Tinta Si Isteri Mekanik: December 2009

31 December 2009

The end

of 2009.

It has been a great year for me.

But the closing was very cliche. Sebab I demampanastonsilitis sampai bila pegang hubby, dia tolak tangan or badan sebab dia kata panas sangat.

Yang bestnya, bila siang, ok sikit, tak berapa demam.

Tadi pergi Subang Parade, sempat shopping tapi bila dah habis shopping, demam datang kembali.


Well, HAPPY NEW YEAR AND HAVE A LOVELY WEEKEND..

See u next year!

from,



















29 December 2009

Spa area Shah Alam/ Kota Damansara

Badan dah start rasa semacam. Puncanya, minum ais banyak sangat. Tonsil dah membengkak. Akan disusuli dgn demam, selsema dan batuk.

Selsema dah sudah. Puncanya, terkena hujan. Telan panadol soluable, tidur, ok rasanya.

So, sekarang tengah cari spa untuk membelai diri. dah tengok Serenity Spa, tapi cam jauh lak.

Rasanya nak cari area Kota la..


Majlis Perkahwinan Atashah & Firdaus *Updated*

3 hari berturut-turut.

25.12.2009

Upacara pernikahan dilaksanakan selepas solat Jumaat. Sekali lafaz aje. Well done.

Tamat pernikahan, sesi bertukar hantaran pula dilaksanakan.

Jamuan ringan disediakan utk semua tetamu. Ada sate, ABC, mee goreng. tu aje yang saya perasan sebab nervous kena jadi juruacara untuk Majlis Merenjis.

Majlis Merenjis hanya dihadkan untuk 14 orang sahaja. Senarai :- Ayahanda Bonda Mempelai, 4 bonda saudara pengantin perempuan, 4 ahli keluarga Firdaus dan 2 orang jiran.

Gambar masa mengacara tak sure ada atau tak. Kena tunggu jurugambar rasmi majlis. Lain-lain gambar semasa majlis:-

AIYOOOO CAN'T UPLOAD. LATER LA..

*updated*


Adik-adik n kakak ipar



My family. Not in the piccas: Hubby, Umar n Nana


24 December 2009

Premium Beautiful Mahal?

Saya banyak mendapat maklumbalas, samada dari pembacaan komen/blog atau secara langsung, yang mengatakan Premium Beautiful mahal.

Kalau sekali pandang, memang harganya mahal. Iyelah, saiz normal iaitu untuk badan yang bersaiz S ke L, harganya RM2,400.00 manakala saiz besar iaitu XL ke atas adalah RM2,600.00.

Wow, dua ribu lebih untuk 3 pieces clothing? memang mahal, kan?

Tetapi, bersama-sama dengan harganya yang dua ribu, datang sekali perkara ini:-

a) Premium Beautiful adalah barang yang mendapat pengiktirafan Superbrands

b) Premium Beautiful ada jamimnan seumur hidup (warranty for life). Maknanya, kalau koyak, atau rosak, boleh hantar untuk diperbaiki.

c) Premium Beautiful juga tahan lama. Ada testimonial yang katakan ada yang dah beli 15 tahun dahulu, Premium Beautiful masih dalam keadaan elok. Ini kerana ia mempunyai kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.

d) dan, khusus untuk wanita yang sentiasa menjaga berat badan, membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman. Setiap wanita mesti akan cuba untuk kelihatn cantik, terutamanya untuk suami. Itu sebabnya Premium Beautiful sentiasa ada permintaan.

Tetapi, bagi kes saya, saya mendapatkan Premium Beautiful kerana rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia yang berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme. Sebab saya kan nak mengandung.

Mahal lagi? Cuba bandingkan dengan kos perubatan dan lain-lain kos dalam usaha saya untuk hamil di entry ini?

Total RM7,000.00, Premium Beautiful baru RM2,600.00. Mana Mahal?

23 December 2009

Kenapa Premium Beautiful?

Impian setiap pasangan yang berkahwin adalah kurniaan zuriat. Namun, kami masih belum lagi menikmati privilege ini.

Tahun pertama, masih dalam mood honeymoon. Enjoying and exploring the advantage in marriage world. Hubby's attention mmg best. To those yang tak tau, i married my husband without any love for him. I just serahkan jodoh i pada Yang Maha Esa, and he chose my hubby as my companion. So, it was and still is the greatest decision in my life. And i thank you God for that. Kiranya, i ni testimonial baik utk love comes later in married life. I tak bercintan-cintun dgn hubby, friend's only. And dia sangat macho sebab terus pursue me dengan bersungguh-sungguh and even have the guts to ask my dad directly for my hand and heart. awwwww sho shweeet la sayang.

But when second year dah dekat, i dah mula gelabah. start cari O & G and went for infertility treatment. Monthly check-up sure inclusive dalam package ni. SETIAP BULAN for this check-up i spent more than RM100.00 for consultation and pharmacy. Bayangkan if satu bulan RM200.00, darabkan dengan 12 bulan, dah RM2,400.00. Tu pun belum masuk lab test and blood test. kalau dikumpulkan jumlah setahun ada cecah RM4,000.00.

But still tak berhasil. i tak conceive pun. In fact, berat badan i makin bertambah. Makan tak banyak, selera ada but can control, tapi mmg gemuk betul masa tu. So i made decision to stop the treatment. Sebabnya, hanya i aje yang doktor checkup. Husband pun dia tak usik langsung. Then i gemuk. So dah fedup, stop treatment.

1 year with science. Frust tak yah cakap ar. Period pun tak betul. 3months tak period but bila UPT, negative result. Memang hampa, tambah lagi mulut-mulut yang tak berinsurans. Tertekan dowh..So beralih pulak ke traditional method. You name it, i buat semua tu. Urut of course, mandi bunga, makan sirih, minum delima pahit maung. Sampai lebam-lebam kena urut betulkan badan i. Still takde rezeki lagi. But time ni, dah ada penurunan berat sebab bila urut, perjalanan darah dah betul, metabolisme pun meningkat. Kat sini pun habis beribu jugak. Katalah RM3,000.00, total for 2 years is already RM7,000.00 plus minus.

I still tak putus asa, search lagi treatment for infertility. So now, i revisit hospital, but i choose different doctor. She did blood test for both of us, then pap smear for me and sprem analysis for my hubby. Both of us takde problem, cuma belum rezeki lagi.

I search for something yang oleh accelerate my body to achieve our goal for 2010. Doktor kata memang kena loose weight even if 5kg pun it still matters. Tak banyak pun, tapi i ni jenis yang suka suki makan. Pantang i satu je, pantang jumpa dan pantang teringin. Eh dah dua pulak pantang, so nak diet tu memang sangatlah susah.

I have tried so many products, cuma once dah tak berdisiplin nak consume or dah lari bajet or dah boring asyik telan mende tu aje, i tend to stop terus and makan tak hengat donia. Sebab i ni pun, bukan leh pantang makan, i mean like ooo tak leh makan pizza, kfc, telur, huh dan-dan sumer tu termasuk dalam list BENDAKENAMAKANIFNOTPENGSAN. So how nak diet?

And search punya search, terjumpa satu produk yang sesuai untuk orang seperti i. Bukan sebarang produk, produk SUPERBRAND tau.

70% KESIHATAN
30% KECANTIKAN
-------
100% KEPUASAN
====


PREMIUM BEAUTIFUL



Duck

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practised in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.

As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching!

Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, ' Fatima, let's wash the dishes.' But Fatima said, 'Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.' Then she whispered to him, 'Remember the duck?' So Ahmed did the dishes.

Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, 'I'm sorry but I need Fatima to help make supper.' Fatima just smiled and said, 'Well, that's all right because Ahmed told me he wanted to help.' She whispered again, 'Remember the duck?' So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.

After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima's, he finally couldn't stand it any longer.

He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, 'Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let Fatima make a slave of you.'

Thought for the day and every day thereafter?

Whatever is in your past, whatever you have done... and the devil keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)...whatever it is...

You need to know that Allah was standing at the window and He saw the whole thing. He has seen your whole life.

He wants you to know that He loves you and that you are forgiven.

He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you.

The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not only forgives you, but He loves you. It is by Allah's grace and mercy that we are saved.


grab this from email that was forwarded to me.

22 December 2009



Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar

21 PEDOMAN BUAT ISTERI

Khusus untuk bakal isteri terutamanya Cik Talha dan juga Cik Azra.

Bagi otai-otai isteri, juga boleh dibaca untuk peringatan.



21 PEDOMAN BUAT ISTERI

1.Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4.Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5.Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6.Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14.Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15.Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi
kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana
dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda
pula yang memulakannya.

20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari
kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan
tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa
baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.


17 December 2009

Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

- Bernama @ Berita Harian

10 December 2009

Bertambah lagi..

usia perkahwinan kami. Sekejap aje rasanya. Masih lagi dalam proses Fasa pertama iaitu proses mengenal diri.

Ingat lagi pada tarikh ini, jam 1.30 tengahari, ayang tengah bersiap lagi ni. tapi dah tinggal sikit-sikit aje, ie pakai tudung dan berposing ;). dengarnya tetamu yang hadir memang ramai, alhamdulillah tak padat as they come and go. tengah musim cuti sekolah dan musim mengawan perkahwinan. Kan Malaysia sinonim dengan kenduri kahwin pada masa cuti sekolah.

ayang kan yang, dalam tersenyum bergambar tu, sebenarnya tengah dup dap dup dap dap dap dup menunggu abang sampai. takut jugak kalau duit tol yang abang sediakan tu tak cukup untuk famili ayang. Diorang ni memang selamba, setakat duit tol yang seringgit pun nak jugak. dah tu, ada lak tol untuk kaum Adam. tak pernah dibuat orang, lelaki mintak duit tol..kan biasanya perempuan aje kan? tapi depa kata nak jugak buat. nak jugak merasa duit tol, takkan pompuan aje yang dapat..Naisb baik ayang dah ingatkan abang duit tol tu seratus ringgit masukkan dalam sampul tapi jangan tunjuk kat depa abang sediakan banyak. abang kan mmg jati johor, so mmg familiar la kan ngan adat ni. bila tengok balik gambar2, sian abang. tersipu-sipu bila depa usik abang. tapi meriahkan? pictures says more..

masa bersanding, nape abang serius semacam aje? cam kena kahwin paksa je. tapi abang memang macho and tersangatla hensem. ayang aje like cute big bunny ;)..

masa makan berdamai tu, ada pulak udang dan Umar ngan sape kawan dia tu serve kita. senang sikit. siap ikan tu dia sendukkan, tak la terkial-kial kita nak makan. tapi ayang dapat makan sikit aje. dahla sedap nasi tu..ingat lepas kenduri tu nak makan lagi, rupanya dah habis, tinggal nasi putih aje huhu..

Abang,

i started our life journey without any love for you.
But as the day goes by, i can't help myself not to fall for you.
My love for you is growing just like the number of days since the day we united our hearts.
You are the best for me and i hope that i am for you.

I made the biggest decision in life by marrying you and my life has been filled with happiness eversince.




09 December 2009

Resepi : Mee Kari



Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.



Memang sedap. Bawa mee kari ni ke office. Celebration sikit. Habis...Mee kuning tu 5 peket kecik untuk 13 orang..Sedap rasanya. Odah tak makan mee kari ni, tapi untuk masak boleh, no problem. Resepi dari Sifu Chef Kak Hanieliza



08 December 2009

Rumahtangga Hilang Perencah Kata


via Saifulislam.Com by Abu Saif on 10/23/09





“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.

“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.

Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.

Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?

Arahan?

Suruhan?

Permintaan?

Larangan?

Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

“Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.

“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.

“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.

“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.

DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:

“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.

“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.

“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.

“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.

Suami hanya menjeling di hujung mata.

“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

“Agaknya” balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.

Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.

RAFAS DAN JANGAN RAFAS

Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.

Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.

Jika negatif ia bernama lucah.

Jika positif ia bermaksud intim.

Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.

Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!

Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.

HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’

Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?

Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.

Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.

“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.

“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.

Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.

“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.

Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.

Sama jugalah dengan sang isteri. Andaikata perkahwinan yang dibina tiada kena mengena dengan soal paras rupa sekali pun, berilah galakan kepada suami untuk berhias. Tidaklah sampai bersolek pula, tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang kemas, rambut bersikat, janggut dikemaskan, bulu ketiak dan kuku dipotong, serta tubuh badannya diberi galakan agar maintain dan tidak terlalu membesar.

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.

“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”

Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:



Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]

Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!

Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.

Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.

Bertindak sebelum terlambat.

Mencegah lebih indah daripada mengubat.

Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


02 December 2009

Emosi saya pagi ini

Pagi ini hati saya sangatlah sedih. Senang aje air mata ini nak mengalir. Tengah memandu pun sempat lagi lap air mata. Bila dengar lagu Saleem yang baru tu, naikkan volume radio dan menyanyi sekuat-kuat hati, kononnya utk tenangkan hati yg lara. Sekejap saje keberkesanannya.

Kat ofis, sesi meluahkan perasaan dengan tersayang bermula. Dan air mata ini masih mengalir hingga mata saya merah dan hidung pun menjadi seperti badut yang mempunyai hidung besar merah.

Entahlah, sejak minggu lepas, sensitif betul saya ini. Tengok cerita yang beremosi, turun lagi hujan di muka saya ini. Cerita tu semestinya yang sedihlah...Tapi kali ini bila ada part yang happy or romantic, or apa-apa jela yang melibantkan emosi, sure peneman saya pada masa itu adalah air ini..

Kenapa ek? Tak suka menangis sebab:

a) Mata MERAH

b) Hidung MERAH

c) Sakit kepala

Tapi eloknya mata menjadi bersih sebab telah dicuci ;)



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign