Tinta Si Isteri Mekanik: Beyonce gondol 6 anugerah Grammy

01 February 2010

Beyonce gondol 6 anugerah Grammy

LOS ANGELES: Diva R&B Beyonce mendominasi Malam Anugerah Grammy ke-52 hari ini apabila menggondol enam anugerah mengatasi Taylor Swift yang meraih empat anugerah.
Beyonce yang menerima 10 pencalonan memenangani anugerah berprestij Lagu Terbaik menerusi lagu "Single Ladies (Put a Ring On It)" yang turut menyaksikan beliau dinobatkan sebagai pemilik Vokal Terbaik R&B Wanita.

Selain itu, bekas ahli kumpulan Destiny's Child itu turut meraih Anugerah Lagu Terbaik R&B yang mempertaruhkan lagu "Single Ladies" dan Album Kontemporari R&B Terbaik menerusi "I Am... Sasha Fierce".

Satu lagi anugerah ialah Persembahan Vokal R&B Tradisional Terbaik untuk lagu "At Last".

"Wow, terima kasih banyak. Ini adalah malam gilang gemilang bagi saya," kata Beyonce selepas menerima anugerah persembahan vokal pop wanita terbaik pada Malam Anugerah Grammy ke-52 di Staples Center, Los Angeles hari ini. - AFP

-sumber-


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign