Tinta Si Isteri Mekanik: Jangan terlebih manjakan suami

24 February 2010

Jangan terlebih manjakan suami

Mari kita bersama-sama menghayati apa yang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie ini tulis.

Pagi tadi, semasa sama-sama makan pagi dengan rakan sepejabat, seorang rakan yang baru sahaja sebulan lebih bernama isteri menceritakan kisah kerjasamanya ketika menguruskan rumahtangga. Rakan lain yang mendengar, meluahkan rasa gembira dan bertuahnya rakan tersebut kerana mempunyai suami yang sanggup membantu. Ada juga yang sempat menyelitkan peringatan: jangan awal-awal ni jer nak tolong dah ler. Peringatan tersebut segera saya balas: Kalau daripada awal kita sendiri tak terlalu manjakan suami, insyaAllah suami akan setia membantu kita.

Kata-kata saya tika itu bukan sekadar nak sedapkan hati pengantin baru. Sebaliknya, memang terlalu banyak kes yang pernah saya kendalikan berkisar tentang kata-kata tersebut. Bukan tak boleh manjakan suami. Manjakanlah dan memang fitrah suami memang suka dimanjakan. Cuma nasihat saya, jangan terlalu manjakan suami hingga suami terlupa diri dan menganiayai diri anda sendiri di kemudian hari.

Rata-rata kes sebegini melibatkan isteri yang terlalu memanjakan suami di awal perkahwinan dan bila keadaan bukan lagi seperti masa-masa manis tersebut, memang sukar untuk terus memanjakan suami malah boleh mengundang tekanan perasaan.

Ada kes; sejak awal perkahwinan, isteri yang memakai dan menanggalkan sarung kaki suami ketika pergi dan balik dari bekerja. Isteri juga biasa menghulurkan cawan air kepada suami. Bila telah ada seorang cahayamata, rutin tersebut agak sukar untuk isteri lakukan memandangkan isteri perlu juga berikan perhatian kepada si anak. Malah, isteri bukanlah surirumah sepenuh masa sebaliknya turut sama bekerja, pergi dan balik sama masanya dengan suami.

Kes lain; seorang suami sering meminta wang daripada isteri. Alasan suami, pinjam nanti bayar balik. Mulanya sikit kemudian dalam jumlah yang banyak. Janji nak bayar, hanya tinggal janji. Bukan saja selalu mintak wang malah segala keperluan isteri tidak pernah ditunaikan. Macam-macam alasan diberikan: tidak mampu, banyak hutang, kena tolong keluarga dan macam-macam lagi.

Itu cuma dua kes berkaitan, memadai untuk saya jadikan contoh dalam perbincangan kali ini. Bukan cerita rekaan ye tetapi kes yang benar-benar berlaku dan saya dengar daripada pengadu sendiri. Sebulan dua atau setahun dua, mungkin isteri sanggup bersabar tapi kalau dah lama-lama? Bila dah cakap elok-elok dengan suami tapi suami masih dengan sikap yang sama. Malah boleh pula dengan nada angkuh menuduh isteri lalai tanggungjawab atau punya orang lain. Bila keadaan makin rumit, jalan dipilih ialah keluar daripada perkahwinan sedangkan hakikatnya, perceraian boleh dielakkan jika isteri bertegas terhadap suami.

Siapa kata isteri tidak boleh bertegas? Ya! Syurga isteri terletak pada keredhaan suami terhadap isteri. Itu kata hukum dan jelas. Tapi jangan lupa, hukum juga menyebut bahawa perkahwinan adalah berteraskan mawaddah iaitu kasih sayang dan rahmah. Rahmah hanya akan diperolehi apabila masing-masing pihak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang ditetapkan oleh syarak bagi menunaikan hak pasangan.

Di dalam Islam, tanggungjawab isteri yang utama adalah patuh dan taat kepada suami namun kepatuhan pula mestilah tidak melanggar kehendak syarak. Kepatuhan juga bukan bererti hingga perlu menjadi hamba kepada suami sendiri. Wanita mendapat tempat yang mulia di sisi Islam. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi wanita. Jika suami yang telah memegang janji untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi anda gagal berbuat demikian maka anda berhak bertegas untuk mendapatkan hak-hak itu.

Bertegas juga bermaksud anda tidak membiarkan suami anda mengabaikan tanggungjawabnya. Mungkin ada tikanya suami betul-betul di dalam kesusahan tetapi membiasakan membantu suami akan menyebabkan suami jadi lebih ‘liat’, tidak berusaha menyelesaikan masalah sebaliknya mengharapkan bantuan isteri semata-mata.

Sama juga dalam urusan rumahtangga. Ingat!! Bukan tugas wajib isteri untuk mengemas rumah atau memasak untuk anda sebaliknya semua tugas itu adalah bonus atas nama mawaddah wa rahmah. Sewajarnya sebagai suami, anda membantu isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau isteri yang bekerja, memang wajiblah anda membantu sebabnya isteri anda membantu anda mendapatkan perbelanjaan untuk kehidupan sempurna rumahtangga anda. Jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, wajar juga anda bantu sebab melakukan kerja-kerja rumah tidak sama seperti melakukan kerja-kerja pejabat.

Malah, bekerjasama melakukan tanggungjawab anda adalah sebaik-baiknya. Kenapa nak berkira? Sekiranya benar anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda, pasti anda inginkan dia hidup bahagia, betul? Bahagia takkan dapat dicapai jika hanya sebelah pihak yang sedia berkorban sebaliknya kebahagiaan akan diperolehi bila kedua-dua pihak bersedia berkorban bagai matahari, teguh mencurah haba dan cahaya dan masih mampu tegak berdiri.



Memang betul pun. Jangan manjakan suami. Saya pun banyak buat apa yang puan blog ini tulis. Antaranya adalah:

a) kerja rumah sama-sama buat.
Kalau saya seorang yang buat, kena ada tolak ansur. Contoh, saya kemas rumah (vacuum, mop), cuci bilik mandi & tandas (termasuk sental dinding, lantai, tandas) tapi saya tak perlu masak. Sama ada hubby masak or makan luar. Takde  "ala yang, masak yang simple pun ok." No cooking. NADA. Kalau saya masak, hubby akan vacuum rumah dan mop. Sental bilik air lain hari. Saya cuci baju, dia boleh tolong sidaikan. Gitu la kami suami isteri.

b) sama-sama layan kehendak.
Saya layan suami, hubby layan saya. Terutamanya bila salah seorang sakit. Maknanya sini, saya buatkan air bila dia balik kerja. But dia boleh buatkan saya air bila saya sibuk masak waktu pagi or bila saya mengada-ada nak bermanja dengan hubby. Bukan semata-mata saya seorang yang buat.

c) allowance.
Sejak berkahwin, setiap bulan hubby akan bagi saya elaun isteri. Hehe tanggungjawab dia kan? Tapi sejak dia buka bengkel sendiri ie bisnesman, dia tidak lagi memberi saya elaun secara pukal. Cara dia, bagi duit minyak, or isikan minyak bila dah blinking, atau bagi duit top-up touchngo. Bila dia terlupa, saya minta duit, dia akan bagi tanpa banyak soal. Kadang-kadang bukan takde duit, tapi saya ni boros, pantang ada duit dlm purse, sure nak belanja. So memang keluarkan duit bila perlu or bila dah habis dalam purse. Duit tu just untuk sementara saya keluarkan duit di ATM. But bila pulangkan balik duit tu, saya kena marah ngan hubby. Dia kata bukan dia kasik pinjam, dia beri duit tu pada saya. Untung kan?

Duit dapur lain tau. Duit TNB, SYABAS, makan luar, semua dia tanggung. Hm..tapi duit saya tetap habis. Itu sebab saya ada hobi baru iaitu Premium Beautiful. Ingat tak entri yang saya dapat close credit card saya? Ha, dari business ini la.

Jom join saya. Hanya 2 jam aje diperlukan. Macam saya, 2 jam seminggu. Mudahkan?

saudahsalleh@gmail.com




Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign