Tinta Si Isteri Mekanik: Berjaya..

22 January 2010

Berjaya..

menjahit manik pada uniform office saya.

Di sini, dalam 2-3 tahun sekali, semua staf wanita akan dapat kain pasang untuk dibuat uniform. Selalu tukar-tukar kain dan corak la. Bukan sama pesen aje setiap kali.

Ada satu baju saya kureng sikit tapi alhamdulillah bila dah jadi baju, ada sikit value wearable la..(hantam sajala). Konon-konon untuk mencantikkan baju itu, saya tambahkan manik yang dijahit secara tabur. Senang jugak, tapi:

a) Lenguh tengkuk asyik menunduk aje. Lepas ni kalau menjahit, duduk atas sofa dan sandar elok-elok agar tengkuk tidak merana.
b) Mata ada sikit juling nak mengagak jarak dan corak. Tambah lagi ada ekstra mata, lagi la jenuh.
c) Jahitan bahagian dalam sangat bercelaru. Kena belajar macam mana nak kurangkan kecacatan itu.

Nanti saya upload gambar. Saya banyak belajar dari che' sue ni. Mudah difahami dan diikuti.



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign