Tinta Si Isteri Mekanik: November 2009

27 November 2009

AidilAdha part 2

Alhamdulillah, dah selesai solat raya n khutbah raya.

Plan semalam nak ke giant telah dilaksanakan. Tapi misi mencari 2 ekor ayam tergendala sebabnya...ayam habis. terpaksalah beli parts..whole leg, wings, and ribs..ok la tu.

balik, terus goreng ayam tu separuh masak. Terus gosok baju and siap nak balik kampung...Petaling Jaya jer..dengar dalam radio semua jalan keluar KL jam..ke selatan dah start dari Bangi..ikut jalan dalam ie KLIA - sendayan pun jam jugak..alhamdulillah kali ni tak beraya di Johor..kalau tak..sure cramp punggung gue..

Oh, saya berjaya masak Nasi Tomato and the Gang..cuma ayam tu tak berapa pedas, sebab bila digabungkan dengan nasi, manis je lebih sebab ada kismis and gajus.

takpe, lain kali boleh diperbaiki. tapi kalau pedas sangat, sure the cook ie ME takleh enjoy the food. Sure togok air je untuk hilangkan pedas.

anyway, harapnya semua enjoy dengan hari raya korban masing-masing.

Esok, ada 4 ekor lembu kat masjid ni utk dikorbankan.

Isnin pulak 7 ekor pulak..doakan semuanya berjalan lancar



26 November 2009

AidilAdha

Esok dah raya lagi...cepat rasanya masa berlalu. Rasanya baru sambut Aidilfitri, ni dah Aidiladha pulak..

Raya kali ni hanya di kampung saya iaitu di Petaling jaya..hoho, dekat sahaja. Jalan pun tak jam, tol pun ilek.

cuma tak tau sempat ke tak masak. Sebab hari ni saya masih di pejabat. Bos, boleh balik awal tak?. Balik nak gi Gi*ant nak beli ayam dan lain-lain. then balik terus perap sekejap ngan garam kunyit dan goreng. kalau sempat tumis siap rencah masak tomato. balik kampung nanti, baru kahwinkan ayam dan kuah. Kenapa mesti lambat dikahwinkan? Sebabnya pelamin anganku musnah kecil, tak muat untuk pengantin tu semua :)

Bila beraya di kampung saya ceh ceh ceh, saya perlu menyumbangkan tenaga untuk memasak juadah raya. kesian kat mak, nanti mak penat. sekali sekala biarlah anak dan menantu mak masak untuk mak :)..tapi rendang mak memang tak dapat challenge lagi. Both my mum's and in-law's rendang mmg superb. berbeza yet sedapnya...sampai anak/menantu ni dok mengadap rendang tu tak sudah..

Mula-mula nak masak Nasi Beriyani dan kawan-kawannya, mengulangi kejayaan Open House hari tu. tapi adikku tak setuju, dia kata asyik nasi beriyani aje. maklumla, musim kahwin ni kan? mana-mana pergi pun makan Nasi Beriyani.

Maka tukar menu last minute. Nasi Tomato & the Gang. kenala pulak cari resepi kat net yang banyak nih.. jangan tak tau, saya ni kan tak pandai masak. every time nak amsak, kena berenang kat lautan informasi ni mencari resepi yang boleh saya ikut..IKUT tau, bukannya yang saya TAU..hehehehe..ni dah jumpa. harapnya saya boleh masak dengan jayanya..

Note: letak resepi, nanti senang tak payah carik lagi

Anyway, saya sekeluarga ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua rakan-rakan. Kepada yang berkelana, selamat pergi dan balik dengan selamat. Kepada yang berkorban, semoga anda dimurahkan rezeki selalu.




23 November 2009

NeW tEmPlAtE

cantik tak?

saya rasa ok, cuma tulisan tu kena hitamkan.

yang lain dah sesuai.

tak tahu sampai ila guna layout ni.

mana tau nanti-nanti saya tukar lain pulak ;)



Mutiara Kata

Pemimpin yang berjaya


ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya


dan


boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

21 November 2009

Salam cemerlang Saudah. Semoga Saudah sentiasa bermotivasi untuk teruskan kerja harian.

Kali ini saya nak kongsikan senjata yang Saudah boleh gunakan untuk mengekalkan permintaan tuisyen.

5 senjata cara menarik perhatian parent dan pelajar ( pelanggan )

1. Gunakan teknik pengajaran yang lain daripada yang lain
Teknik amat penting dalam sesi pembelajaran. Saya ambil contoh untuk memudahkan pemahaman Saudah. Seorang guru yang hebat ilmunya tetapi bermasalah dari segi penyampaian, pasti memberi kesan ketidakfahaman oleh pelajarnya.

Jadi untuk menjadi seorang guru yang dikagumi, penyampaian Saudah perlu hebat selaras dengan ilmu yang anda miliki. Pelbagai pendekatan yang boleh Saudah gunakan untuk menarik perhatian pelajar Saudah. Kenapa perlunya Saudah menarik perhatian pelajar? Supaya pelajaran yang anda ajarkan, mereka faham 100% dan natijahnya pelajar akan meminati pelajaran tersebut. Sama juga situasi jika Saudah digelar seorang guru tuisyen.

Seorang guru tuisyen yang terbaik adalah penyampaian yang Saudah berikan mampu memahamkan pelajar untuk menguasai pelajaran tersebut. Jadi cuba cipta (create) satu teknik yang lain daripada yang biasa pelajar terima di sekolah. Tetapi Saudah perlu ingat, silibus yang wajib Saudah ajarkan adalah sama. Cuma cara pembelajaran yang perlu berbeza.

Saya mempunyai seorang guru yang hebat. Beliau biasa mengendalikan seminar di seluruh Malaysia. Pelajar yang mengikuti seminar beliau biasanya lebih daripada 100 orang. Namun dengan teknik luar biasa yang telah beliau amalkan sejak turun temurun, pelajar beliau tidak pernah mengantuk dan seronok dengan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Bukan setakat itu sahaja teknik beliau yang mudah untuk diingati membuatkan ramai cikgu sekolah kagum dengan bakat yang beliau ada. Jadi cari kekuatan dan kelebihan Saudah. Setiap orang pasti ada kelebihan masing-masing. Gunakan dengan sebaiknya untuk manfaat Saudah dan pelajar anda.

2. Sediakan resit bayaran
Saudah perlu sertakan resit bayaran setiap kali Saudah menerima gaji daripada ‘parents’. Ini sangat perlu bagi membuktikan Saudah prihatin terhadap bayaran mereka.

Ibu bapa juga perlu mengetahui rekod pengajaran yang telah dijalankan sebagai rujukan mereka. Saudah perlu sertakan maklumat sesi pengajaran yang telah anda lakukan pada bulan tersebut dalam resit. Contohnya 4 x 2jam x RM 40 = RM 320.

3. Berikan laporan prestasi
Walaupun Saudah hanya mengajar dirumah ( ‘home tuition’ ), Saudah dinasihatkan melaporkan prestasi semasa pelajar Saudah sebagai rujukan ibu bapanya. Ini merupakan inisiatif Saudah untuk menarik perhatian mereka. Tak buat tak apa.

Sebagai ibu bapa pastinya mereka hendak mengetahui perkembangan kelas tuisyen yang telah dijalankan dari bulan ke bulan. Apa yang Saudah boleh lampirkan kepada mereka adalah latihan beserta keputusan diperoleh yang telah pelajar anda lakukan semasa sesi pembelajaran.

4. Sediakan hadiah
Setiap kali pelajar Saudah berjaya mencapai target dalam ujian disekolah mahupun ketika didalam kelas tuisyen, berilah saguhati kepada mereka. Ini merupakan ganjaran yang akan diingati oleh pelajar Saudah dan secara langsung adalah ganjaran berbentuk motivasi kepada mereka. Saudah tidak perlu risau perbelanjaan Saudah akan meningkat kerana ini adalah pelaburan yang sungguh berharga yang Saudah tidak sedari.

Saya telah melakukannya sejak mula menceburi bidang tuisyen ini. Jika Saudah pernah dengar pepatah ’tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima’, sebenarnya sungguh besar maknanya kepada semua. Jika Saudah masih ragu-ragu, saya nasihatkan Saudah cuba buat dahulu baru Saudah tahu kesannya.

5. Sediakan gula-gula
Gula-gula boleh Saudah berikan sebagai ganjaran kecil kepada pelajar. Selain ganjaran, gula-gula boleh mengelakkan mengantuk semasa sesi tuisyen berlangsung. Saudah boleh berikan gula-gula kepada pelajar Saudah jika mereka selesai melaksanakan sesuatu tugasan yang telah Saudah berikan. Contohnya, selepas Saudah memintanya melakukan kerja rumah maka sebagai ganjaran Saudah boleh berikan gula-gula kepadanya.

Saya akan sambung lagi di emel akan datang. Terima kasih.

Ikhlas,

[Master Yus]
[016-3772901]
[www.seminartuisyen.com]
“100% seminar bagaimana menjana pendapatan dengan tuisyen yang pertama di Malaysia”

























-------------------------------------------------------------
Claim your FREE follow-up email service (without adverts)
Click here http://www.freeautobot.com

75,000 Free Banners for your Business
http://freeautobot.com/bansales.html

Ultimate Follow-up email, Ebooks + Templates + Pre-Written Messages Just $4.99
http://freeautobot.com/autosales.html
-------------------------------------------------------------
To stop receiving any further emails, just click on:

http://freeautobot.com/cgi-bin/autores/autores.cgi?do=unsubscribe&Email=sa_udah@yahoo.com&UserID=288881

To report spam by a FreeeAutobot User.
Please forward this email to reportspam@caltek.com or click on the above link for immediate removal (ensure the link is not broken).

19 November 2009

Kesian dah ada habuk kat rumah ni. nak buat camener, yang penting perlu didahului.

Perancangan ni balik nak singgah sekejap kat Giant Sek.13. dah lama teringin nak makan KayEffSee tapi hubby sangat busy sampai terabai sang isteri ini..ceh ceh ceh..hubby tau wife dia ni berdikari, sure boleh beli sendiri. Bukan apa, sejak memandu seorang ni, rasa leceh nak menyinggah. tambahan pulak hubby pun pesan "ayang kalau takde pape, terus balik. Nak gi memana, kita gi berdua". Bos kata gitu, madam kena ikutla.

Tapi la ni, sangatla bisnes dia masyuk (alhamdulillah). so kena extra peluh keluarla. Dah menceburkan diri dalam perniagaan, setiap detik dan peluh itu adalah $$$. Tiap hari pukul 8 baru balik. nak ajak kuar pun sure dah penat. lepas makan, menelaah buku lak hubby tu. Bukan buku SPM...hehe GOOD LUCK SPM Students..buku rekod wang masuk dan keluar.. karang akauntan tak bergaji ni check buku dia..tak siap..memang nak kena rotan ;)

Takpela, hari ni mmg tak masak pun. beli KayEffSee sebaket (huih, tamaknya) then balik rumah..eh jangan lupa beli Good Luck Card utk May..nih student Akaun saya. semoga dia dapat jawab soalan dgn tenang dan aplikasikan steps yg saya dah ajar. walaupun paper Akaun is on 1 December, tapi nak bagi kad awal-awal. Alhadulillah, dapat jugak ajar dia sebab dia mmg tak minat akaun tapi ambil sebab pakej. Okla, harapnya result dia nanti tak fail..citer lain kali la..

Nak balik..KayEffSee dah tunggu ni..Eh, camener nak DIET asyik makan, makan, makan...OOOOOO takpe, kan saya dah pakai Premium Beautiful..

Sure meletop body saya nanti..



13 November 2009

Musim hujan ni, tolongla...

on lampu tu...mmg kira still siang.. tapi bila dah pemandangan terhad setakat 30m-50m, pasang ajela..

dah masuk musim tengkujuh la nih..

bila petang menjelma, hujan pun turun sama.

langit gelap, kilat memancar.

pleaselah driver, onkan lampu anda

untuk keselamatan dan keselesaan semua..


semalam, nasib baik kereta belakang saya tidak berlanggar dengan kereta kelabu P*ro*ton P*er*so*na. hujan dah warna kereta tu, mmg tak perasan unless u dari depan. corner ni mmg jarang ada kereta dari kiri, so selalu akan jalan terus.if ada kereta pun, biasanya depa akan slow down untuk beri laluan. si kereta kelabu tu terus aja jalan. ok fine, tapi disebabkan hujan, maka kereta di belakang saya (about 50m belakang) terus aje jalan and masuk lane kiri..ha kau, sib baik tak berlaga. hanya perasan sebab dia bagi signal ke kanan aja.

hish, janganla selfish time musim ni.

SWITCH ON THE LIGHT (FULL) IF IT RAINS HEAVILY..


03 November 2009

petunjuk kebahagiaan dunia

Petikan dari email yang saya dapat.

Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi'in apa yang dimaksudkan kebahagiaan dunia.

Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:

1- Hati yang selalu bersyukur - Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."

2- Pasangan hidup yang salih - Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3- Anak yang salih - Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita - Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal - Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama - Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7- Umur yang berkat - Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.


Prof Madya Pauziah Mohd Arshad ialah Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM dan AJK Wanita JIM Selangor



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign