Tinta Si Isteri Mekanik: Seminit aje...Lebih lagi bagus...

05 February 2010

Seminit aje...Lebih lagi bagus...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sedikit tazkirah dan ingatan buat semua yang membaca.  Petikan/artikel ini saya dapat dari email yang dihantar oleh kenalan saya. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan ku yang sering terlupa.

Assalamualaikum wbkt.
Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa… AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu’ & tawadu’ dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. 

Moral of the story – sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu’ dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu ‘alam





Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign