Tinta Si Isteri Mekanik: Bila merasa, baru tau..

04 June 2010

Bila merasa, baru tau..

Semasa saya tercedera, saya terpaksa meminjam tongkat sakti naga emas ayah saya. Hebat tak? Ini gambarnya - Folding Walking Stick.


Magisnya, tongkat ali ini boleh dlipat-lipat, boleh diselaraskan ketinggiannya dan boleh menampung berat badan saya! Hahaha.


Namun, apa yang perhatikan, masyarakat Malaysia kebanyakannya kurang memberi perhatian kepada orang kurang upaya ni, sama ada sementara atau kekal. Terutamanya kepada yang menggunakan tongkat ini.


Antara yang saya alami semasa di Johor Bahru:-
a) Masih nak berebut walaupun dah terang-terang kita terdengkot-dengkot dengan tongkat.
b) Malas nak pegang pintu untuk orang belakang dia.
c) Tak offer seat or tak bangun bagi seat walaupun dah tercongok dengan tongkat dan kaki berbalut.
d) Suka suki langgar bahu or badan kita.
e) Unfriendly places untuk yang bertongkat, berwheelchair.


Saya baru kurang upaya selama 1 minggu, and this is what I observed dan rasainya. Memang saya kasihan dengan mereka yang kekal dengan tongkat, wheelchairnya dan sebagainya.


Ini belum lagi naik pengangkutan awam.


Ada juga yang prihatin. Bukan semuanya kejam pada OKU.


Macam ada satu uncle cina ni, saya tengah terdengkot-dengkot berjalan menuju ke restoran untuk lunch. Dia pun menuju ke tempat yang sama, tapi masa tu saya tak tau pun. Dia sanggup berhenti sekejap dan beri laluan pada saya untuk saya jalan dulu. Padahal saya pun berhenti untuk suruh dia jalan dulu. 


"No, no. You go first. I'll wait". And he made sure takde orang belakang saya. Haha thanks uncle.


Pernah tak rasa macam apa yang saya rasa?










Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign