Tinta Si Isteri Mekanik: Mak, cepatlah sihat..

22 June 2010

Mak, cepatlah sihat..

Bonda saya ni, memang susah nak ke klinik, apatah lagi kalau ajak ke hospital. Beliau amat mementingkan kesihatan, makanya bila dia masak, akan kuranglah rasa garam, tiada lemak-lemak, banyaklah sayur-sayuran.

Bila tanya, "Mak nak gi klinik?", sure dia akan jawab, "Takpelah, mak dah makan ubat demam tadi", kalau dia demamla. Kalau cirit-birit ke, pening kepala ke, memang itu jawapan standard dia.

Jadi, bila dia call nak cakap dengan saya waktu jam menunjukkan 12.30 pagi, saya dah agak mesti teruk sebab dia kan susah nak ke spital?

Tapi dia cuma cakap, "Mak rasa tak sihat sikit. Masa lepas maghrib, mak tidur. Pastu bila mak nak bangun, tak boleh, macam badan berat aje".

"Okay mak, 15 minit saya datang". Berdesup kami berdua bangun dan tukar baju. Basuh muka lebih kurang terus keluar rumah. Cuma teringat bawak sweater aje sebab spital sure sejuk malam-malam camtu kan?

Sampai aje kat rumah, tengok Umar dengan Nana dah tiba, tapi saya cam pelik. Kenapa tak terus bawak mak gi SJMC?

Rupanya, diorang kata mak nak tunggu saya. Sayu rasa hati sekejap sebab 15 minit baru kami tiba. Umar tiba awal sebab rumah dia dekat sikit ngan rumah PJ, kat Ara Damansara. Memang 7 minit jalan clear dah sampai. Kami jauh sikit, 20km dari PJ, tu yang lewat.

Bila saya dah tiba, terus ajak mak. Sambil tu tanya, apa rasa badan dia. Tetiba dia cakap, "badan mak sebelah kiri rasa cam kebas-kebas". Saya dah tak fikir lain dah, heart attack or mild stroke sebab kebas area kiri badan. Lagi la saya nak cepat aje gi hospital.

Ayah pun nak ikut jugak, walhal dia ada appointment IJN on the next day tu. Takpelah, i knew he's worried about his wife. Sape tak, kan? So, bila ayah ada, kena naik kereta dia. Jarang dia nak naik kereta anak-anak dia kalau takde apa hal.

Kami pecut ke SJMC, terus ke Emergency Ward. Grab the wheelchair, tapi tak sempat pun nak drive. Nurse and attendant dah keluar and take over wheelchair tu. Terus bawak masuk behind the closed curtain.

Hilang segala mengantuk dan letih, risau mengambil alih.

Ayah duduk ngan mak kat dalam tu.

They measured her blood preassure, rupanya tinggi giler. 210/110. Patut pun dia rasa tak stabil (vertigo) and kebas. Alhamdulillah, dia tak lengah-lengahkan nak ke hospital.

Then buat Electrocardiography or known as ECG.  Then they sent mak for chest x-ray. The radiographer was very gentle and polite. Helped mom to disrobe and wore the sexy hospital gown. Forgot to ask about the result, and went back to ER.

By this time, hubby dah tertidur kat kerusi. Usik dia sebelum tu, "Kalau sayang nak baring, ada katil". Boleh dia tanya "Mana?". Then saya tunjuk kat strecher tu, bengang dia..

About 0300, they warded my mom sebab blood preassure dia tak turun-turun. Asked for single room, memula takde, tapi rezeki mak, ada 1 available @ 434.

Mak settle aje dalam bilik, dia pun nak tidur. Kesan ubat yang dia makan tu buatkan dia ngantuk. Memang doktor nak suruh dia rehat, and slowly let the preassure turun. Ada ubat untuk turunkan dengan cepat, tapi doktor tak nak introducekan. Considering my mom's age, 60 years old, and her history yang takde sakit apa-apa, doctor kata biar preassure tu turun sendiri.

Kami semua salam and kissed her, terus pi kedai mamak. Dah terjaga, tambah dengan adrenalin, terus hasilkan lapar. Tapi saya cuma lalu Milo aje.

Balik, hantar ayah, amik kereta, terus pecut balik rumah. Tukar baju terus tidur. Masa tu dah pukul 0500 lebih kurang. Bangun pun lewat, tak tersedar. Pagi tu ada Audit SIRIM. Lewat sikit masuk.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign