Tinta Si Isteri Mekanik: Pemandu degil bayar saman MBSA disenarai hitam CCRIS

20 April 2010

Pemandu degil bayar saman MBSA disenarai hitam CCRIS



2010/04/20


SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menghantar nama pemilik kenderaan dengan lima kesalahan kompaun untuk direkodkan ke Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi disenarai hitam jika gagal menjelaskannya selepas 31 Mei ini. 

BNM menyimpan semua data kredit pelanggan dalam sistem itu yang dibekalkan kepada institusi kewangan di Malaysia.


Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Noor, berkata tindakan itu terpaksa diambil selepas penerima kompaun terus berdegil untuk membayarnya walaupun MBSA menawarkan diskaun pembayaran sehingga 50 peratus.


Katanya, ia adalah antara tindakan tegas yang diambil MBSA dalam usaha menangani kompaun tidak berbayar selain menghadapkan pesalah lalu lintas ke mahkamah. 

“Sehingga 31 Mac lalu, jumlah tunggakan kompaun MBSA adalah sebanyak RM60 juta dan jumlah kompaun paling tinggi dikeluarkan ialah membabitkan lalu lintas sebanyak RM30 juta. 

“Kita jangka dapat mengutip RM10 juta untuk kesalahan letak kereta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Hasil Kutipan Kompaun MBSA di Kaunter Pembayaran Utama MBSA, di sini, semalam. 

Mazalan berkata, bagi meringankan beban mereka yang dikenakan kompaun, MBSA mewujudkan sebuah kaunter bergerak untuk memungut kompaun di sekitar Shah Alam mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Sabtu dan Ahad. 
Pada malam Sabtu katanya, kenderaan bergerak itu akan bertumpu di Uptown di sini, manakala pada Ahad, ia akan berada di Bazarena, Stadium Shah Alam di Seksyen 13. 

“Oleh itu orang ramai yang selama ini tidak mempunyai masa datang ke MBSA untuk menjelaskan kompaun boleh mengunjungi kaunter bergerak kami,” katanya. 


Beliau berkata, program hasil kutipan kompaun 2010 itu bermula 1 April lalu hingga 31 Mei ini dalam usaha mengutip tunggakan kompaun daripada orang kena kompaun (OKK). 

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign