Tinta Si Isteri Mekanik: Hentikanlah...

27 March 2010

Hentikanlah...

Sayu sangat hati ini bila membaca berita tentang pembuangan bayi LAGI. KAli ini di Kampung Melayu Subang petang semalam. Bayi ini cukup sifatnya, maknanya dikandung cukup umurnya tetapi apabila dibuang, mayat bayi ini telah dijumpai anjing dan kemudian, tangannya telah putus DIGIGIT anjing tersebut dan masih bertali pusat. Banyak kesan luka dipercayai akibat gigitan anjing tersebut.

Aduh..tergamaknya manusia yang mengandungkan bayi tersebut membuang bayi di tempat pembuangan sampah di Kampung Melayu Subang tersebut. Kalau ya pun kamu mengandung anak tanpa pernikahan, tak boleh ke letak bayi putih suci tu di kawasan yang membolehkannya hidup?

Contohnya, di masjid bila dah dekat masuk waktu, or kat kawasan yang ramai contohnya pasar malam ke. Letak elok-elok dalam beg mengkuang beralaskan kain, bagi susu kenyang-kenyang, tutup ngan kain lagi (jangan ketat sangat, at least ada oksigen masuk), bawak ke pasar malam, konon cam beg pasar kan, pastu masa beli or tengok-tengok jualan, letak beg tu bawah meja penjual. Then just jalan macam takde pape, like you simply forgot about the bag. At least bayi tu akan survive.

Janganlah tambah dosa lagi dik oiiii. Dahlah berzina, kemudian kamu jadi pembunuh pula.

PENZINA + PEMBUNUH = MANUSIA PALING ZALIM.

Kesian la pada kami and to all others that tussle and wrestle to get a child on our own. If the baby survive, sure akan ada parents yang adopt.  The babies deserve to live in this world.

Sumber rujukan: berita harian

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign