Tinta Si Isteri Mekanik: Pemain Profesional Terbaik

26 April 2010

Pemain Profesional Terbaik


Wayne Rooney la..




LONDON: Penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney dipilih memenangi Anugerah Pemain Profesional Terbaik oleh Persatuan Pemain Profesional (PFA) dalam satu majlis, malam tadi. 


Rooney, yang ketika ini tidak diturunkan kerana kecederaan dianggap pemain tonggak utama untuk menentukan peluang England memenangi Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun ini.
“Saya dalam keadaan baik," kata pemain berusia 24 tahun itu ketika tampil mengambil trofi berkenaan pada majlis makan malam PFA bersama Barclays Bank di Grosvenor House Hotel, tengah London. “Saya amat kecewa kerana tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan. Saya berharap akan bermain sebelum berakhirnya musim ini," katanya. 

Ditanya sama ada beliau benar-benar pulih menjelang Piala Dunia, Rooney berkata: “Saya yakin tiada masalah ketika Piala Dunia nanti." 

Ditanya peluang Manchester menggondol kejuaraan Liga Perdana Ingggeris, beliau berkata kelabnya itu masih berpeluang. 

“Saya yakin Liverpool mahu menewaskan Chelsea,” kata Rooney merujuk kepada pertemuan Chelsea-Liverpool nanti.
Rooney, yang menjadi pemain England pertama memenangi anugerah itu selepas Steven Gerrard pada 2006, merakamkan penghargaan kepada pengurus United, Alex Ferguson kerana membina karier bola sepaknya. 

Rooney adalah pemain teratas dalam pemilihan anugerah itu, sekali gus memastikan trofi itu kekal di Old Trafford selepas Cristiano Ronaldo memperoleh dua kali berturut-turut pada 2007 dan 2008. 

Tahun lalu, rakan sepasukannya dari Wales, Ryan Giggs memperoleh anugerah itu. 

Pada kali ini, penyerang Chelsea, Didier Drogda di tempat kedua manakala pemain tengah Arsenal yang juga pemain antarabangsa Sepanyol, Cesc Fabregas di tempat ketiga. 

Pemain tengah Aston Villa dan England, James Milner dipilih memenangi pemain muda terbaik. - AFP


Bye, 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign