Tinta Si Isteri Mekanik: Bangun...bangun....

25 February 2010

Bangun...bangun....

Sekarang ni agak liat nak bangun pagi. Sebab utamanya, matahari lambat naik. Syuruk jam hampir 7.30am. Jam 6.55am masih gelap lagi.

Saya rabun, jadi tak nampak jam di dinding. Makanya, selagi hubby tak bangun or kejut, saya akan meneruskan aktiviti nikmat di pagi hari.

Jadi, saya telah mencari artikel yang sesuai untuk saya. Dari Wikihow.

Dia cakap Nombor Satu, saya kena dapatkan cukup tidur. Sebab, kalau tak cukup, nanti nak gagahkan diri keluar dari katil pada pagi esoknya adalah sangat menyeksakan. Tidur kecantikan adalah selama 8 jam.

Nombor Dua, masukkan jam badan mengikut irama. Faham tak? masukkan = get into, mengikut irama adalah rhythm. Terjemahan langsung ye. Hahaha.. Maknanya, kita kena setkan badan kita untuk ikut ritma bangun dan tidur pada masa yang sama. Tak kira hari bekerja atau hari minggu, kita kena bangun jam 6.15am dan tidur pada jam 10.45pm.

Cara ketiga, sesuaikan kitaran tidur anda. Tahukah anda, kitaran tidur manusia adalah selama 90 minit.  Jadi, kita harus tidur selama 6 jam, 7.5 jam atau 9 jam. Kalau terkurang, kitaran akan terganggu dan kita tidak akan merasa segar di pagi hari.




Bye,


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign