Tinta Si Isteri Mekanik: Sambutan Earth Hour..

29 March 2010

Sambutan Earth Hour..

Di kedai makan, to be exact, Warung Bonda berhampiran rumah. Tepat jam 8.30pm, kami baru dihidangkan dengan makanan malam kami. Tersalah bajet masa, tu yang masih tercongok kat kedai makan tu.

Tetapi, bila tengok sekeliling, tak banyak rumah yang menyokong kempen ini. Yang bergelap pun, rasanya sebab tiada di rumah. Lampu masih terpasang terutamanya di ruangan hadapan iaitu ruang tamu dan ruang makan. Mungkin sedang menikmati juadah malam sama seperti kami.

Tak salah tak menyokong, tetapi jika ianya mendatangkan kebaikan, apa salahnya kan? Walaupun ada yang kata takde faedah jika hanya 1 jam sahaja 1 tahun, it is better dari 0 jam 1 tahun, kan? Terpulang pada pilihan individu, tiada paksaan.

Terfikir seketika, kalau saya empunya restoran itu, saya akan sokong kempen ni. Cara yang akan saya buat adalah:

a) Seminggu sebelum, buat Banner tentang Earth Hour akan disambut di restoran ini pada tarikh dan waktu yang tertera. Caption mesti cantik, contohnya, "Raikan Earth Hour Romantically" atau "Earth Hour, Romantic Hour".

b) Sediakan menu sesuai, contohnya Earth Hour Special. Restoran ala Thai ini sesuai dengan masakan panas. Jadi saya akan buat dua menu, satu untuk nasi putih dan lauk-pauk, satu lagi nasi goreng. Macam masa V Day, kan banyak hotel dan restoran buat sepcial dinner for couple kan? Kita muslim tak sambut, so why not seize this moment untuk celebrate ala-ala V day?

b) Pada hari Earth Hour tu, saya nak pasang lilin ala candle light dinner. Macam gambar ni.


atau macam ni


paling kurang pun begini,

Sure best kan? 

Owh, satu lagi saya akan bagi FREE sahaja. Ya, PERCUMA. 












Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign