Tinta Si Isteri Mekanik: Again PD

27 January 2010

Again PD

Pergi sekali lagi ke PD. Alhamdulillah semua dah selesai, tinggal tunggu duit masuk aje. Hari ini sedikit santai sebab pergi awal (9.00am), selesai semua dalam pukul 12.00. Jadi bawak kereta sedikit santai.

Pergi balik ikut ELITE (Shah Alam - KLIA), then KLIA -  Sepang. Kemudian ikut pulak Sepang - Lukut. Lalulah kawasan JE dulu, Bukit Pelandok. Hari ini banyak kenderaan berat, jadi agak lambat berbanding semalam. Still, pemanduan berhemah walaupun sometimes pecut jugak. Tak banyak kereta, cuak ooo.

Tapi jarak perjalanan ikut jalan lama ni cuma lebih kurang 100km sejam perjalanan, tol cuma RM 6.20. Kalau ikut ELITE - PLUS exit PD, then ikut PD-Seremban Highway, jauh + bohsan + tol mahal. (RM 10.70 + RM 3.20). Masa pun sejam setengah. pastu boring lak ikut highway. Senang ngantuk.

Apa-apapun, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, kerana memudahkan urusanku pada hari ini.





Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign