Tinta Si Isteri Mekanik: Kilang pelincir palsu disita

08 April 2010

Kilang pelincir palsu disita

KAJANG: Sebuah kilang haram memproses minyak pelincir palsu menggunakan pelbagai jenama antarabangsa terkenal seperti Pennzoil dan Shell terbongkar dalam serbuan di Balakong dekat sini, semalam. 

Operasi yang disertai 50 anggota penguat kuasa dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu turut menyita kilang terbabit.


Ketua Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Shariman Md Nor, berkata premis itu dipantau seminggu lalu berdasar aduan lebih lima pengguna yang mendakwa kenderaan mereka rosak selepas menggunakan minyak pelincir dibekal kilang terbabit.
“Siasatan mendapati premis terbabit beroperasi secara haram, tidak berlesen dan mendirikan bangunan tanpa kebenaran MPKj. 

“Produk dihasilkan pula dipercayai daripada bahan sisa minyak terpakai, selain tidak menyimpan dan melupus produk dengan betul,” katanya di sini, semalam. 

Sementara itu, jurucakap JAS berkata, pemilik premis terbabit menjadi pembekal tidak berlesen dan tidak mengikut standard serta piawai ditetapkan, di samping sampel minyak diambil bagi mengenal pasti kandungan. 

“Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara lima tahun,” katanya. 


Pesanan dari Mekanik Anda, berhati-hati ketika membeli minyak hitam/minyak enjin. Kalau dia jual murah sangat dari pasaran, biasanya itu minyak recycle, dia proses semula minyak terpakai.  Kalau boleh, beli dari stesen minyak kalau gunakan minyak berjenama seperti Shell, Esso, Mobil. Rahim (my husband) pun tengok-tengok jugak kedai bila nak membeli. Tapi sekarang dia dah ada supplier untuk minyak enjin ni, jadi tak perlu risau akan ketulenan minyak tu. Walaupun dia ada bengkel sendiri, kereta kami dia masih suruh gunakan minyak enjin Shell sebab masa mula-mula servis di Proton, mereka gunakan minyak jenis tu.


Dia kata bila kereta dah lebih 5 tahun, barulah pakai minyak macam Penzzoil, OSK ke. Yang harganya murah sedikit dari minyak di stesen minyak.  Kita kena jaga enjin dari mula beli sampailah kita dah tak gunakan kereta tu.


Jaga enjin ni, macam kita jaga muka kita la. Mesti cleanse, toner and moisture. Enjin pulak, setiap 5,000km mesti tukar minyak dia. Kalau tak tukar, minyak akan lebih kotor dan memberatkan pelinciran. Bila berat, pemanduan pun jadi slow, pick-up takde, apalagi kita pun tekan pedal minyak tu. Dah pakai banyak minyak kan?


Pastu, timing belt kereta boleh putus tau, sebab enjin dah berat, belt akan berat jugak. Lama-lama boleh terputus. Bila timing belt putus, lagi haru, $$$ pun kuar banyak. Hubby kata, kalau masa timing belt putus, JANGAN START ENGINE KERETA. Kalau sayang $$$ la. Sebab nanti valve enjin bengkok. Dah kena overhaul. 


Cuba tanya husband anda, kalau overhaul enjin, biasa berapa?  Husband saya mekanik, so saya tau harganya.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign