Tinta Si Isteri Mekanik: HALAL Logo di Selangor Di tarik balik

06 March 2010

HALAL Logo di Selangor Di tarik balik

Isu logo HALAL lagi.  Sentiasa berhati-hati dan awas akan perkara ini. Ingatlah kawan-kawan, makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita.

Sumber: Harian Metro

myMetro

Jais tegah 6 syarikat

2010/03/06

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata enam syarikat berkenaan ialah 

a) Bahtera Lagenda Sdn Bhd, 
b) Islamic Food and Research Council, 
c) SAS-H Consultancy, 
d) Perak Religious Officer Association, 
e) Halal Food Council S.E.A dan 
f) Ifanca International.
Beliau berkata, Jais sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.

Mohammed Khusrin berkata syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Berkuat kuasa hari ini hanya sijil logo halal yang dikeluarkan Jais dan Jakim sahaja yang diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya syarikat terbabit diarahkan supaya tidak menerima sebarang permohonan sijil halal daripada mana-mana pihak berkuat kuasa serta-merta kerana sijil logo halal yang dikeluarkan diragui terutama membabitkan syarat pengeluaran dan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

Beliau berkata, tempoh tiga bulan diberikan kepada syarikat berkenaan supaya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemprosesan sijil logo halal yang sudah diterima sebelum ini.

“Kepada mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharui diingatkan supaya hanya melakukannya melalui Jais dan Jakim,” katanya.




Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign