Tinta Si Isteri Mekanik: Part 4..

30 April 2010

Part 4..

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan and a perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak  menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.



Bye,
 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign