Tinta Si Isteri Mekanik: Live Review:Tiupan Sangkakala

10 April 2010

Live Review:Tiupan Sangkakala

Sangat benci pada Arissa. Dilakonkan oleh Rita Rudaini, watak yang dipegang sangat menyerlahkan bakat lakonannya, membuatkan kita membenci Arissa.'

Nama secantik dan seharum mawar tetapi dicemari oleh sikap bongkak dan sering memandang rendah kepada semua orang disekelilingnya, hanya kerana dia anak orang berada dan berpangkat Dato'.  Bayangkan seorang wanita muda lingkungan 30-an menendang pemandunya warga emass hanya kerana terlanggar Arissa semasa membuka pintu kereta.  Arissa juga sering menunjal kepala Mak Yam pembantu rumahnya.

Disebabkan sikapnya yang melampau, kedua ibu bapanya (Dato' Ahmad Tarmimi Saregar dan Dian P.Ramlee) telah mengahwinkan Arissa dengan Adi, seorang ustaz yang pandai mengurut. Beliau selalu mengurut Dato' dan sebenarnya, bapa Adi adalah orang yang banyak berjasa dengan Dato'.

Arissa malu kerana terpaksa berkahwin dengan Adi, pemuda yang tiada apa, yang dirasakan tidak setaraf dengannya.  Disebabkan rasa bencinya terhadap Adi,dia telah mengguna-gunakan Adi dengan bantuan rakan baiknya (Zila Bakarin).

Adoi..cakap dengan suami aku engkau aje. Adi dah terkena mandrem, jadi dia ikut aje cakap si Arissa.

Adoi sanggup halau ibu bapa dia. Papa dia dah letakkan dalam wasiat, semua harta akan jatuh pada Arissa bila dia berkahwin dengan Adi.  Sampai nak kena heart attack papa dia bila dia cakap, "Kalau papa dan mama nak menumpang kat rumah ni, bla bla bla"..Giler ar..

Emosi betul sekarang ni, dahla tengok sensorang.

aDOI, dia tendang suami dia yang tengah solat..papa dia kena heart attack pulak..then meninggal.  Dia boleh cakap dengan mama dia, "Dahla ma, papa dah MATI"..Owh my, sanggup dia.

Dia berdendam rupanya dengan parents dia sebab kahwinkan dengan Adi..Siap tunjuk or tuding jari kat mak dia.

Bangun pagi, kaki dah tak boleh gerak. Adi urut tapi dia tak rasa apapun..Baru teringat kat papa dia, then jerit-jerit suruh panggil doktor. Lumpuh sudah, but still bongkak. Adi took care of her. still urutkan kaki dia yang dah tak rasa apa-apa. Adoi..dia tendang lagi laki dia sampai jatuh katil..

Mak Yam cakap, "Dah cacat pun tak sedar diri?" And she knew Arissa guna-gunakan Adi. And she was going to help Datin.

*IKLAN*

Adi dah sembuh lepas penawar yang dia minum tu menjadi, so dia balik kampung tinggalkan Arissa.

Dia memang baikla, berdoa untuk ringankan beban sakit isterinya.

Kena pukul lak Adi sebab dia nak tolong seorang wanita yang hampir kena rogol.  Rasanya macam meninggal la Adi..Dia datang jumpa Arissa.

Alamak, betul la dia meninggal..Pesanan, "Arissa, jaga diri baik-baik. Abang sayang Arisa".

Dah terpanggil-panggil.  Tu la, bila depan mata, dibenci-benci.

Arissa jatuh!

Skrip by Rashid Sibir.



Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign