Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : SAMBAL TUMIS DALAM TIN

15 April 2010

RESEPI : SAMBAL TUMIS DALAM TIN

Hari ini saya plan nak masak tauhu sambal dengan kacang panjang masak lemak.  Tapi dah tahu dah, kalau keluar malam dan balik dah dekat pukul 11pm, sure pagi ni bangun lewat. :)

Maka, kenalah siapkan bahan-bahan dengan cepat pada malam harinya.  Masak sambal ni lecehnya, kena banyak bawang merah dan minyak, nak bagi cili tu masak. Kalau tak masak, nanti dia 'masak' dalam perut tu, lagi haru.

Masa kat G*iant tu, cepat-cepat ambil barang.

Beberapa produk kewanitaan hehe, syampu, air Twister, roti, tuna in a can nak buat sandwich, minced meat ayamas nak goreng pasta nanti, dan ini..



Hehe, saya beli yang sambal tumis, gambar bawah sekali sebelah kanan.

Bolehla, yang penting ada nampak macam sambal.

Senang aje guna.

a) Tumis bawang merah, masukkan sambal bila bawang dah layu dan masak.

b) Masukkan udang, sotong, dan lain-lain. Saya masukkan tauhu goreng aje.

Rasa?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
PASS..

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign