Tinta Si Isteri Mekanik: Hanya satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata

20 January 2010

Hanya satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata

Friends, please be careful. There are so many culprits and brilliant ways to cheat ur hard-earned kaching..


KUALA LUMPUR: Bermodalkan suara lunak di gagang telefon, beberapa ahli sindiket penipuan profesional kad kredit dikesan ‘menyedut’ wang orang ramai dengan hanya menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

Sindiket penipuan profesional berkenaan didakwa hanya perlu meyakinkan mangsa menyerahkan nombor siri kad kredit sebelum wang mangsa lesap dalam tempoh beberapa minit.

Dalam beberapa kes, suspek menyamar sebagai pegawai Jabatan Siasatan Penipuan Kad Kredit Bank Negara yang sedang melakukan intipan dan operasi membongkar individu yang melakukan penipuan.

Kejadian terbaru pada 11 Januari lalu membabitkan seorang kerani bernama Low, 40, yang dihubungi suspek yang kononnya menjalankan siasatan, kira-kira jam 8.45 malam.

Lelaki terbabit bertanya sama ada mangsa ada membuat pembelian barang kemas di premis menjual barang kemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang curiga dengan identiti lelaki berkenaan bagaimanapun menafikan sebelum meletakkan telefon itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa menerima pula panggilan telefon daripada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bank Negara.

Dengan nada tegas dan meyakinkan, suspek mendakwa mangsa diperdaya pihak tertentu dengan menggunakan kad kredit palsu dengan nombor kad kredit miliknya.

Lakonan hebat itu menyebabkan mangsa yakin dakwaan berkenaan selepas suspek memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenal pasti suspek yang menyamar itu.

Suspek berpura-pura membacakan nombor kod kad kredit mangsa bagi tujuan penyemakan sebelum meminta mangsa mengesahkan nombor rahsia kad kredit.

Pada masa sama, suspek mengarah mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik bagi menyemak 16 digit nombor kad kreditnya secepat mungkin.

Malah, suspek turut menyuruh mangsa menukar nombor pin kad kredit miliknya itu bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, mangsa mula curiga menghubungi pihak bank bagi penyemakan baki akaun penggunaan kad kreditnya.

Namun, agak terlambat apabila suspek terlebih dulu mengeluarkan wang RM3,511.22 tanpa disedari mangsa.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Danau Kota.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kes penipuan terbaru itu kedua selepas seorang jurutera berusia 40-an turut diperdaya sindiket membabitkan kerugian RM40,000.



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign