Tinta Si Isteri Mekanik: Royal

09 April 2010

Royal


Saya dah cuba Beriyani set KFC ni.

Keputusan:- 

a) Nasi rasanya tak sama dengan beriyani melayu/johor, tetapi lebih kepada beriyani cara india.  Rempah dia terasa, tapi sedap memang sedap.

b) Kuantiti nasi dia, sangat banyak. Kalau nak makan tengahari, saya rasa sesuai. Tetapi kalau makan malam, takut tak habis. Kecuali kalau lapar sangat, okay.  Husband saya yang selalu tolong saya makan pun tak larat nak habiskan nasi saya.

c) Ayam masih ayam goreng KFC. Hot & Spicy, sedap...

d) Sup dia sup berempah. Saya tak rasa pun. Hubby kata sedap. tapi dia semua pun sedap, tak cerewet macam saya..

e) Jam ayam berkokok...saya tak beli pun. Nanti merajuk pulak ayam saya, ayam lain berkokok, ayam saya mengembek..Iklan @ hotfm..

f) Sebenarnya saya makan set Jom Jimat KFC tu, ada nasi, ayam 1 ketul, coleslaw dan air. Hubby yang makan set Colonel Royal Briyani..



Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign