Tinta Si Isteri Mekanik: October 2009

29 October 2009

Panggilan Hangat??

Posting SayangIbu membuatkan saya terfikir, adakah selama kami berkahwin, servis saya terbaik untuk suami?

Setahun pertama, memang tip-top..sebabnya, kami masih bermastautin di rumah emakdanayah saya. kami berdua dah ada rumah sendiri tapi kedua-duanya disewakan. rumah saya di shah alam dan hubby di cheras. mula-mula memang nak duduk cheras, pergi dan balik ikut LDP. Jauh perjalanan luas pemandangan tapi semangat pengantin baru memang tak boleh blah disangkal. Yelah, rumah sendiri kan best. satu rumah kami yang punya. time makan ikut suka, nak tidur terlentang kat depan tv pun boleh, nak bermanja-manja tidak terhad sekadar di bilik sahaja.

Elok-elok dah buat keputusan, pak sammy telah menaikkan harga jalan kepada RM1.60, penambahan RM2.40 sehari. maknanya kami akan menderma dara duit kepada pak sammy sebanyak RM 6.40 sehari. seminggu RM 38.40, manakala jumlah sebulan RM 153.60..erk *sesi telan air liur*. itu belum petrol tau. dan yang paling mahal adalah masa dan tenaga.

Tak jadi pindah cheras. dahla masa lepas kahwin tu saya berperang ngan kontraktor rumah hubby. bayangkan projek RM5,000 hanya disiapkan setelah 21 bulan. gile ke hape? *nanti cerita lain*

Nak duduk shah alam, masih ada kontrak 1 tahun lagi..redha ajela duduk PJ dan hanya 1 bilik tu je kami yang punya.

Tahun ini, saya rasa servis saya untuk suami hanya boleh digredkan kepada A- sahaja. terkurang markah sebab:
a) dalam 1 minggu akan ada sesi makan di luar
b) dalam 1 bulan sure akan ada 1 kali baju bertimbuntimbuntaksempatnaklipat

Tapi suami tak komplen.Alhamdulillah



Ikea Lovers, Take Note

Found this awesome blog about hacking ikea product..

best betul sebab dari kitchen cabinet, they manage to hack it menjadi something else..

for example, boleh jadi storage kat bilik (bedroom), or kat bilik air (bathroom) and even kat ruang tamu (living hall).

sesuai utk org yg minat ngan barangan ikea tapi kekadang selalu bajet kecil.

check this blog here



26 October 2009

Terima kasih to officemate and family kerana sudi hadir ke pondok kecil kami..

Next time leh invite bigger crowds..

ngehngeh


Episod Hati Suka

sebab berjaya memasak Nasi Beriani + ayam beriani + dalca + pajeri untuk 30orang..

suka hati saya..

sebenarnya, saje membuat sesi menggemukdiri makan-makan untuk kawan hubby and kawan ofis saya..oh juga untuk family..

mulanya nak buat menu Lontong dan Rendang AYam, tapi ada plak pakcik saya komen, buatlah beriani ke, kambing panggang ke..baru best dia datang n makan..

oleh kerana bajet kambing panggang tiada, maka harus menyahut cabaran memasak Nasi Beriani and The Gang..

katanya....


Nasi saya kurang garam..


ada jugak kata


nasinya ok...


but..

saya rasa cam just nice yet a bit kering..tak moist sangat..

patutnya bila nasi kering, kena tutup ngan aluminium foil..tapi dek kerana sibuk masak lagi satu periuk nasi, makanya berlalulah pesanan tanpa perbuatan..


22 October 2009

Nak gi Lunch

Jom..

20 October 2009

Lapar takde tapi Ngantuk la pulak

Untuk hilangkan lapar, minum M*ilo Fuze three-in-one..

tapi sekarang ngantuk lak mai..

dah biasa kot, masa sekolah dulu nak tidur kena minum m*ilo..

sekarang dah tune kalau minum M*ilo mata akan auto-berat..

ok..

TARIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik NAFAs



Tahannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn




Lepassssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss


19 October 2009

16 September

Hari cuti bermula tahun depan..

sempena

Hari Malaysia



16 October 2009

Part 2

۝ Suami sumber duit : Memang benar tetapi hari ini isteri juga bekerja dan seharusnya tanggungjawab dan urusan rumah tangga harus dipikul bersama.

۝ Suami bukan bos : Anda memang bos di tempat kerja tetapi itu tidak bermakna di rumah anda boleh member arahan kepada isteri. Sebagai ketua keluarga anda seharusnya lebih banyak bertolak ansur.

۝ Suami tukang bayar hutang dan bil : Tidak semestinya semua bil harus dibayar suami, isteri juga harus membantu menjelaskan apa-apa yang patut bagi meringankan bebanan suami.

۝ Suami mula dulu : Hasrat untuk ‘bersama’ di bilik tidur sinonim dengan lelaki. Itu dulu, sesuai dengan peredaran masa isteri juga harus memulakan sesuatu. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana anda sudah menjadi suami isteri.

۝ Suami ada masa sendiri : Sudah menjadi kebiasaan, suami boleh keluar bertemu teman-temannya seperti minum teh tarik. Manakala isteri hanya duduk di rumah. Suami sepatutnya beri ruang kepada isteri untuk bertemua teman-temannya dan tiada salahnya sekali anda menjaga anak.

۝ Suami perlu dihormati : Tidak dinafikan suami harus dihormati tetapi isteri juga harus diperlakukan demikian. Sopanlah ketika menegur atau bercakap dengan isteri. Anda harus menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga di rumah.

۝ Suami harus cekap : Ada suami yang agak lurus, semua benda dimaklumkan isteri dan akhirnya timbul perkataan ‘queen control’. Kalau boleh biarlah suami lebih hebat dan cekap.

۝ Suami mesti bijak : Ramai suami merasakan diri mereka lebih tahu dan bijak dan tidak boleh dikritik dan menerima kekalahan ketika berbincang. Bagi isteri, ada sesetengah perkara dia tahu dan tidak. Pasangan perlu saling membantu dan rasa bangga dengan kebolehan sendiri tetapi jangan sampai terlalu bangga sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pada pasangan.

۝ Orang lain lebih cantik : Lumrah kita sering merasakan orang lain lebih segala-galanya sehingga tidak yakin dengan kemampuan pasangan. Ini menimbulkan perasaan kurang senang dan marah pasangan. Berilah peluang kepada pasangan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.

۝ Pasangan tidak faham : Bukan mudah untuk pasangan memahami di antara satu sama lain terutama kerjaya. Suami isteri saling memahami agar lebih mudah diajak berbincang terutama hal-hal yang serius.

Salah Faham Dalam Rumah Tangga (Part 1)

Salah faham sering berlaku dalam sebuah rumahtangga. Suami isteri sering merasakan ketidakadilan dalam rumahtangga. Ada sahaja yang tidak kena terutama dalam melaksanakan rutin harian rumahtangga. Suami rasa si isteri membebankan dirinya, sebaliknya pula isteri menganggap dirinya jadi hamba dalam rumahtangga. Keadaan ini mungkin dianggap remeh tetapi jika dibiarkan ia akan menjadi nanah @ barah, malah akan menyebabkan pergaduhan, perasaan tidak puas hati dan paling teruk penceraian, seterusnya akan mempengaruhi kehidupan seharian jika tidak di atasi. Perkara yang dianggap remeh ini mempunyai kesan yang besar dalam hubungan, jika tidak percaya semaklah perkara di bawah :

۝ Isteri Tukang Cuci : Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan tugas kepada isteri sahaja. Sekiranya terlalu penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

۝ Isteri Tukang Masak : Sedarlah isteri bukan tukang masak dan belum tentu pandai memasak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak atau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya atau sekurang-kurangnya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama-sama sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.

۝ Isteri Tukang basuh punggung anak : Tugas ini perlu diketahui oleh pasangan. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih-lebih lagi ketika kecemasan.

۝ Isteri ke pasar : Sudah menjadi lumrah, isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.

۝ Isteri lebih tahu : Setiap kali anak sakit, isteri yang selalu bertanya kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama-sama bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.

۝ Isteri lipat kain : Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, ada kalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan baju bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. Jangan pandang sahaja.

۝ Isteri – pengorbanan : Lumrah isteri sering berkorban. Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua-dua pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya ketika sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.

۝ Isteri kejutkan suami : Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak-anak di waktu pagi.

۝ Isteri perlu beralah : Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama-sama mengalah agar tiada siapa rasa menang atau kalah. Kedua-dua harus bertimbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Ada kalanya suami juga harus mengalah.

۝ Isteri membebel : Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, ada kalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati-hati jangan sampai mengeluarkan kata-kata tidak baik kerana ia boleh menjadi racun dalam rumahtangga.

۝ Isteri kumpul pinggan mangkuk : Memang sifat semua jadi isteri suka mengumpul pinggan mangkuk. Suami sepatutnya menyokong isteri dalam hal ini kerana ia ada kebaikannya terutama ketika ada majlis di rumah. Suami mungkin tidak terfikir mengenai keperluan itu. Namun janganlah kumpul kerana ingin menunjuk-nunjuk.

۝ Isteri buat persiapan hari raya : Selalunya isteri yang sibuk membuat persiapan dan segala keperluan hari raya. Suami jarang mengambil tahu perkara itu. Seharusnya suami turut membantu atau memberi wang untuk keperluan berkenaan bukan bergantung kepada isteri sahaja.

۝ Isteri mulakan perbualan : Dalam banyak situasi, isteri sering memulakan perbualan. Suami seolah-olah hilang idea untuk berbual bersama isteri. Apalah salahnya sekiranya anda berbual seolah-olah sudah lama tidak bertemu.

۝ Isteri mohon maaf pada suami : Orang pertama yang seing menghulurkan tangan memohon maaf adalah isteri sedangkan dalam rumahtangga suami isteri sering melakukan kesilapan. Suami tidak perlulah tunggu isteri memohon maaf, anda juga perlu melakukannya agar rumahtangga lebih ceria.

۝ Isteri pembersih : Setiap orang mengimpikan sebuah rumah yang bersih dan kemas apabila berkahwin. Namun ada kalanya impian itu tidak menjadi kenyataan kerana isteri tidak suka mengemas. Jika anda tidak suka rumah bersepah, anda harus lakukan sendiri.

۝ Isteri mesti cantik : Cantik juga subjektif. Ada suami yang suka isterinya bersolek dan ada yang suka isteri tanpa solekan. Bagaimanapun suami ingin melihat isterinya kemas, kurus dan cantik. Tetapi wanita sebenarnya kurang mempunyai masa untuk melakukan itu semua kerana perlu menguruskan banyak urusan rumahtangga, Jadi kalau mahu isteri sentiasa cantik, carilah pembantu rumah. Satu lagi, suami juga jangan harap isteri sahaja perlu jaga badan, mereka juga perlu berbuat demikian.

۝ Isteri tidak boleh keluar malam : Tangkapan ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Dulu memang tidak elok wanita keluar malam tetapi keadaan sudah berubah. Ada yang syif malam dan kini membeli belah juga lebih selesa di waktu malam. Namun isteri harus meminta izin suami.

۝ Isteri sebagai ‘orang rumah’ : Isteri selalu dilabelkan sebagai orang yang perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar. Pendapat ini salah kerana suami juga adalah orang rumah kerana tanggungjawab rumah tangga adalah urusan pasangan.

۝ Isteri perlu sabar : Selalunya isteri sering beralah dan bersabar dengan suami. Suami juga sering melepaskan rasa marah kepada isteri. Suami juga harus bersabar.

۝ Isteri lemah lembut : Tidak semua isteri lemah lembut tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Jangan terkejut jika isteri juga adakalanya naik angin. Suami harus faham keadaan ini.

07 October 2009

Sebenarnya..

Saya baru mula berpuasa sunat bulan Syawal pada hari Isnin lalu..

Makanya,

1 down - dah 1 hari berpuasa
1 on d way - sedang berpuasa
4 to go - ada 4 hari lagi..

tapi, hari ini ada yang bertambah, ada yang berkurang...

ingat nak puasa Isnin-Sabtu, tapi....


open house



dan




wedding



banyak ooo

;)

06 October 2009

1 down, 1 on d way, 4 to go..

02 October 2009

Jamuan Raya

kejap lagi kat ofis ni..

kena pakai baju raya..

tapi saya pakai baju raya..tahun lepas..

lulus apa..soalan kata baju raya..tak cakap tahun bila kan?


Balik Kampung..OOOO Balik Kampung

Plan asal sabtu sebelum raya tu adalah bertolak selesai solat subuh..sekali ayah balik lewat lak dari masjid..takkan nak balik tak bermaafan dulu? yela..banyak dosa nih..Makanya tunggu ayah balik sampai hubby ngantuk dan tidur..

Jadik usai bermohon ampun maaf zahir dan batin, baru bertolak..kat TV kata Nilai jam sangat..tanya hubby, nak ikut jalan dalam tak? dia tak kisah asalkan tau jalan..

gamble ajela..

So, highway hanyalah setakat Bt.Tiga-Ebor-KLIA = RM1.10 + RM5.50 = RM6.60..hanya jumlah ini yang didermakan pada PLUS.

Memang mencabar adventure kali ni..

Ayah kata,

"Exit KLIA, terus sampai simpang ke F1, then roundabout amik terus atau kiri..kalau pi kiri nanti ada simpang tiga, amik kanan, terus sampai ada signboard ke Salak Tinggi"

Odah guide hubby, sampai simpang tiga, amik kanan, terus sampai ada signboard ke Salak TInggi...sekali dah sampai Nilai..

Call ayah, dia kata dah salah, kena patah balik...ah sudah..

"Yang, ada Petronas tu, kita benti nanti kita tanya" "OK"

Sampai petrol station, ada 2 orang tengah punggah barang..alamat van is at Seremban..ok boleh tanya..

"Bang, nak gi PD macam mana?"

"Patut ikut Salak Tinggi..tapi takpe, akak ikut bla bla bla"...

"Jgn masuk Nilai, JAM"

"OK, thanks"

Bermula dari saat itu, memang best perjalanan tu sebab tak banyak kereta..kami ikut jalan potong, takyah ikut LB Johnson lagi dah..Kami ikut Felda Sendayan..mmg dekat..

Kat Negeri Sembilan, kejap aje, dalam 1 jam dah tiba PD..

Tapi kat Melaka, ada sikit confiuse..call penunjuk arah

"Cu, ikut Sg Udang ke Alor Gajah?"

hehehe call makcu sebab dia agak familiar ngan Melaka coz husband dia orang Gemencheh.

"Tak sure sangat jalan Sg Udang, ikut Alor Gajah ar"

ok ikut cakap dia and jumpa la Lebuh AMJ..Lebuh AMJ ni dari Alor Gajah straight to Tjg Agas, Muar..

Iklan: masa kat area N9 tu, ada la sign board tulis Tjg Agas. Hubby dah excited sebab dekat je rupanya..sekali tengok Tjg Agas N9 bukannya Tjg Agas Muar..sian dia..

pukul 3 sampai kampung..5 jam perjalanan but worth every minute..

dari sangkut kat highway JAM MAUT and panas cuaca n hati, baik ikut dalam..tu pun siap sesat..berhenti shi-shi lagi, berhenti tukar driver lagi..


01 October 2009

Kisah Jumaat terakhir Ramadhan lalu

Dah 12 Syawal baru hegeh-hegeh nak bercerita. Nak buat cemano, bz bangat..

Jumaat 28 Ramadhan tu kami betul-betul cipta rekod...

sebab..

kami lewat bangun, makanya tak sempat sahur nasi

ye la kan..hubby odah kan mekanik, kerja gunakan tenaga, sure nak energy baiiik punye time Ramadhan..padahal perbualan sebelum tidur adalah:
Odah : yang, dah set jam dah?
Hubby: DAH - dengan konfidennya..
sekali dia tersedar,

"YANG, DAH KUI 5.35 dah"

Kelam kabut la kami..masak air dlm boiler aje, then sesiap kasik kurma sambil mengunyah kurma jugak..pesan kat dia makan bebanyak, takut takde energy..dia tengah banyak kerja lak tu..

Siap aje air, terus minum..air masak 1 jug..

Memang macam kartun kami makan..

Alhamdulillah, sempat semuanya..dapatlah fadhilat sahur..

Hubby lak, sian dia sebab Odah dah masak sedap sesiap lauk favvy dia, ayam kicap blackpepper ngan sayur bayam..

cakap kat dia takpe, makan untuk buka nanti..

risau dia sebab buka tu kami kat rumah pj..

"nanti ayang panaskan balik, kita makan untuk buka, eh?" "okla.." - sedih aje



kui 9 odah ada tuisyen sebab student ni nak SPM, kelas sabtu tu awalkan ke Jumaat. Odah cuti awal sebab (a) tuisyen (b) tolong mak PJ sebab odah beraya kat rumah mertua..

bila dah tukar plan, tidur rumah PJ, dah confirm tuisyen pulak, so biar ajela walaupun bos bagi half day jumaat tu..

lepas kelas, nak pi bank kat SS15..masya-allah jam giler kat situ..cancel ar terus balik..

terus packing baju, basuh baju, gosok baju, nak mop n vacuum tak sempat dah..biar aje la, yang penting baju kotor dah bersih sumer sebelum balik kampung.

1 bag besar plus baju dah gosok siap gantung aje..actually bag tu tak lah penuh..sebab dia cabin trolley bag, cam gaya nak pindah aje la kami ni..

balik PJ jam 6 lebih..sekali sangkut kat LDP..

memang JAM MAUT hari jumaat tu.. 1 Malaysia sungguh rasa tu..toleh kiri, cina..tengok depan naik motor India..ingat melayu je nak raya..

Azan je, odah bukak plastik, hubby baca doa berbuka, pastu kami makan

.



.




.



.



.



.



cuma ni aje yg ada n express..lauk pauk ada, tapi nasi nan ado..

Gitulah kisahnya..

sahur tak bernasi, berbuka pun tanpa nasi..

tapi kejap aje sebab tiba PJ aje, terus ngap..dah lapar tahap gaban dah..depa dah sesiap buatkan air panas untuk kami..dah selesai depa dah kami baru nak start engine








Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign