasa sikit pun. Malam tadi tidur awal, hubby dok menghabiskan pengat tu *

Jom Join untuk Menang

Kan harga minyak petrol dah naik kan? dengan nak raya lagi, mesti perbelanjaan yang akan kita buat melebihi dari kebiasaannya..yela time raya ni la kita nak ziarah-menziarahi menyambung silaturrahim serta bermaaf-maafan sesama kita. bukan tak boleh di masa lain, cuma kemeriahan syawal tu lebih terasa bila kita berjumpa sanak saudara.

Macam Odah tahun ni beraya di rumah mertua. jadi masa ni memang raya pertama tu sibuk berjalan ke rumah nenek, ibu bapa saudara dan sepupu sepapat hubby. kalau sebelah rumah, tentu tak payah guna kereta, tentunya dah jimatkan? tapi kalau dah satu kat Bakri, satu kat Batu Pahat, lagi satu kat Kluang, tentunya akan bertambah penggunaan minyak.

so kawan-kawan, jom kita masuk peraduan yang dianjurkan oleh Mommy Lina ni..senang je kengkawan..tampalkan kod ni kat sidebar blog kengkawan
mysuperkids giveaway


Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!


weblog popular 1Malaysia


pastu kalau nak lebih peluang lagi, buatkan entry tentang giveaway ni..
mysuperkids giveaway

Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!

weblog popular 1Malaysia


ni pertama kali odah sertai giveaway ni..mudah-mudahan murah rezeki kami dan juga Mommy Lyna..thanks Lina


02 September 2009

Planning Iftar

Balik muar hari tu IL ada beri pisang..dah buat pisang goreng cicah ngan sambal kicap..huhu heaven hingga menjilat kaki jari..

So ada balance pisang ingat nak buat pengat pisang ar. Bahan-bahan yang diperlukan:-
a) Pisang - check kalau ubi@keledek@jagung tak namanya pengat pisang
b) Santan - check guna santan kotak aje
c) Sagu - check kena rendam dulu ni
d) Gula melaka - rasanya cam ada tapi if takde guna gula putih aje la

Then nak buat burger AGAIN. Sebabnya nak habiskan roti sebelum tarikh luput..

Rasanya kalau sempat terlebih rajin boleh buat pisang goreng lagi. Hubby suka
Untuk sahur, perancangan menu adalah:
a) Sup ayam kentang
b) salad + telur rebus + sos cili + mayonis

Menu apa berbuka dan sahur nanti?

Balik Ayer Hitam Batu 18, Muar

Tarikh 29 Ogos 2009 (Sabtu)

Mula bertolak jam 3.00pm..lebih kurang..singgah hantar baju kat dobi, isi minyak then terus masuk ELITE Bukit Jelutong..sampai kat Dengkil, hubby kata dia ngantuk, so tukar driver..odah lak bawak..kereta tak banyak sangat, and sumer bawak relax aje tak terkejar-kejar..

Turun je kat Nilai tu yg bersambung ngan PLUS, dah kena brek..sebab banyak kereta..lepas exit Seremban, baru pick up sikit..senawang clear..ok ar ni..sekali tiba kat pedas/linggi, dah berderet..hubby tidur, odah layan music kuat-kuat..


Tiba kat Ayer Keroh R&R, dah kui 5..tukar driver pulak sebab odah dah ngantuk..time ni clear jalan..boleh tak teringat nak solat asar dulu, sebab plan solat kat rumah IL, tu yg tak terfikir tu..lagipun baru kui 5, sure sempat..


Cakap dah ngan hubby, jgn masuk bandar muar tu, gunakan jambatan baru..dia dengar tapi dah terbiasa ikut bandar..yela kami selalu balik lepas maghrib, tiba tangkak dah kui 11pm, bandar muar dalam 1130pm mmg la clear jalan..ni dah kui 6pm, nak berbuka sure banyak kereta..amik..betul jam..dah gelabah dah sebab tak solat lagi..nampak surau kat Sri Tanjung terus berhenti. amik wuduk pun kat tempat lelaki, belasah aje lagipun takde orang..masa tu dah kui 655pm..sib baik qasar, so cepat ajela..cecepat hubby bawak kereta sebab nak kejarkan berbuka puasa..lagi 5 minit nak sampai, dah maghrib..buka roti cokelat aje dlm kereta..sampai terus berbuka nasi..



01 September 2009

Feeling....i do not know how to describe

i love my job..really i do.








but.....







lately it seems that it's not that challenging anymore plus not that enjoyable anymore..more like buhsan already..

with the inter-crossing-jurisdiction-of-order-hape aku merepek thingy, i don't feel like i really work for the 8 hour duration..rasa cam berdosa je..

what should i do?

*updated - i feel that i am not respected in the office. tak tau mcm mana nak explain. Ya Allah, bantulah aku..

Berbuka 7 Ramadhan kot...





Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign