Tinta Si Isteri Mekanik: Kad Kahwin Bijak...

03 March 2010

Kad Kahwin Bijak...

Jawi perintis kad kahwin pintar

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjadi perintis kepada penggunaan kad kahwin pintar 1 Jam 1 Wilayah, yang mempunyai enam ciri keselamatan khusus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata beliau berharap penggunaan kad itu dapat diperluaskan ke seluruh negara selepas ia dapat diselaraskan dengan semua jabatan berkenaan.

“Dari segi kelebihannya ia kecil dan memiliki saiz kad pengenalan, jadi ia mudah dibawa serta boleh disimpan dalam dompet. Kad ini penting bagi pasangan yang berkahwin terutamanya ketika menginap di hotel.




“Kad ini akan diproses kepada pasangan pengantin dalam masa satu jam, sekiranya dokumen yang mereka kepilkan lengkap dan kita juga menggalakkan pasangan berkahwin supaya memiliki kad ini untuk kemudahan ,” katanya selepas majlis pelancaran Pengeluaran Kad Nikah 1 Jam 1 Wilayah dan Pelancaran Logo Rasmi Jawi, di sini, semalam.

Beliau berkata, kad terbabit dikeluarkan oleh Jawi dengan harga RM28 bagi setiap pasangan. Kad nikah berkenaan memudahkan pihak penguat kuasa untuk membuat rujukan terhadap pasangan berkahwin.

Jamil berkata, kad itu yang mempunyai enam ciri keselamatan khusus menyukarkan pihak tertentu untuk memalsukannya terutamanya bagi pasangan bersekedudukan.

Antara ciri keselamatannya ialah dilengkapi nombor siri 13 angka dan mempunyai hologram di tengah kad berkenaan.

Beliau berkata, sehingga kini Jawi mengeluarkan sekitar 30 kad berkenaan setiap hari dan yakin jumlah itu meningkat hingga mencecah kepada 100 sehari bila tiba musim cuti sekolah.

“Buat masa ini kita belum mewajibkan orang ramai memilikinya, namun kita menggalakkan mereka memilikinya kerana kad ini memiliki cip khusus,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kes penderaan bayi di negara ini yang semakin berleluasa, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pihak menangani perbuatan tidak bermoral itu.

“Ahli keluarga dan masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu menangani pelbagai masalah sosial yang berlaku di sekeliling mereka ketika ini,” katanya.
Bagusnya, 1 jam dah siap.

Kami berkahwin di kawasan JAIS (Selangor). Lepas bernikah dan bersanding, terus ke JAIS untuk memohon kad nikah. Mungkin kerana Disember adalah musim mengawan berkahwin, maka permohonan kami agak lambat disiapkan. Yang bagusnya, kami dibekalkan dengan nombor telefon untuk mengetahui status permohonan.  Yang tak bestnya, kad tu laminated card aje, bukan macam JAWI yang macam MyKad tu.

Nak tengok? Pinjam ceeranya gambar.


Hubby saya nya kad dah hampir tercedera kat hujung bucu tu..

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign