Tinta Si Isteri Mekanik: Jaga-jaga Pencurang..

04 February 2010

Jaga-jaga Pencurang..

 

 

 

Bahana curang terhadap isteri


CHILTON (Wisconsin): Empat wanita yang melekatkan kemaluan seorang lelaki ke perutnya terlepas daripada hukuman penjara, semalam.


Donessa Davis, 37, yang sudah beristeri kerap menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain diperdaya ke sebuah hotel oleh kekasihnya, Therese Ziemann.

Therese melakukannya selepas isteri Davis, Tracy, 31, mendedahkan kekasihnya itu turut menjalin hubungan dengan dua wanita lain.

Selepas mengikat Davis, Therese, 48, ibu enam anak itu melekatkan kemaluannya ke perut dengan menggunakan gam paku.

Selepas itu, isteri dan dua kekasihnya masuk ke bilik itu dan mempersendakan Davis yang kemudian berjaya melepaskan diri.

Empat wanita itu hanya dihukum melakukan khidmat masyarakat selama 12 bulan di Chilton.

“Saya tak merancang melakukannya. Ia berlaku secara spontan,” kata Therese.

Dua wanita lain, Michelle Belliveau, 43, dan Wendy Sewell, 44, turut meminta maaf kerana terbabit dalam serangan itu. - Agensi(sumber)


  • she must be some woman because their age different is like 11 years. Sure bergetah lagi..
  • wife dia sure dah bengang tahap giler sebab sanggup plan dgn girlfriends suami untuk kenakan dia.
  • and he was very lucky only to have his pe*nis glued to his perut. Kalau dipotong???


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign