Tinta Si Isteri Mekanik: Adnan Sempit?

01 February 2010

Adnan Sempit?





Best ke? Cerita tempatan ni kalau berkaitan dengan motorsikal, sure tentang rempit. Terutamanya apabila filem Adnan Sempit ini adalah hasil arahan Ahmad Idham yang terkenal dengan filem Remp-It. Saya memang tak berminat dengan filem sebegini, yang penuh dengan aksi pergaduhan dan aktiviti mat-mat rempit ini.

TETAPI,

.
.
.
.
.
.

Adnan Sempit memang best. Sebab utama adalah pelakon yang memegang watak Adnan, Shahiziey Sam. Memang sempoi dan kena dengan watak tersebut. Tidak seperti Along Raja Lawak yang terlebih sudah aksinya di depan kamera. Tapi watak sampingan sebagai Boboy itu juga sesuai dengan Along, cuma aksinya terlampau sedikit.

Cumanya, Intan Ladyana memang kurang menjadi lakonannya. Bukan apa, dia seperti tiada karisma untuk melakonkan watak Nadia, "cikaro" pujaan hati Adnan. Siapa sesuai ek? Dynas ok cuma dia tengah pregnant, atau Fouziah Ghaus pun ok juga.

4 bintang dari 5 bintang, memandangkan saya memang tak pandang filem arahan Ahmad Idham, saya kira filem ini cukup bagus lakonannya. Jalan cerita so-so, kisah cinta biasa dua darjat berbeza. Cuma bestnya, sebab Adnan ni bukan mat rempit, cuma selalu orang tuduh dia mat rempit ataupun wrong place at the wrong time, macam bila naik motor beramai-ramai nak pergi tempat lepak tapi kena tahan dalam roadblock.

Kekuatan cerita ini memang pada lakonan Shahiziey Sam yang memang best.

Antara review filem di sini.














Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign