Tinta Si Isteri Mekanik: Kenduri @ Muar

14 June 2010

Kenduri @ Muar

Balik kampung kali ini khusus untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin sepupu hubby. Sabtu malam bertolak jam 8.00, isi minyak, drive thru KFC dekat pukul 9 baru masuk highway.


Tapi memang dah jangka, jalan lengang. Jadi sedaplah cik abangku memecut. Pulak tu dia pergi isi minyak RON97 yang memang sangat sesuai dengan enjin BHW ni. Takde jerking masa press minyak, smooth aje. Memang la harga dia 205sen/liter, tapi isi full dan tiba kat Muar, isi full semula hanya   RM 45.00 sahaja terpakai. Memang jimat ar, sesuai untuk long-distance.


Balik kali ni takdenya merewang. Rewang kat dapur pun tak, rewang kat Parit Sulong or Batu Pahat or even Semerah. Read - Rewang = Gotong royong kenduri.


Tiba jam 12.00 tengah malam, setelah dinner kat Sg Mati yang memang giler murah - Mee goreng, Teh Tarik, Milo Panas = RM 5.00 sahaja. Then saya makan roti canai garing RM 0.70 sahaja. Memang naik la lemak kalau duduk sana.


Hari Ahad, kami memang kaki bangun lewat. For menantu/anak perempuan, memang sayalah juara. Juara bangun lambat and juara tak payah masak. Hahahaha.


Alasan kali ini, pening kepala melanda. Asyik tidur aje Ahad tu. Pagi lelap, balik kenduri, tidur. Malam pukul 10.30 dah TURU. 


Sebab nak gi kenduri, jadi tak payahlah masak. Kemudian balik dapat berkat, pastu bapak pi kenduri melenggang perut, dapat lagi nasi ambeng. Ada sambal goreng tapi dah tak larat nak makan.


First time balik Muar tak makan sambal goreng, neither kat rumah in-laws nor kat kenduri. Selalu ada aje lauk ni kat kenduri belah sana, tapi kali ini nan ado. Huhuhu.


Tepi dapat makan ubi rebus dengan sambal tumis sedap sangat....
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign