Tinta Si Isteri Mekanik: Cinta Lepas Akad..

31 March 2010

Cinta Lepas Akad..

Macam Umie Aida dan suaminya..Tak pernah keluar berdua-duaan.

Tentang entry Blind Date saya tempoh hari, saya telah mencari apa maksud yang tepat untuk terma tersebut. Semua mentafsirkan Blind Date itu adalah ' a date with stranger '. Ada satu lagi definisi yang menarik bagi saya iaitu ' A romantic meeting between two people who have never met before '.

Zety kata dia pun blind date dengan husband dia, hanya pernah tengok gambar dan kemudian keluar berdua.

Nino pulak dengan kisah tragedi kawan dia.

Berbalik kepada maksud sebenar blind date itu, kita tak pernah berjumpa dengan si dia sebelum ini. So kira Zety termasuk dalam kategori ini la kan?

Tapi kisah saya pulak, memang dah selalu berjumpa, cuma gitu-gitu aje. Kalau bercakap pun, dialognya akan jadi sebegini, "Bos ada?" ataupun "Semua ok eh? Check angin tayar tak?".  Hanya itu aje. Kemudian dia memberanikan diri menelefon.  Kebetulan masa tu, saya dan ayah bertukar line telefon sebab ayah nak ke Dubai dan India, tetapi talian telefon dia tak sempat di'roaming'kan.  Jadinya, si dia telah tertelefon ayahandaku di Dubai.  Terus tak tertelefon saya yang di Malaysia ini. Cuak punya pasal.

Sampailah ketika apabila rakan sepejabat memberitahu yang si dia ni memang sukakan saya.  Saya gelak aje masa tu sebab, rakan saya ni suka melawak. Lagi pulak masa tu saya tengah hangat dengan cinta kekasih gelapku. Lagi malas nak layan. Tapi bila cinta saya mendapat tentangan ahli keluarga yang rapat dengan saya, terutama sekali bondaku, maka rakan sepejabat itu cuba untuk menjumpakan kami berdua.  Tapi yang bestnya, masing-masing tak tahu nak jumpa siapa.  Korek punya korek, masih berahsia. 

Takpelah, kebetulan saya memang nak ke PBAKL, jadi syarat saya, nak jumpa, jumpa kat PWTC. Syarat disampaikan kepada si dia melalui rakan saya.  Saya tak ingat saya pakai baju apa, tapi takla bergaya sakan, biasa-biasa aje sebab tak tahu siapa nak jumpa kan?

Setibanya di PBAKL, saya pun ke booth kegemaran saya, Alaf21 dan Karangkraf.  Berdebar-debar saya.  Tapi dek kerana seronok membeli buku, takde lah saya kisah sangat dengan blind date tu.

Tengah-tengah pilih buku/majalah, rakan saya datang dengan suami beliau dan cakap, "Odah, nilah dia yang makcu nak kenalkan". And i turned around because he was directly behind me. When I saw him, i said to myself "La dia ni ke?".

Saya kenal dia. Maka, it is so not Blind date because we know each other and he was secretly admiring me  from afar.


p/s: Dialog kat atas tu, yang bila berjumpa, cakap gitu-gitu, still valid okay. "Bos ada?" bila sampai bengkel dan tak nampak dia, jadi tanya pekerja dia.

p/p/s: Rakan sekerja saya adalah makcu saya, adik mak. Ya, kami sepejabat.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign