Tinta Si Isteri Mekanik: OKU sementara

01 June 2010

OKU sementara

Remember, in the previous entry, i said something happened on Thursday morning?

Well, i got hurt actually. I tried to send the pictures (taken using cameraphone) but it failed miserably. Tried searching on the net tapi sangat menakutkan gambar stitches tu semua. So have to be patient while cari the cable.

It happened in Kluang, at Uteh's house. I don't know whether it was Uteh or either of my cousins yang pecahkan gelas tu. I do not blame them pun.

Pagi tu, lepas bangun dan mandi, mak ajak gi cari breakfast. So bawak kereta gi warung kat hujung jalan. Beli 4 bungkus nasi goreng, 2 bungkus mee hoon goreng dan 3 keping telur mata kerbau. Jumlah? Hanya RM5.00 sahaja. Giler murahkan?

Lepas tu round kawasan tu sebab nak gi Giant. Selalunya orang yang bawak, kali ni bila cari sendiri, boleh tak jumpa. I mean, tau Giant ada kat tengah-tengah tu, tapi jalan masuk tak tau kat mana. Berpusing jugakla area tu, tapi masa tu notice klinikla, kedai runcitla. Tak amik port pun. Bila dah jumpa, belum bukak lagi. Opening hours rasanya 9.30am or 10.00am. Mak nak beli mineral water. Dia tak tahan ngan klorin.

Maka balikla rumah dulu. Nanti dalam kul 10.30 ke kita gi balik Giant tu.

I was mixing the drinks when it happened. Kaca tu betul-betul bawah meja and nobody perasan. Masa terpijak tu, siap boleh cakap, "Mak, ada kaca kat sini". And i picked up the glass dan buang dalam tong sampah. Tengok jari manis kaki kanan, tak nampak cuts dia. Angkat kaki dan tunjukkan kat mak. Mak terdiam kejap, tapi terus suruh duduk dan pass tissue untuk lap darah. Banyak darah keluar masa tu. Bila nak tukar tissue, darah menitik kat carpet. Baru perasan masa tu kat dapur darah tertinggal kat sana..menitik masa jalan nak duduk.

Ayah amikkan minyak gamat dan kejutkan hubby. Tuang terus minyak gamat pada luka tapi still tak berhenti lagi. Recite doa dalam hati untuk kurangkan sakit and pitam. Hubby kelam kabut turun bawah, bila tengok darah banyak terus naik atas semula ambil wallet and pakai baju. Rasa macam lama dia kat atas tu sebab dengar dia dalam toilet. Betul pun, dia siap cuci muka, basahkan rambut macam orang baru mandi etc. Geram giler hokeh..

Masa ni dah kurang darah, so boleh la jalan. Nak suruh hubby angkat? Dengan dia sekali nanti sakit badan pulak. Just slowly jalan, hubby relax aje, siap kena marah sebab relax sangat, takde sense of urgency pun.

Tiba klinik, daftar. Ni pun relax aje padahal dah cakap terpijak kaca and besar cuts tu.

Masuk aje, doktor terus suruh baring atas katil untuk tengok kaki. Hambek...baik je doktor tu cakap "Ni kena jahit ni. Tak boleh ni, ternganga ni". Owh man, dah menggelabah dah ni. "Doktor bius tak?".

Doktor boleh gelak.."Takkan saya nak jahit hidup-hidup. Free penyepak aje saya dapat nanti".

Masa cucuk bius tu, adoi sakitnya..tiga tempat kena cucuk sebab besar luka dia. Then bila start kena jahit, tak rasa apa-apa. Fuh..lega rasanya..

"Okay dah siap. Saya kena jahit 4 jahitan ye sebab luka besar", kata Doktor Nora.

"Balik ni, terus makan painkiller sebab nanti bius habis, sakit. Makan sebelum rasa sakit, kalau tak lambat hilang sakit. Okay, bangun dan duduk kat kerusi. Doktor nak inject".

"Ha? Inject apa lagi?"

"Kancing gigi. Sebab terpijak kaca. Kesian kamu, dah lah luka, kena jahit, pastu kena inject lagi". 

Sampai hari ni tempat cucuk tu bengkak and lebam. Kan masa Form 3 kena injection ni? Masa tu tangan jadi berat tak boleh angkat tinggi. Tapi esok dah lega.

Kena balut luka tu, plus jari kelinking pun masuk sekali sebab takut tercabut dressing tu.

Keluar bilik, rasa mual dan nak pitam. Cepat-cepat duduk. Iyela, perut kosong, kena bius, jahit dan inject, memang overload dengan dadah ar.

Merasalah OKU sementara. Pakai tongkat ayah lagi.

Lepas tu, gerak gi Johor Bahru. Kat sana lepak spital aje. Malam kat bilik pulak. Sebab makan painkiller ikut arahan doktor, maka malam tu nyenyak tidur.

Esok pun macam tu. Sepanjang perjalanan balik PJ, asyik tidur aje. Nasib baik hubby tak mengantuk.

Sabtu dan Ahad pun asyik tidur aje. Tak makan painkiller, sakit sangat kalau tersalah bajet letak kaki. Makan painkiller, asyik lalok aje.

Makan dadah aje weekend wesak nih.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign