Tinta Si Isteri Mekanik: Err..Tak jadi jugak

10 June 2010

Err..Tak jadi jugak

Sungguh ber...ani dan ber...semangat nak bukak jahitan.


"Pas isyak kita gi klinik, eh yang?"


"Okay".


Kebetulan hubby balik lewat, dah pukul 8 lebih. Dengan basahnya, dengan laparnya dia, maka selesaikan dia dulu. Nanti dia merajuk, siapa nak jadi drebar? hantar ke klinik?


Hujan pulak..Redah aje la, kalau demam mintak MC. Opss.


Dalam kereta, plan lepas stitches-free, singgah kat Speedmart 99, nak beli kek pisang RM1.99. Sedap..lagi elok dari Giant punya. THen beli kucai ngan taugeh, nak goreng kuey teow.


Dalam hati, berdebar-debar ni, sure ngilu bila doktor tarik benang tu.


Sekali, bila sampai....






Hujan makin lebat.. :) Tunggu sekejap....






Dah reda sikit, "Okay, jom keluar",


Sekali,.....










"Yang, klinik tu macam tutup aje".




ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!




Terus hilang debar, geram pulak naik minyak..


Sudahnya, TAK BUKAK JUGAK..




Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign