Tinta Si Isteri Mekanik: Resepi : Ayam Hadyai

16 March 2010

Resepi : Ayam Hadyai

SEDAP.....

Baunya semasa dimasak.

Rasanya belum teruji sebab ini adalah item dalam lunchbox saya.

*Memang sedap. Bau dia masa masak, fuhhh wangi wa cakap lu..


Rasa dia pulak, macam-macam ada..pedas dan merah sebab letak cili kering. ketumbar buatkan rasa macam ayam goreng rempah, serai wangi.


Memang di recommend untuk dicubai. Sebab saya yang tak pandai masak pun jadik sedap menu ni.*


The recipe:

Sup Hadyai


Bahan-bahan

  • sebelah ayam - dipotong
  • 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4cm halia - semua ditumbuk/dikisar
  • 7cm lengkuas - dihiris dan diketuk
  • 5 batang serai - diketuk 
  • 2 sudu besar ketumbar - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih - dikisar
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 ketul kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri (celery)
Cara memasak

  1. Tumiskan bahan kisar serta bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, serai dan lengkuas sampai wangi dan naik baunya.
  2. Agak-agak dah garing, masukkan ayam dan gaul sebatikan dengan rempah tumis tadi.
  3. Biarkan 5 minit - pastikan ayam dah masak.
  4. Masukkan celery dan 5 cawan air - biar hingga menggelegak.
  5. Tambahkan garam dan sedikit gula sebagai perasa.
  6. Taburkan daun bawang, daun sup dan daun sadri sebelum dihidang.

dari sini


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign