Tinta Si Isteri Mekanik: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

30 March 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Bermula dari 19 Mac 2010 sehingga 28 Mac 2010.

Sangat sedih kerana tidak dapat berkunjung ke sana. Ini kerana, kami telah membuat perjanjian untuk mengunjungi pesta tersebut setiap dua (2) tahun sekali. Ya, selang setahun baru boleh pergi.

Ini kerana saya yang mahukan begitu. Hah, saya pencinta buku. Saya ulat buku tak mahu ke pesta buku setiap tahun. Pelik kan?

Saya tak larat sebenarnya, dengan keadaan parking yang terhad, dengan ramai orang. Tapi tak terkilan sangat sebab tahun depan boleh pergi. Rasa saya, kalau pergi setiap tahun, sure serik tak mau gi lagi. Sekurang-kurangnya, rasa keterujaan itu masih ada kalau diselang-selikan.

Ada sekali tu kami pergi ke PWTC dengan menggunakan pengangkutan awam. Mula-mula naik bas RapidKL dengan tambang sehari RM 2.00 seorang, jadi RM 4.00 berdua. Perjalanan lebih kurang 1 jam sebab banyak berhenti. Takpe, tak kisah. Itu sebabnya kami keluar rumah jam 7.45am selepas bersarapan berat. Tiba di Pasar Seni Kuala Lumpur, naik pula LRT RapidKL aliran Gombak hingga ke Masjid Jamek. Tambang RM 1.40 kalau tak silap. Kemudian, naik pula LRT RapidKL aliran Ampang ke PWTC. RM 3.00 dua orang kot.

Sampai ke PWTC, terus menuju booth Karangkraf, Alaf21, dan sekitar itu aje. Tak larat nak tawaf semua. Bajet dah siap-siap tentukan. Kalau tak, akan terborong sebanyak-banyak novel dan majalah. Tak sampai 2 jam pun terus keluar dari situ.

Balik dari PWTC, naik LRT ke Masjid Jamek sekali lagi, dan terus menuju Jalan TAR. Nak ambil tempahan langsir rumah. Sambil berjalan, sambil tengok-tengok, sambil beli-belah sikit. Ambil langsir, terus balik rumah.

Memang berbaloi naik pengangkutan awam masa tu. Biasanya parking memang memakan banyak wang. Kadang-kala saya serahkan kereta pada valet, senang cerita, tapi parah bila membayarnya. Cuma tak tahan, bau - bauan asing di hidung dan pandangan mata PATI rakyat asing yang menaiki bas. Nasib baik dengan hubby, kalau keseorangan takut juga. Tapi kalau seorang, takdenya nak naik bas.


Ada kenangan menarik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign